Wednesday, February 8, 2017

Pernah rasa failed as a Mom?

Assalamualaikum..

Pernah tak kekadang korang rasa failed as a mom? Mustahil la kalau tak pernah kan? Rasa failed tu biasanya kita rasa bila kita failed untuk dapat apa yang kita expect as a mom and bila anak kita failed untuk jadik macam mana yang kita expect ESPECIALLY BILA ADA ORANG LAIN TIME TU. Bila I kaji balik, most of the time yang I jadik frust and failed as a mom waktu dengan Shein ni bukan la sebab dia 100%. No. If sebab dia mengada, cranky tak tentu hala pon sebenarnya masih under control. I chill watlex watpis je. Langsung takde stressed.  If tengah makan, I makan je. Mandi pon lama-lama macam takde apapa yang jadik. Lantak la ko nak meroyan dekat situ. Haha. Nanti bila dia dah calm down bila I tak layan, dia sendiri akan datang pada I and I akan cakap dengan dia elok-elok. Ok je macam tu. Lepas tu kita akan berpelukan and selesai masalah. Senang kan macam tu? Sebab apa jadik senang? Sebab I know, nobody see, nobody listen so no one will judge me or Shein bila dia buat perangai. I can be as cool as ever. Takde raise voice and spank dia ke tapi bila I terlalu cuba untuk ‘menjaga’ dia especially dekat public masa tu I rasa failed as a mom. Major failed. Sebab apa? Sebab sebok nak please orang and sebok nak fikir apa yang orang akan judge I and Shein.


GERAM SANGAT NI


Time tu mulalah cepat je nak raise voice, cepat naik tangan dekat Shein. Selalu sangat jadi macam ni. I stressed tak tentu hala bila Shein failed untuk behave especially bila dekat rumah orang/mall or diluar rumah punya compound. Why? Sebab I taknak orang judge dia as a misbehaved toddler and judge I as a mom yang tak pandai nak didik anak. I takot tu. So I terlebih berhati-hati, stressed and bila Shein buat perangai I cepat-cepat nak fix thing and terus la naik suara, spank, cubit, marah beria sebab apa? Sebab I taknak orang cakap I spoil kan anak I, tak pandai didik, bagi muka pada anak and the list goes on you name it. So apa I dapat? Thorn Inside. Menyesal pon ada, dendam pon ada dekat orang yang ada dengan I waktu tu. Tak payah dah ko nak bagi pandangan slack sebab aku dah pukul anak aku so now kau puas hati tak? Yes memang puas hati tapi sekejap je la. Especially bila I dah tengking Shein, tarik rembat tangan dia, tolak dia depan orang yang I think will judge me and Shein. Bodoh kan? Sebok nak fikir apa yang orang fikir kenapa?

So time tu I rasa macam sedih giler. I did hug Shein most of the time when I dah tengking-marah-spank-cubit dia. Sian sangat. Kenapa la aku failed? Kenapa la bila dekat rumah, lebih hebat punya perangai Shein pon I can handle. Level buat roti canai macam bunga rampai pon I ok je. Siap layan lagi happy-happy lempar sama-sama. Tapi ni dia buat perangai sikit dekat luar rumah I dah sama naik meroyan. Nak pulak bila Shein berebut barang dengan budak lain. Tak kisah la if dia yang nak barang orang or orang nak barang dia and dia taknak share yang tu memang major stressed la. Macam mana nak act time tu cuba ko kasik tau. Nak pulak bila perebutan tu dah jadik nanges meraung astaghfirullah. Budak-budak pulak kekadang mana la makan pujuk. Shein pulak time ni la tunjuk belang ditampar, cakarnya kita. Padahal tak pernah pon macam tu. Saja la tu nak tunjuk macam dia paling buruk perangai dalam dunia. Nak diam and sabar nanti orang cakap, ‘Tu la bagi muka sangat dekat anak’, bila tampar /marah balik nanti  orang cakap ‘Macam ni ke jadik Ibu, anak macam tu pon tak boleh nak handle ke?’ So susah and stressed and end up ada je I tarik je rambut Shein semula kuat-kuat. Padahal I am nothing like that. Sebab apa? SEBAB SEBOK NAK FIKIR APA YANG ORANG AKAN CAKAP TENTANG KITA AND ANAK. I hope orang yang dah mula pandang lain macam tu puas hati sebab I buat macam tu dekat Shein.

