Wednesday, January 11, 2017

10 Barang Yang WAJIB Di Bawa Kalau Nak Ke Pantai

Assalamualaikum..

Esok I nak pergi Langkawi sampai Ahad. Pergi laaaagi macamkan Langkawi tu dekat belakang rumah boleh pergi selang 3 minggu. Hahaha. Panas woh Langkawi! Nak pulak kali ni kitorang duduk dekat area Pantai. Bebetul dekat Pantai Cenang. Nama tempat tu is Langkapuri. Takde swimming pool pon. Chalet Kodok je tapi takper sebab mesti fun ni nanti. Now pon dalam group semua dah tak sabar-sabar. Rish dah siap pack semua, Syikin pon. I je relax takde pack apa lagi. Hahaha. Tapi semua menda dah ada la standby dekat rumah tinggal nak pack je. Bag ingat nak bawak 1 je yang besar and cita-cita I kalini ialah memang nak bawak baju cukup-cukup je. Taknak dah bawak lebih macam biasa sebab I punya baju extra usually lebih macamkan nak duduk 7-8 hari. Bak kata Syikin, kalau boleh nak bawak almari terus. Kitorang nanti dekat sana ada sehari je Compulsory Activity iaitu dekat SkyCab. Kat sana nanti kononnya nak naik Cable Car. Memang tak la aku nak naik. Haha. Yang lain is free and easy. On Saturday tu  I plan nak ajak Sazli breakfast dekat Dagang Pak Malau lepas tu dalam pukul 10.00am terus ambik Mangrove Private sebab nak bagi Shein chance rasa naik boat. Dia suka la tu adventurous activity. Masuk Gua Kelawar and pegang-pegang ikan. Hopefully cuaca best and baik la.


Nah belanja gambar bontot tepi pantai. Gambar diambik oleh GF


Langkawi ni panas. I dulu memang tak suka pantai or any activity pantai sebab kulit jenis cepat terbakar nak pulak kulit I ni kalau sunburn memang makan bulan la nak back to normal. Seriously. Sebab tu I tak berapa suka pantai. Maklumlaaaa pwincess. Uweeeeeeek!! Hahaha. Tapi tu duluuuuuuuu, now dah ok sangat dah sebab ada Transbella and Annesuraya Skincare. Balik dari Langkawi haritu I saspen jugak takot terbakar ke apa but al-hamdulillah la ok. Cakap masjid ni. Memang kali ni la pergi pantai tapi relax takde terbakar apa. Lepas balik dari Langkawi memang lebih disiplin la makan Transbella and lepas tu tetiap hari minum pati prune Innershine. Biasa I pakai ANNESURAYA SKINCARE selang 3 4 hari but now pakai every day for 1 week hasilnya muka takde sunburn apa. Sebab apa? Sebab dalam ANNESURAYA SKINCARE ada glutathione and Vitamin E. Glutathione ni whitening agent. Jarang-jarang la nak dapat skincare yang ada glutathione ni. So sapa yang tak beli lagi, I nak kasik less 10% dari harini sampai Ahad ni. Harga promo RM90.00 kan? Lepas less 10% so harga satu set ANNESURAYA SKINCARE cuma RM81.00 sahaja. Sampai Ahad je eh? Lepas tu takde dah.

Ok. Dah alang-alang nak pergi pantai ni, I nak kasi tips 10 barang wajib yang kita patut bawak masa nak pergi ke pantai. Ok?


Sun Block – Kena pakai supaya nanti kulit kita tak mengelupas. Walaupon dah makan Transbella and pakai ANNESURAYA SKINCARE apa salahnya bagi extra protection pada kulit kan?



Sunglasses – Kalau waktu siang kan pancaran matahari kuat? Nanti boleh jadik pening kepala sebab asyik nak kecikkan mata untuk dapatkan perfect view. So pakailah sunglasses supaya tak menganggu pandangan kita.


Sandal -  Paling selesa kalau nak duduk area pantai. Takyah beria nak heels and wedges. Selipar jamban lebih selesa. Nanti ada pasir masuk, kuis-kuis je dah… Kalau kasut pon tak selesa jugak, kan? Kim Kardashian pon pergi pantai pakai selipar jamban. Relax je.



Pareo – Ha, pareo ni banyak gunanya. Boleh cover badan untuk kena dengan tema pantai (taknak kalah) selain tu dapat la alas-alas bontot dari kena direct pasir dekat kerusi. Kalau tetiba hujan ke, zaaaaapppp boleh cover badan ala-ala guna daun pisang. Kan?



Camera – Untuk abadikan kenangan. Tak kisah la camera jenis apa. Camera handphone pon ok. Power bank pon kena selalu standby ok? Malam jangan lupa charge sampai 100%



Kelengkapan menyelam atau snorkeling – Ni kalau tetiba teringin nak masuk laut, at least dah ada equipment. Untuk bebudak pulak jangan lupa pelampung and goggle ok? Tapi kata la kalau takde takpe, dekat pantai nanti boleh sewa. Sediakan ajer duit.


Buku dan Bola – Buku ni kalau dah ada banyak masa sangat la nak sunbathing sesambil baca buku kekdahnya. Tapi kalau anak dah beratur dekat belakang buku celah mana? Haha. Bola ni pulak bawak untuk anak-anak main sepak-sepak tepi pantai. At least ada acitivity. Kan? Beli bola jenis pelampung tu pon ok.


Pelembap rambut – Penting and wajib pakai sebab udara kering dekat laut boleh menyebabkan rambut kita mudah kering, putus dan gugur. Jangan pandang enteng ye?



Bag – Bawak bag yang bersesuaian. Senang nak isi duhet and barang-barang macam wet tissue, lip balm segala. Macam lelaki boleh la bawak sling bag isi wallet, lighter and rokok (walaupon rokok membahayakan kesihatan)


Zenia Collagen - RM77.00 for limited time only

So amacam? Dah ada idea dah nak bawak apa pergi pantai? Haaaaa inilah semua. Lepas tu jangan lupa makan Transbella and pakai ANNESURAYA SKINCARE ok? InsyaAllah kulit muka takkan mengelupas and kering sebab sun burn. Lagi la umur-umur macam Siti Nurhaliza ni, kulit pon dah hilang lembapan so penting untuk take beauty supplement. Ok? Transbella RM130 untuk 2 botol  and Zenia Collagen for lilited Time is RM77.00n sahaja. HARGA ANNESURAYA SKINCARE (RM81.00 sahaja) , ZENIA COLLAGEN NI SEMUA SAMPAI AHAD SAHAJA OK? JANGAN TERLEPAS PELUANG! Macam biasa WhatsApp 0129184042 untuk order. Tu je nak cakap. I dah nak balik dah ni. Untuk orang Langkawi, jumpa di sanaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

-eNd- 

No comments: