Tuesday, February 7, 2017

Cerita Pasal Mak Mak

Assalamualaikum..


Sempena today adalah birthday GF kaksu, so kita cerita pasal mak mak la eh? Happy birthday Mak! Semoga Mak panjang umur dan sihat selalu. Macam biasa sebab kaksu busy sikit today, so dia mintak Ain tolong update blog. Last week masa entry pasal shein admitted ada yang comment tanya siapa yang tulis. Maybe dia nampak ayat macam ayat kaksu but update by Ain. Kalau macamtu biasanya kaksu email/whatsapp text and photo, then Ain akan masuk updatekan. Sebab tu by Ain. Dont worry, so far belum pernah kaksu suruh update as dia. Haha. So readers dia tak perlu risau. Normally bila dia busy or tak masuk office then baaaaru dia mintak tolong update. Kadang dia bagitau nak update pasal apa, kadang dia bagitau pukul berapa je kena update. Ikut mood dia. Tadi padahal nak update pasal  mak mak, tetiba clarify pasal chooyaya's author pulak. Haha.

Sebelum tu kita up la gambar birthday girl dengan Siti Norhaliza (ofcoz gambar dia kena ada). Semoga Mak sihat selalu. Mak ni kuat, kalau berjalan yang muda belia cepat penat. Mak steady je. Ain takde pulak amek gambar dengan Mak masa kat Langkawi. Segan sebenarnya. Tapi Mak best sebab kelakar. Mak sokong Najib. Ain sokong Siti norhaliza. Kah kah kah.


Cakap pasal mak mak ni, siapa tak pernah gaduh/bermasam/selisih faham dengan mak sendiri kan? Tipu la kalau takde. Tapi dah namanya mak, pusing mana pun as anak kita lah yang kena beralah. Nak speak up tu boleh, tapi banyak benda kena jaga. Time marah memang laju je nak rasa yang tak baik or sebut yang tak baik. Tapi bila dah sedar boleh jadi menyesal. Fitrahnya mak lebih tua. So berapa lama dia boleh ada pun kita tak boleh predict. If ada apa tak puas hati dengan orang tua ni boleh tegur/cakap, tapi kena ada cara, tak boleh sampai dia kecik hati. Sebab tu dalam agama pun sikit je mak kita sedih dengan kelakuan kita, or setitik je air mata dia jatuh sebab kita, kita dah kira jatuh kategori derhaka dah. Ni kalau time sedar ada la rasa takut. Cer kalau tengah geram? Hahaha. 

Kalau tengok sebab rezeki tak murah pun, nombor 1 dah state sebab lupa tanggungjawab pada ibubapa. Nak tunjuk penting tak penting ibubapa and kesannya pada hidup kita. Tanggungjawab ni bukan bab bagi duit je, tapi how we care about them. simple things macam call and sesekali balik jenguk bagi yang jauh, or amek berat show our concern bagi yang dekat. Ni kalau duduk serumah tapi mak ayah sakit pening pun tak tau tak ok jugak. (AnneSuraya Skincare now RM90 free postage. DM kat Official IG or whatsapp 010-4314406 ok?) Sesambil iklan. Hehe.

As anak tak salah mengalah and say sorry if ada masalah. Kita tak salah pun takpeeeeeeer, if ada rasa marah/tak puas hati, take time untuk calm. Lepastu turunkan ego and say sorry. Orang tua ni kadang ego dia more than us. Tu je. Tetiba entry ni jadi entry serius. Haha. Tapi betul lah, dengan orang lain boleh lah kita ajak gaduh lama-lama, tapi dengan orang tua sendiri takkan laaaaa nak macam tu jugak. ye dak? Merajuk sikit-sikit tu normal lah, human being. Tapi jangan lama-lama sebab rugi masa. Yerla, tengok orang yang dah takde mak ayah always rindu.. So kita yang ada kena la appreciate more. Kalau dah takde takleh buat apa dah. So sementara ada ni makes them happy. Sekian sahaja cerita pasal mak mak. Pagi tadi terbaca pasal artikel anak derhaka so ni yang terasa insaf ni. Hehe. So berbuat baiklah pada ibubapa. Pahala banyak. Ni kita ni kalau kata pahala tu nampak memang semua orang berlumba nak buat baik. Cuba imagine if pahala tu kita boleh nampak dengan mata kasar. Lintang pukang kot dunia ni? Yerla sebab semua orang berlumba nak dapat reward kan. (Pahala berani la bagi contoh, cuba kalau cakap dosa tu kau nampak, mau laaaagi lintang pukang kau cabut) krik krik -______-
.
Ain and Umi. Oldskool. Kalau tengok gambar zaman kita kecik ni, reminds us waktu yang every single things mak kita yang buat. Makan pakai kencing berak semua dia handle. No complaining. As time goes by, now our turn pulak. Tu topi Ain pakai umi kait sendiri :)
.

Tribute To My Mom by Aiman Azlan. 
  

Bye.
Ain :)
.
ps: tetiba teringat cartoon Hagemaru. Hagemaru ni pon anak yang baik, dia ringan tulang and selalu nak senangkan mak dia. kalau mak dia suruh siram pokok bunga pun dia amek getah and air dari rumah jiran sebab taknak susahkan mak dia kena bayar bil lebih. Hahahaha. 

  

1 comment:

Miss Tak Frust said...

kaksu & ain .. leb u alls .. sori laa pasal konpius aritu, tak memasal nak dekat seperenggan gitu ain terangkan kat entry ni .. tengkiyuuu .. have a wonderful day taw .. <33
#hidupSitiNorHaliza #hidupAin #hidupMak #hidupBangjib #ehh #kbye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...