Assalamualikum..
Habes dah trip 4D3N dekat Langkawi. Kitorang
namakan trip tu sebagai #theJourneyPerthian2017. Thanks
dekat Miera and Eddie sebab dorang la yang banyak sumbang tenaga arrange trip
ni. Semua pon selamat, balik in one piece. Takde any casualties and semua sihat
walafiat. Kapalterbang pon ok je la walaupon masa nak pergi 2 kali dia boleh
buat hal macam nak tejatuh tu. Luruh jantung I. Sumpah lepas ni memang tak la
aku nak naik kapalterbang kipas dah hahaha. Boleh dikatakan trip ni berjaya la.
Lepas ni dah boleh plan untuk #theJourneyPerthian2017vol2 la.
Untuk any bebudak Perth yang happen to read this blog tapi tak join this time,
next time kita buat yang lagi meriah and sewa la kapalterbang terus. Azrul
bayar. Dia kan kaya raya? Hahaha. Trip ni asalnya untuk Si Azrul. Konon-konon
dia punya bachelorette gateway. Kononnya la. Sebab dia bukan nak kawen pon. GF
pon takde. Tapi kalau Azrul tipu tu lain cerita la. Menurut beliau, beliau
single and available. Tapi trip ni untuk meraikan dia sempena dia dah nak kawen
tapi taktau lagi bila and dengan sapa. Kira buat in-advance la. Aku pon tak
faham concept bachelorette gateway yang macam ni. Hahaha. I tak update ikut day tau? I update ikut suka
hati I la yang mana nak up dulu entry. Ni buat terus pon sebab memang kalau
boleh nak setel cepat sebelum memasing tanya dekat group. Terutamanya Rish.
Bukan boleh caya. Nanti dia tanya I, ‘Su,
entry Langkawi bila nak masukkan? I hari-hari bukak check’.
Rish,
I masukkan gambar you paling atas. You suka tak? Hahaha. Ni kitorang queue masa nak beli tiket naik
Cable Car. Dari kanan : Rish dukung Rizqi, Hani Sufia, Intan Diana, Miera and
tak lain tak bukan, Siti Nurhaliza. Haha.
Kitorang punya program yang compulsory ada 2 je. BBQ masa malam first day dengan SkyCab masa second day. Yang hari lain is free and easy. Ikut suka la nak buat apa yang kitorang suka tertakluk pada minat memasing. Ada yang nak Mangrove, ada yang nak shopping kat Kuah, ada yang nak pergi Makam Mahsuri (Kidd la beria) and many more tempat dekat area Langkawi. Kitorang pon stay dekat Langkapuri hotel yang takde bintang kata Miera tapi ok apa hotel ni? Selesa je. Aircond sejuk, tu yang penting sebab Langkawi is so hot baby! Senang je nak pergi beach. Belakang Yellow Café je. Jalan straight sambil goyang logo tetiba dah sampai. Senang nak pergi makan, shopping dekat Cocoa Valley and senang nak ke pantai. Petang biasanya kitorang kumpul buat beach activities macam mandi laut, parasailing, main jet ski, main bola tampar and berangan/bergossip sempena membuang masa. Haha. Van ada 3. Takde masalah. Macam Syikin and Gofur sebab dia anak 3 and takot tak boleh coop dengan time, dia sewa je kereta sendiri. Apa ada hal?
Kidd
dekat sini jadik favorite bebudak la. Dengan Kale and Eddie. Kanak-kanak ramai,
ha pilih la ko mana uncle yang rajin melayan. Intan Diana (Dee) tu
ex-stewardess Air Asia. I asyik tanya je dia ada tak pengalaman atas plane yang
horror sepanjang dia 8 tahun jadik crew. Dia cakap takde T____T. Lepas dia
cakap tu masa balik ke KL takde la ketar sangat bontot I nak naik flight.
Shein
ni mengusung la bag dia ni. Dalam tu ada rasaksa 2 ekor, ultraman 2 ekor.
Kemana pergi dia bawak. Bagus jugak. Dalam tu boleh letak air dengan blanket
dia. Shein pon jenis suka la mengusung bag.
