Tuesday, January 17, 2017

Kuasa Media Sosial

Assalamualaikum..

Bebaru ni kecoh dalam FB pasal satu penggunan cosmetic T*** ni mendakwa kulit dia rosak selepas seminggu guna. Banyak la dapat memacam feedback dari netizen siap komen cakap founder Skincare ni makan duit haram semua. Lepas tu dapat beratus share. Siap ada yang menganjing kata ‘NOW FOUNDER SKINCARE SUDAH PANAS BONTOT NI. WAHAHAHAHA’. Seronok sangat nampaknya buat orang lain susah hati. Mungkin pengguna dan mungkin jugak founder/manufacturer. Dalam banyak-banyak yang share, I ada terjumpa satu share ni dia cakap lebih kurang macam ni la. ‘Kenapa nak kill business orang sampai tahap macam ni? Rasa seronok ke dapat jatuhkan business orang lain? Kita taktau macam mana dia struggle nak naikkan business. Saya sendiri dah cuba banyak jenis skincare. Bila ada yang tak sesuai dengan kulit, saya move on. Tak perlu nak viralkan’. Kuasa media sosial ni besar. Orang nak naik, nak jatuh banyak melalui media sosial la. King Coco yang entah sapa-sapa tu tetiba popular. Dia siapa? Apa sumbangan dia pada Malaysia? Takde apa pon. Takat cakap pelat Mat Saleh lepas tu dapat highlight melebihkan celebrity. Ko dah kenapa?


Excuse, who are you?

Ingat tak Rayani Air? Masa memula ramai suka sebab macam Shariah-Compliant Airline. Baca doa sebelum take off, stewardess pon pakai tudung, tak serve minuman keras and pork. Yang Non Muslim Stewardess kena pakai decent. Business start bagus.  Tapi bila orang mula tau yang founder is Indian terus memasing jadik racist. Mula la share dalam FB and viralkan. Habes semua yang baik orang tak nampak and yang silap mula di highlight kan. Sudahnya operation bertahan tak sampai empat bulan. Imagine macam mana jatuhnya Airlines Business yang you have no idea berapa banyak dia punya investment lebur hanya dengan Media Sosial? Perrrghhhh. MALAYSIAN.

Yang buat viral ni, seronok ke dia bila perniagaan orang musnah yang kita taktau pon macam mana dia struggle untuk start the business and banyak mana dorang rugi selepas perniagaan dia jatuh? Berapa ramai orang hilang pekerjaan? Kesian pada Bapa-bapa yang terpaksa berhenti kerja dan hilang pendapatan. Padahal dekat rumah ada banyak mulut yang nak disuap. Share beribu dalam FB make it viral and kalau boleh biar business shut down asap. Time ni suratkabar pon sama naik report macam-macam sampai orang hilang kepercayaan pada Rayani air JUST BECAUSE OF THE FOUNDER IS INDIAN. Itu je asal dia. Lepas tu korek gali la menda lain jadik nasik tambah. Kenapa eh dengan mentality orang Malaysia macam ni? What’s wrong with non-muslim society business if mereka sendiri lebih hormat agama kita lebih dari kita sendiri? Kenapa nak jatuhkan? I tak paham. Tapi yang I boleh conclude dekat sini, Orang Malaysia memang sukaaaaaaaaaaaaaaaaaa mengviralkan menda. Menda kecik, suka besar-besarkan.


Rayani Air too fake to be a 'Halal Airlines'. At least Stewardess dia tutup aurat. Kan? tak serve alcohol drinks and tak serve pork. 

Yang pengguna T*** yang kasik viral tu, muka dia terbakar hangus ke? Tak. Mata hilang ke? Tak kan? Tapi dia punya hingaq macam apa je. Kalau dia bijak, boleh je contact manufacturer/company skincare tu and carik solution. Jangan terus ambik tindakan nak kasik viral. Jangan nak bangga sangat la jadik orang pertama yang hebahkan berita macam ni.

Setiap masalah dalam dunia ni ada jalan penyelesaian. Jangan ambik keputusan membabi buta kasik things lebih worst. Bahagia ke dapat menjatuhkan sesama manusia? Sebelum buat apapa, please get the fact right. Lepas tu kaji then only keluarkan weapon. Lepas tu elakkan lah fitnah. Tau tak fitnah tu besar dosanya dari membunuh? Tak takot ke dekat akhirat nanti dengan balasan Allah? Kau tuduh Skincare tu ada bahan terlarang, takde KKM, bahan palsu, Founder makan duit haram, KKM makan rasuah. Amboi seronok sangat nampaknya sebarkan fitnah kan? Lepas tu bangga sebab ramai share. Lepas tu bangga cakap FOUNDER SKINCARE BOLEH MEREPUT. Hitam sungguh hati manusia kan? Seronok sangat dapat jatuhkan perniagaan orang. Subhanallah.

Berhati-hatilah sebelum share apapa dalam Facebook ye korang? Jangan seronok sangat menyebarkan fitnah dan menjatuhkan orang. Kita taktau kesusahan orang lain. Jangan seronok sangat tengok orang lain jatuh. Jangan mudah terhibur dengan kesusahan mereka. Harini kau buat orang jatuh, esok kalau Allah tarik nikmat kau, uji kau dengan kesusahan, masa tu kau jangan tanya Allah kenapa uji kau macam ni sebab you did nothing wrong. Padahal kau lupa, share kau dalam FB dah buat orang sedih sebab perniagaan orang musnah etc. Kau mungkin tak sedar sekarang tapi akhirat nanti, di hari pertimbangan, kau kena melulut dekat orang yang kau dah fitnahkan. Ishk seram la. Pelik tengok manusia yang tak takot nak sebarkan fitnah ni. Macam dia takkan mati and amalan dia takkan dihisab. Kan?


Seram kan baca?


Tapi baca sampai habes. Lepas tu baru boleh tarik nafas lega. ANNESURAYA SKINCARE selamat digunakan lelaki dan wanita. Lambat takper, janji selamat. RM90.00 sekotak FREE POSTAGE. WhatsApp 0129184042 untuk order (sesambil je iklan. haha)

-eNd-

3 comments:

Illya LeYa said...

Betul3x.. setuju sangat.. Dorang ni suka sangat kisah2 viral. Terlupa yg bumi ini bulat. Suatu hari kene kat batang hidung sendiri, baru la nak menyesal. Itu pun kalau tahu menyesal. Kalau jenis yg memang suka cerita2 viral ni, wallahualam.. semoga mereka2 ini dibuka kan pintu hidayah

Yosheema Shah said...

Betul Sue.. Mentaliti orang Malaysia memang suka viral benda tanpa usul periksa.

Edzahrin said...

Nak dapat kat mana..