Assalamualaikum..
Sampai harini tak sempat jugak lagi nak share pasal
Basic Makeup Workshop yang ANS Beauty organize on 21 January lepas. Punyalah
bizi I sekarang. Maklumlah, part time Power Rangers Kuning kan? Takkan la tak
tau. Bizi bizi bizi all the time. Anyway tu kitorang punya first experience la
organize kelas mekap macam ni. Plan
semua dalam masa 2 minggu and al-hamdulillah mendapat sambutan and berjaya
walaupon kekadang rasa macam hoih tak sempaaaaat dah ni. Tapi sebab team kita
semua power so event pon jadik la berjaya. (Kasik chance please). Semua yang datang muka tempe je tapi bila balik tetiba muka dah Siti Nohaliza je. Semua
cecantik dah. Tinggal balik tu main pondok-pondok je. Kah kah kah. Huda cakap,
berbaloi sangat dia datang kelas yang Fee’s RM200.00 tapi dapat goodies bag
yang best, dapat makan, tempat selesa, ilmu yang diturunkan pon best. Baru la
tau macam mana nak lukis kening, nak pakai faun-die-tion semua. Sebelum ni main
belasah je, termasuklah aku. Bahaha. Ramai yang mintak repeat and tak kisah
untuk join lagi sekali. Our MUA Si Iman memang kasik gegar la dewan. Dia ajar
detail semua step by step. Walaupon garang sikit takper la, kita kasik chance.
Lagi pon dia tengah mengandung so imbalance hormones sikit. Memandangkan Vol 1
dapat sambutan and ada yang request untuk repeat sebab time 21 tu ada kenduri
la la apa la so bincang punya bincang dengan team, kitorang decide untuk buat
yang 2.0 tapi kali ni kita collaborate dengan Beauty Blogger yang sekarang dah
jadik founder cosmetics, sapa tak kenal Kathy Jem! (Dah macam announcement nak
perkenal peserta Realiti Show hahaha)
Cantik
sangat si Kathy ni. Pakai tudung kepek-kepek pon ok je muka dia. Kathy baru je
bersalin tau? Anak dia tak masuk 4 bulan lagi tapi badan dah kurus. I dulu masa
Shein, lepas setahun baru la muka tak sembab jadi sila bagitau sekarang, mana
keadilan di dalam dunia ini?
Haritu patut kitorang jumpa berempat. I, Anny,
Kathy and Yana tapi Aaron and Ayden tak sihat so Anny tak dapat la join last
minute. Pukul 4.00am Anny bawak pergi hospital so dia pon dah rabak tak tido
semalaman and anak-anak pon tak sihat jadiknya I sorang je la meeting ni. Kathy
datang dengan Yana. Kata Kathy, ‘Su, kat
mana-mana pon ok je nak jumpa’. Berani dia offer macam tu? Memang aku cakap
Ampang la. To be specific, Great Eastern Mall. Hahahaha. I pon dah gembira la
sebab takpayah keluar dari Ampang bound sekali malam tu Kathy cakap jumpa dekat
Bangsar la sebab Yana nak try makan dekat kedai kawan dia. Serimooka dekat Bangsar.
Cis! Tapi bila tau dekat Serimooka ada Nasi Dagang terus I happy balik sebab
memang dah rindu nak makan Nasi Dagang yang macam Nasi Dagang Pak Malau dekat
Langkawi. Nak pergi Langkawi jauh sangat maka Bangsar pon ok la. Pakkal la ada
meeting kalau tak memang harapan la I nak bawak kereta keluar dari Ampang OMG
orang Jengka poyo ni, dia ingat dia lahir kat Ampang ke yang cinta Ampang
sangat ni? Haha.
Cecece
semenjak dua menjak ni dah pandai amek gambar flatlay macam dakdak art. Ain
berbulu la tu tengok I ambik gambar cantik macam ni. Cantik ke? Jawapan :
CANTIK!
Nasi
Dagang ni dah sedap dah tapi dia bagi part kepala. I don’t like. I suka badan.
Kepala banyak tulang kot? Orang terapat memang tau I sejenis pemalas nak makan
menda ada tulang, menda keras macam apple. Malas nak kunyah. Hehe. Dia punya
malas tu level nak kunyah pon malas. Subhanallah.
