Assalamualaikum..
Masa balik Jengka dua minggu lepas, I bawak balik
smartphone Vivo Y21 untuk GF. Kengkonon hadiah sempena birthday dia la. Murah
je handphone tu… :) Tapi boleh la Mak ambik gambar and guna application dalam tu.
Nak kasik dia update sikit dengan apa yang jadik dalam dunia ni + Kaklong cakap
boleh la forward-forward dekat Mak apapa info yang bagus and informative untuk
Mak baca. Nanti boleh la dia boleh guna whatsApp, bukak Youtube, baca Blog I
and ada FB. Hehe. Mission accomplish! Now dia tengah explore macam mana nak guna.
Kata Mak, pantang ada masa dia mula la godek handphone dah jadik satu kerja pulak hehe. Bunyik macam seronok je
dia tu. I pon sama excited pagi tadi bila dia cakap dia baca blog I dari link
yang ada dekat FB tu. FB Mak pon I buat jugak. Saje je sebab I nak Mak ikut
anak cucu dia dalam FB. Nothing to hide dengan Mak sebab Mak I sporting… Best!
Tu tadi tengok dalam FB dia tetiba dia share entry makan-makan dengan Kaklong
and Kakyang dekat FB dia. I syak dia tershare tu. Tak sengaja pon. Hehe. Comel
la Mak! Tapi kira pandai la tu Mak. Bukan senang nak biasakan dari handphone
tekan-tekan button ke smartphone jenis touch screen. Haritu I punya risau sebab
takot dia tak pandai guna at all. Ni dengar dia cerita dia call Mak Teh dekat
Segamat maksudnya dia pandai la tu carik nama dalam phone book. I am proud of
you Mak!
Mak kemain peace kan? Baju pon cantik dah macam Neelofa. Credit to Ain for this photo. Ni la Mak dan kakak-kakak I. Sayang dunia akhirat.
Thank to Apis sebab tolong Mak subscribe dengan
line Redone. Bill bulan dalam RM48.00 kot? Tak sure. Dapat 200 minutes free
call and 20GB data kalau tak silap. Yang tu kena check balik tapi cukup la
untuk Mak bukak Youtube. Seronok dia bercerita. Kata dia ada macam-macam surah
dia dengar. Haritu I memang ada search kan untuk Mak ayat lazim dalam Youtube.
Lepas tu dia click-click je la yang lain sebab dah keluar dekat screen by
recommendation tu. Fuiyoooooo pandai Mak! Seriously I rasa happy sangat-sangat
bila Mak dah pandai catch up dengan Youtube. Nanti balik lagi sekali I nak ajar
Mak macam mana nak dengar ceramah-ceramah agama and nak letak application
Al-Quran yang boleh baca pilih Qari and dengan terjemahan dia sekali. Nanti
bila dia dah pandai, InsyaAllah kalau ada rezeki boleh upgrade yang besar and
bagus sikit.
Untuk korang yang ada Mak Ayah dekat kampung, cuba
la belikan dorang smartphone. Ok? Ajar dorang macam mana nak guna. Nanti mesti
dorang suka. I dah pesan pada Mak, ambik la gambar dia dengan kawan-kawan. Kata
Mak, kawan-kawan dia pon ada jugak pakai handphone macam dia tapi tak pandai
guna. Naseb la Mak kita terror. Hehe. Now bila dia ada masa, dia bukak Youtube
dengar mengaji, kan seronok macam tu? Malam-malam pon kalau hujan Astro takde
siaran ada smartphone takde la boring sangat. For starting, korang belikan je
handphone Vivo Y21 ni. Murah je. I beli
dengan Nizam kawan I yang ada kedai handphone dekat Wangsa Walk. Haritu I beli RM399.00 je siap hantar dekat I
and bagi free casing harga RM50.00, Thank you Zam! Kalau korang nak beli boleh
Call/WhatsApp Zam terus 013-2008600. Semua jenis handphone dia ada. If korang
nak, bagitau Nizam korang readers I nanti dia bagi discount. Haritu pon Dyba
beli 2 unit dari Zam. Satu untuk Ma, satu untuk Abah dia.
Mak, Not tau Mak baca ni. Harap Mak suka handphone
yang Not belikan tu. Guna la lama mana pon internet yang Mak nak guna, telefon la
sapa pon yang Mak nak selama mana yang Mak suka ok? Bill handphone nanti Not
bayarkan. I sponsor you seumur hidup I sebab I sayang you baby hehe. Nanti doakan Not murah rezeki, kaya,
cantik, kurus, sihat tubuh badan, murah rezeki cukup la. I tak mintak banyak.
Hahahahaha. Sayaaaaaaaaaaang Mak! WhatsApp tu sila la balas. Jangan la tak
balas pulak. Kecik hati I. Nanti minggu depan kita belajar bukak Google pulak.
Boleh la Mak baca pasal kes 1MDB dengan Najib pulak. Ok? HAHAHAHAHHAHAHHA.
-eNd-
4 comments:
Sweetnya lahai kaksu dgn mak... Patut murah rezeki ��
tq sue..all the best for you yaa
Teringat zaman2 ajar mak guna handphone nokia dulu...sekarang dia pulak lagi terer dari kita nihhh...hahaha!!!
hahahaha...mana tauu lps ni terbuka hati gf nak berpaling dari najib kan?? :). Su mak kita dlu masa mula2 pakai whatsapp.. abis dia taip bersambung smua word, tak reti tekan space..hahahhaha. kalau dalam whatsapp grup, bila nampak MAK IS TYPING.. masing2 dah debar... sbb jenuh nak baca senapas! hahaha
Post a Comment