Sazli
and Shein. Kitorang bertiga + Megat and anak dia + Nina and family je yang tak
naik Cable Car. I taknak paksa Sazli sebab dia ada vertigo. Kang paksa-paksa
nanti dia demam pulak. So kitorang dekat bawah buat la aktiviti lain. Tak pe je
kalau gayat naik Cable Car sebab dekat bawah ni pon ada memacam menda boleh
buat. (ambik hati haha)
Memula Acap taknak naik tapi Shima pujuk akhirnya
tewas. Hahaha. Sadesh pon puas I hasut dia cerita yang seram-seram bagi dia
takyah naik tapi dia nekad nak naik. Tu pon sebab kena kutuk. Muka nak ganas
tapi naik Cable Car pon tak berani. Aperhal? Hahaha. Macam Sazli tak makan dah
kena kutuk. Bagi dia, ‘Lantaklaaaa aku taknak naik. Nak bahan apa pon lantak
lah mengkome janji aku taknak naik’. Hahaha. Syikin and Gofur sampai lambat dengan family
dia tapi dorang naik jugak. This time I datang orang tak ramai. Unlike last time
masa I datang dengan Mak, De, Kaklong and Ain, beratur ada la 500 meters kot?
Yang ni tak. Beli je ticket and terus naik. Kitorang pon sampai lambat around
11.00am macam tu. Cuaca pun ok. Takde hujan apa so semua smooth except kata
Acap dekat atas sana terlalu panas la. Anak dia pulak cranky la dah panas-panas
ni.
Berkumpul
macam rombongan Cik Kiah sementara nak nak beli ticket Cable Car.
Dekat tempat beli ticket tu ada Electric Car. Shein
dah berkenan dengan kereta tu so Sazli decide kita try la. RM50.00 untuk
setengah jam la lebih kurang. Naik dari area Sky Cab ni terus ke Rumah Api dekat Langkawi Harbour Park lepas tu patah balik. Lebih kurang dalam 30-40 minutes la perjalanan pergi dan
balik. Tapi kitorang haritu dah jadik almost sejam setengah sebab Abang yang
tukang bawak tu rajin melayan amek gambar and jumpa pulak dengan Mr Alan dari
Liverpool so kitorang borak-borak semua. Tau-tau dah dekat sejam lebih. Habes
naik Electric Car, Sazli beli seluar askar dekat Tactical 7 sekejap lepas tu
bebudak dah turun ke bawah. Miera and Asma la turun paling awal. Tak tahan
sebab panas. Pwincess sangat.
Buat
bertenang boleh tak Pak Incik?
Kitorang
gerak naik 2 kereta. I + Sazli and Shein 1 kereta and Abang Guide kereta sewa tu 1
kereta (dia ikut sebab nak guide and mungkin takot kitorang bawak lari kereta
ni hahaha). Kecik je kereta ni wei. Sazli duduk belakang sampai terpenyek, I
dengan Shein dekat depan. Si Shein la perasan macam dia yang drive, padahal I.
Senang je nak bawak kereta ni. Dia sama macam kereta biasa tapi gaya macam main
pondok-pondok kereta mainan pon ada. Sebab size dia kecik. Size kecik tapi
harga sebijik RM80k eh? Jangan carik pasal. Memula Sazli dah sebok nak beli
jugak. Kata dia nak bawak pergi surau. Motor Electric la, kereta elektrik la. Hesh!
Cantik
kan pemandangan dekat Langkawi Harbour Park ni? Sini katanya area Datok Azhar
Mansor. Ingat tak yang keliling boat naik kapal layar tu? Kerajaan bagi dia
kawasan ni sebagai hadiah. Ni abang guide tu cakap. Yeeeeer je. Sini banyak la
kapal-kapal park. Lawa sangat pemandangan. Korang kena datang ok?
Si
Shein ni pandai je switch on kereta. Kalau boleh, dia nak bawak tu
sorang-sorang dia. Sunat pon belum, ada hati nak bawak kereta.
Try
ambik gambar panorama dari iPhone6 yang Sazli kasik sempena dengan birthday
tahun lepas. Harap birthday tahun ni dapat la iPhone7 pulak.
Cuaca
tak berapa panas sangat. Angin pon best je. Ni kalau ada tikar boleh bentang
lepas tu tidoooooo. Go mesti suka ni kalau dapat tido area sini.