Kuih
Koci Yana and Kathy ambik 3, yang bingka ubi and tepung ubi tu I pilih. Cara
Berlauk tu Kathy jugak pilih. Kuih Koci tu satu kena kidnap dengan budak meja
sebelah. Memula dia ambik, Bapak dia suruh letak balik dia letak. Tetiba time
balik, sambil lalu je dia rembat kuih koci kitorang. Terbongok-bongok je Si
Yana pandang. Hahaha.
Ni
Si Yana. Close friend Kathy merangkap business partner and founder Kaay
Cosmetics.
Comel
je Si Kathy ni. Mula la I rasa macam resaksa duduk sebelah orang kecik-kecik
macam ni. Masa ambik gambar puas kemut bontot bajet buat macam tu nampak kurus
la. Hahahaha.
Korang
dah cuba ke DD Cushion Kaay Cosmetics ni? Kena cuba ok sebab best. DD Cushion
Kaay ni is Wudhu’ Friendly. Senang nak tanggal lepas tu korang tau tak yang DD
Cushion ni if korang pakai dia combine segala BB Cream + CC Cream + Foundation.
So pakai sejenis ni je cukup. Memang flawless je muka lepas pakai. Texture dia
ringan and tak melekit. Dalam satu product ni ada 12 kelebihan. Apa barang 5 in
1 BB Cushion, ni kita tapau terus 12 kebaikan!
• Anti penuan
• Menyejukkan
• Mengecilkan pori-pori
• Mencerahkan kulit wajah
• Tidak berminyak / Tidak melekit
• Merawat kulit muka bermasalah
• Memberi kelembapan semulajadi
• Pelindung matahari dengan SPF50 PA++
• Mengurangkan masalah garis halus / kedut pada wajah
• Wudhu Friendly & Mesra Solat (hanya bilas dengan air)
• Memberi kesan natural look, glowing, flawless dalam masa 1 minit
• Mengurangkan kemerahan pada wajah akibat cuaca panas /alahan
• Tiada silikon, alkohol & pewangi kimia
• Lulus KKM & HALAL
• Menyejukkan
• Mengecilkan pori-pori
• Mencerahkan kulit wajah
• Tidak berminyak / Tidak melekit
• Merawat kulit muka bermasalah
• Memberi kelembapan semulajadi
• Pelindung matahari dengan SPF50 PA++
• Mengurangkan masalah garis halus / kedut pada wajah
• Wudhu Friendly & Mesra Solat (hanya bilas dengan air)
• Memberi kesan natural look, glowing, flawless dalam masa 1 minit
• Mengurangkan kemerahan pada wajah akibat cuaca panas /alahan
• Tiada silikon, alkohol & pewangi kimia
• Lulus KKM & HALAL
Kalau nkorang nak baca lebih info dan lebih detail,
boleh baca dekat sini. Harga satu is RM80.00 sahaja. Ramai dah artis cuba.
Korang boleh tengok dekat Kaay_Cosmetics Instagram and kena la alert sebab
kekadang dorang ada buat sale. Last time masa early bird dorang offer RM69.00
je satu. Now dah takde dah. Sapa suruh tak beli masa awal-awal keluar?
Soon,
dorang akan keluarkan lipstick pulak. Tu yang si Yana and Kathy pakai tu
lipstick Kaay la. InsyaAllah akan berada di pasaran tak lama lagi. I dah tengok
dah warna dia, semua pon cantik. Harga pon murah.
So berbalik kepada perbincangan collaboration ANS
Beauty dengan Kaay Cosmetics InsyaAllah kitorang akan bergabung meletop
(bergabung ye Shanom, bukan berkabung. Berkabung tu kalau orang mati) untuk our
first project together, Meet and Greet Make up Class with ANS BEAUTY AND KAAY
COCMETICS yang akan diadakan pada 12 March 2017, jam 2.00pm – 6.00pm bertempat
di 9Kedondong Ampang Hilir. This time pon sama, kitorang limitkan kepada 40
peserta sahaja ok? Fee’s lebih murah dari last time sebab sesaje je baik hati
nak bagi harga murah. Hehe. RM160.00 sahaja untuk seorang. Fee’s ni korang akan
dapat goodies bag dan jugak kami menyediakan hi-tea. So sesapa yang nak jumpa
dengan I, Anny, Kathy and Yana boleh la join kelas ni nanti. Ok? Detail nanti I
share next week. Meanwhile kalau nak book seat sekarang pon boleh. WhatsApp I
dekat 012-9184042 Ok?
Save
the date ok? Kebetulan pulak pakai baju semua warna lebih kurang.
-eNd-
No comments:
Post a Comment