Assalamualaikum..
Last week akhirnya I order jugak SOHO Sandwich dari
Wan Luqman sebab tak tahan godaan. Berbulan jugak tengok dia update dalam FB
tapi gua buat bodoh je. Gigih takde order sampai kesudah tapi akhirnya tertewas
hahahaha. Tu pon lepas rasa yang Kaklong order. Yang I makan tu nama beliau
ialah Heritage Clubsanwich. Wei People! Bapak la sedai wei sandwich dia. Daging
dia tu ada rasa rangup ala-ala masak hitam ke apa entah lepas tu ada rasa daun
limau purut, sos dia seenak rasa takde meleleh-leleh macam typical orang
Malaysia suka makan jenis kalau order dekat Subway, ‘All sauce please’ dah tu sos meleleh sampai dekat siku, I don’t
like. Sandwich soggy memang I pangkah. Dia punya salad crunchy and roti dia tak
liat. Sedap la. Terpaling sedap I pernah rasa. Now, I nak ucapkan selamat
tinggal kepada O’Briens and Subway. Forever. Sebab SOHO Sandwich ni memang
sedap sebab dia gabung rasa melayu dalam sandwich dia. I suka la. Yang tak suka
sebab tak boleh order harini, esok dapat. Hahahah. Biasa mesti mau gap 2 3 hari
baru dapat sebab Owner dia ni tak buat Sandwich ni full time. Dia buat bila ada
order sahaja lepas tu dia memang limitkan sehari dalam 10-15 order macam tu je.
Tak buat banyak. Itu yang I rasa SOHO Sandwich ni a bit exclusive and ‘mahal’.
Mahal bukan sebab price tapi sebab susah nak dapat.
Untuk
first time order, I mintak Heritage Clubsandwich. Bapak la sedap. I suka la
rasa daging dia tu. Sayur pon rangup, tak kedekut bahan.
Yang
ni pulak The Salmon. Pon sedap! Terasa dia punya sesame sauce. Bila makan macam
ni, teringat dekat Sarah. Kalau dia ada, sure dia order lapan.
Kasik
close up Heritage Clubsandwich. Roti, daging, cheese, roti, tomato, onion, cucumber,
salad lepas tu roti balik. So dia tebal.
Yang
ni close up The Salmon. Pon sama concept macam Heritage Clubsandwich. Roti 3
layer.
Packaging
pon smart.
Yang
ni kitorang punya order haritu. Boleh order max 10 je.
I ada borak dengan Luqman. Dia ni memang pemakan
sama jugak dengan I. Kira boleh la borak bab makan. Dia banyak idea la nak
variety kan sandwich dia. Dia pon banyak jugak buat jenis-jenis lain macam pull
beef semua tapi kata dia tak cukup masa nak buat and masukkan dalam menu. I pon
ada mintak dia buat Salted Egg version of ayam tapi Luqman cakap takde banyak
masak nak buat dah. Tu pon kekadang tak terkejar order unless dia buat full
time boleh la request memacam. MENYAMPAH. Hahahahaha. Kekadang I tengok dia
masak and post dalam FB Group Masak Apa Hari Ni (MAHN) pon semua macam sedap
je. Luqman ni level pandai masak dia macam Chef dah. Untung la isteri nak makan
apa goyang je tetek lepas tu order je, zaaaaap siap ada dah depan mata. (exaggerate
lebih) Tapi kalau dapat suami pandai masak pon tak ok jugak kang nanti gemok
acane? Rish pon untung la sebab Fairuz
pon pandai masak. Tapi tula . Hari hari wajib makan tempe. Dia lebih jawa dari
I sendiri. Hahahaha. Jom tengok apa lagi Sandwich yang SOHO Sandwich offer.
Heritage
Clubsandwich : Daging Masak Hitam, resepi tersendiri. Tidak guna bahan perasa
tambahan mahupun garam. Daging yang digunakan ialah daging bahagian batang
pinang. RM12.00
Cajun
Chicken : Isi peha ayam diperisakan dengan rempah Cajun. Dan telur dadar yang
di perisakan dengan rempah Cajun jugak. Magu, chili sauce dan cheese sauce.
RM12.00
Salmon
Sandwich : Salmon Fillet yang digaul dengan sesame mayo dressing dan paprika.
Dilengkap dengan onion rings. RM15.00
Eggstatic
: Bayam disautee dengan bawang Holland dan telur. Ditutup dengan chedar cheese
dan in house sauce (elleh nak rahsia la tu dia guna sos apa) RM7.00
Club
Sandwich : Chicken Slice dan Crispy Chicken Slice/beef lean. RM11.00
Chicken
Friedsteak : Kepingan Aayam Garing dilapis dengan telur berempah. RM10.00
Egg
Steak : Gabungan Eggstatic dengan Chicken Friedsteak. RM9.00
Eggstatic
Heritage : Gabungan Eggstatic dengan Heritage Clubsanwich : RM10.00
SOHO SANDWICH Menu
For more photo and menu lain yang ada dalam menu
and takde dalam gambar, korang boleh tengok dekat dalam Instagram SOHO
Sandwich. Ok? Soho Sandwich ni dah masuk TV and pernah di promote secara FREE
oleh Nora Danish. Nora Danish pon suka ok SOHO Sandwich ni. Dijamin sedap dan
bersih, masak dari hati. Luqman very particular bab kebersihan. Bayam tu kena
beli dekat pasar lepas tu kena cuci bersih buang semua pasir bilas sampai 2
kali lepas tu kena keringkan pulak and lepas tu baru la masak. Sangat
particular orangnya. So kita tahu la tahap kebersihan dia and kita tau orang
yang jujur dengan masakan ni macam mana. Dia tak kalut nak ambik order lepas tu
mula la tak boleh nak deliver. Dia tak tamak. Sebab tu ada max order. So far
Luqman ada tetapkan area mana untuk COD and delivery pulak boleh dibuat sekitar
Ampang Park and KLCC. Untuk yang out of this area, korang contact la Luqman
directly. Bagitau la readers Chooyaya kot dapat discount ke? Hehe. Order terus
dekat Luqman ok? Jangan tanya I. I taktau apapa. Hahahaha.
Call/WhatsApp (Wan Luqman) : 019-2723390
-eNd-
4 comments:
tengok jer pun dah terliurrr laahaiiii
kak su post makanan lain saye x kisah, tapi bile bab sandwich memang cair iman
Soho sandwich mmg terbaek.sekali mkn rase nk hantok pale kt dinding.terbaik bro
Sy jiran owner soho sandwich nie, baru tahun nie sy dpt merasa, rugi tak dpt kenal dari awal sbb mmg sedap sngt² 😋
Post a Comment