Rumah Api di Langkawi Harbour Park
Si
Shein memaksa Sazli pandang kapal la, plane la. Bila Abah taknak pandang, dia
tolak je muka T___T
Shein
punya happy dekat sini. Tu yang sempat berak sekali tu. Hahaha.
Tu
Abang Guide kitorang tengah layan GF agaknya. Dia la tolong ambikkan gambar.
Gambar dia ambik semua la. Bila tanya macam mana ambik gambar cantik, dia cakap
dia part time Photoghrapher. Ooooo kisahnyaaaa.
Baju
hitam ni Sazli yang design. Semua orang pakai except ada la 2 3 bebudak kecik
tak pakai. Memula Rish taknak beli sebab lengan pendek lepas tu I paksa dia
beli jugak. Macam Sazli, dia tempat dekat kedai lain. So dapat la lengan
panjang.
Ishk,
tak boleh move on la dengan pemandangan dekat Langkawi Harbour Park ni. Cantik!
Ni dekat belakang Rumah Api. Si Shein la paksa tawaf sampai dekat 10 kali. Selagi dia tak puas.
Shein
memang suka la pijak dekat tebing macam ni. Dah la panas. Ko ni kan Shein?
Kata
Sazli, ‘Dekat sini pon best kan Mama? Lagi best dari naik Cable Car’. Haha.
Iyerlah….
Shein,
peace…..
Ewah
dia. Besar dah anak Mama ni. Dah la kerjanya nak main pasir je. Seronok eh kau
Shein? Keluar bilik je dapat korek pasir. Tak tido pon takpe.
Abah,
kasik one more round!
Ni
la Mr Alan dari Liverpool. Very polite. Dia cakap nanti kalau nak datang
England, stay dekat rumah dia lepas tu boleh tengok football match. Dia datang
Langkawi sorang je. Memula plan dengan wife dia lepas tu wife dia pulak kena
pergi New Zealand sebab Makcik dia sakit. So dia pon buat la solo trip. The
next day dia nak pergi ke Ladang Teh Cameron Highland lepas tu lepak rumah
niece dia sekejap dekat KL a few days before pergi jumpa wife dia dekat New
Zealand.
Masa balik, Sazli naik dengan Abang Guide tu.
Sesuka je aku panggil Abang. Perasan muda lettew. Hahaha. I agak Guide tu umur
dalam 24-25 tahun je kot? Sampai dekat Skycab tu Sazli pergi Tactical 7 kedai
askar. Ada baju, seluar and many more accessories askar. Suka la Si Sazli. Ni dah
menyesal kenapa tak beli 2 seluar askar. Yang dia pakai selalu tu I dah nak
muntah dah tengok. Balik-balik yang tu. Ni dah ada banyak ni bagus la. Takde la
pantang kering dah nak pakai balik. Dalam setengah jam lepas tu kitorang jumpa
Acap and Shima. Paling awal turun. Kata Acap memang gayat. Ada la rasa
menyesal. Hahahahhaha. Ingat kental sangat.
Ok
dah tu. Cantik dah. Tak mahal pon seluar ni. Dalam RM70.00 tak silap I. If
korang suka barang-barang ni boleh tengok dekat FB – Tactical 7. Ok? Now dorang
dah buat online jugak. Boleh post kalau nak. 1 ada dekat Cable Car and 1 lagi dekat Cenang Mall.
Tengok
la si Sendong korang ni. Buas! 2 3 orang bebudak kedai ni melayan dia je
sementara Sazli shopping yang tetiba bini dia tumpang sekaki tu.
Adik
ni dia ingat I. I cerita dekat dia, anak I lasak, husband I tinggi and suka
askar punya accessories. Dia cakap, bila tengok depan mata baru boleh imagine
macam mana.
Ni I belanja pulak gambar bebudak ni dekat atas
sana. Gambar memasing share dalam WhatsApp Group + ada yang Aminemo ambik guna camera cantik. Mana
yang lawa tu Amin la punya gambar. Mana yang quality sedih tu dari yang lain.
Hahahahaha. Memasing cakap happy, best, tak gayat. Ternyata tu semua dusta.