Tau tak yang bebudak baya-baya Shein ni akan jadik lebih ganas and jadik rebellious bila kita layan dia dengan kasar? Bila dia misbehaved kita tengking, marah, spank. Jiwa dia lama-lama akan mati kot? Kids do have feelings ok? Dia pon tau macam mana rasa sedih bila kena marah depan orang. If korang berada dalam situasi yang macam ni, the best thing is give way pada parents untuk handle tantrum kids. Bangun, pergi tempat lain or say nice word macam ‘its ok Shein…. It’s ok’ or ‘Kids are like that, no worries Mommy’ instead of ko duduk dekat situ and enjoy watch the drama. JANGAN. Sebab by watch and taknak gerak pergi tempat lain akan buat things lebih awkward. Time tu tak payah la nak lecture and bagi tips, bagi talk pasal kids and tantrum or ajar pulak kita nak buat macam mana nak handle anak. Ko dah kenapa? No matter la if you do have cert handle budak tantrum ke apa tapi this is not a right time untuk bagi ceramah. Advice pasal parenting ni sebetulnya kita bagi if orang mintak. If sengaja-sengaja peramah nak kasik especially bila lepas drama-trantrum anak, nampak macam kita ni nak mengajar pulak orang lain macam mana nak didik anak. Macamkan kita ni pandai sangat. Kan? Setiap orang, cara didikan berlainan. If la kita nampak something yang tak betul pada mata kita pon let it be. Biarkan. Tak payah nak masuk campur UNLESS time tu korang nampak bebudak tu separuh mati kena pukul lain la cerita.

Senang cerita, Bertindak bila perlu, Bantu bila diminta, Nasihat kena pada masa dan keadaan. Ok? Ambik tau sikit-sikit cukup laaaaaaaaaaaaaaa. Tak payah nak get involve sangat  dengan hidup orang no matter how close are you with your friend. Kekadang pasal ni pon adik-beradik ada je berantakan. Trust me. Kita jangan nak tunjuk hebat, belagak pergi marah anak orang lain. No. Tegur berpada-pada. Jangan ditengking anak orang buat huru-hara dekat rumah kita. But kena la guna pendekatan yang bijak. Contoh : Nampak anak orang main lompat-lompat atas katil or lari-lari dalam rumah cakap je macam ni, ‘Careful kids. Nanti jatuh’. Ok? Mak Bapak dia dengar nanti, pepandai la dia handle anak dia. Tapi kalau dapat Mak Bapak jenis tak peduli langsung pon sakit jugak hati. Hahahahahha. Aku pon taktau la nak cakap sebab menda macam ni macam never ending kan?

Lepas ni, if Shein misbehaved depan orang, I akan handle Shein macam mana yang I biasa handle dia. Nak condemn I cakap I spoil kan anak? Go la. I couldn’t care less. I taknak dah menyesal sebab failed to control anger and sampai rentap-rentap tangan Shein, tarik rambut dia, tolak kepala dia semua tu. I taknak. I will handle macam mana yang I think I should handle him. I love him. No matter what he is my dearly son dunia akhirat. Dia degil, dia tantrum it’s my child. Not yours. He makes me happy all the time and this small hick up is ok for me. Takkan nak happy je all the time kan? So jangan spoil me and my son moment by give me that shit look. The way I handle Shein maybe lain dengan you handle anak you but respect please? SO WHAT??? Pergi jaga anak sendiri. Ok?

Sekian luahan perasan dari Mama Shein.

-eNd-

5 comments:

Buddy Bard said...

Tu lah kaksu, sama mcm sy... Pentingkan apa yg org lain pikir tanpa pikir apa yg anak rasa.. lepas tu kita menyesal...huhuhu... Nangis sorg2 rsa bersalah..

Norehan Othman said...

Kak su.. sama la... ari tu sy pegi salun buat threading. Anak sy tumpahkan fries mcd, that indian girl suruh sy kutip balik fries tu dgn nada yg sgt kasar. Sy kdg frust sgt. Tak tau nak ckp mcm mana. Tp mcm kaksu ckp lg kita marah lg dia mengamok, dendam dgn kita. Org keliling la kdg too judgmental.

izzatul.azma said...

Totally got the message Kaksu ! Takyah sibuk sangat hal anak orang. Apapun anak tak salah, parents yang kena main peranan.. saya pun selalu failed to handle emosi anak. Dia misbehaved kita pun sama naik angin. Pikir balik dia tu memangla kecik yang kita jadi mcm budak kecik sama kenapa kan.. semoga saya dapat jadi emak yg lebih sabar dan penyayang lepasni. Amin..

Thanks for the honest entry Kaksu

Zie Ya said...

sama sgt kak su.tak di jentik,tampar,kang org ckp bg muka sgt.sbb tu ank ko mlmpau!eh3. mcm kak su ckp la.msa tu jgk la ank kita pun nk tjuk mcm kan dia la bdk pling jht dlm donia.kenapaaaaaaaaaaaaaaaaaa. T_T
tmbh2 plk kwn2 byk yg blm ada ank.laki diorang siap komen buasnya ank dia.cmtu.trus jatuh ksian kt ank kita.sbb tau kt umah xda la disaster sgt pn.sob3

atiqah mutaza said...

isamaa...i pun sama even anak baru je 1 tahun 6 bulan tapi yes depan orang kadang2 jadi peningkan. esp bile cara kita ni semuanya tak betul. stresss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...