Sembang nak kencang je memasing, sekali bila ada yang share dalam group gambar
dengan video maka kantoilah dorang pon takde la berani mana. Tapi sebab P O Y O
so belagak tough la. Hahaha. Macam I,
memang tak la nak naik dah. Cukup la sekali terseksa. Lagi 2 3 tahun tak tahu
lah macam mana. Kot dah berani ke, kan?
Sadesh and wife, Nirmala
Berani sungguh si Sadesh ni bersila atas cermin ni. Pecah kau tau laaaaaa.. Haha.
Kale, jangan nak berlakon sangat.
Ni dekat Skybridge.
Group
photo. Tengok gambar jadikla. Nama naik naik lagi, kirim salam.
Kale
ni memang charming. Mana pergi adaaaaa je yang nak ajak amek gambar sama :p
Dari Australia Perth. Lock dekat sini. Nanti 10
tahun lagi kita tengok apa jadik. Ok
Ni
main panas kenapa ni?
Asma
seorang Doctor and Go seorang Engineer Petronas.
Eddie
kenapa muka seposen? Kale tu tak boleh move on dengan Skybridge. I agak bukan
Skybridge tapi awek Mat Saleh tadi kot? Haha.
Hani
and Dee, beraninya! Dah tunggang langgang dah gambar tak ikut sequence. Tak pe
la eh?
Kidd,
Hani, Eddie, Miera and Kale. Sebutan Kale tu is Ka-Lay. Ok? Nama betul dia
memang Kale. Kale Ersyam. Betul kan Kale?
Acap,
Shima and Dhia.
Sweet
je Love-bird ni.
Farid
and Dee.
Farah,
Apis Harris, Aqli and Anya Alaiya Harris. Anya ni GF Shein masa dekat sana.
Shein panggil Anya, ‘Baby’. Romeo giler anak aku. Haha. Shein panggil Raisa
anak Rish, ‘Kakak’.
Syikin, Azalea and Gofur. Ucop dengan Alif mana?
Peace
yaw! Rish ni pencinta tudung Duck. Kalau tanya dia, ‘Rish, tudung ni cantik la.’
terus mengaku cantik and cakap, ‘Ha a. Duck ni. RM300.00’. HAHAHAHHA
Group
photo dekat atas. Macam ni laaaaa. Tak ajak! Hahaha.
Tengok
si Aminemo nyorok belakang wife sebab gayat. Muka je Macho. Hahaha.
Peluk
tiang ke bang? Hahahaha. Tu Si Azrul
yang peluk tiang. Ko aper hal? Tadi beria sangat pujuk Saz ajak naik.
HAHAHAHHA. Rupanya bila share video baru kantoi Azrul sama naik gayat.
Hahahahhahaha. Sazli apa lagi, membahan la dia.
Group
photo dekat entrance. Semua ada accept family Gofur and Syikin.
Anya and Abang Shein. Eeee geramnya!
Kitorang gerak ke dari sini around 1.45pm macam tu,
menuju ke Kuah untuk lunch. Lunch dekat restaurant ni nama Dee Thai restaurant.
Bapak la sedap makan dekat sini. Murah pon Murah. Lauk ada 7, sekali air and
buah for only RM25.00 je sekepala. Dah la sedap. Memasing makan tak angkat muka
dah. Tu nanti I share dalam entry lain eh? Tenkiu pada En. Kahar – apartment kitorang
punya neighbor yang tolong arrange kan for us. Baik sangat dia. Kata dia, kalau
bagitau awal boleh arrange kan lain jugak. Dah dekat sana baru la ada a few
friend of friend yang offer Cruise la, Helicopter ride la. Tapi sebab short
notice so tak dapat la nak arrange kan. Tapi yang ni pon dah best sangat dah
for us. Balik dari makan, kitorang terus ke Kuah. Tapi ada 1 van balik hotel
sebab condition anak yang mengamuk membataskan niat untuk shopping. Yang paling
kecewa ialah Rish. Hahahaha. Jumpa dalam next entry! (Tapi taktau lagi la bila)
-eNd-
1 comment:
There is a chance you're eligible for a complimentary Apple iPhone 7.
Post a Comment