Monday, January 30, 2017

Nak Lambat Nampak Tua Nak Pakai Apa?

STICKY POST
 *Please scroll down for new entry*

Assalamualaikum

Kulit wajah kita ni bila dimamah usia, automatik akan nampak garisan halus muncul pada wajah, kulit kering, nampak tak sihat serta tidak bermaya. Walaupon dah minum banyak air untuk keep kulit moist, tapi sebenarnya tu tak cukup and kita memang kena bantuan jugak dari sumber lain. Bila usia makin bertambah aging proses memang kita tak boleh nak elak. Nak taknak kena tempuh jugak tapi sekarang kita semua tak perlu risau lagi sebab semua tu boleh dibantu dengan menggunakan Olay Miracle Duo products iaitu Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream serta Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence selain dari mengamalkan gaya hidup sihat yang I dah share dekat sini. Dua gabungan ni memang boleh membantu wajah untuk melambatkan proses penuaan, melembap, menegangkan serta menghilangkan kedutan serta garis halus pada wajah. Pelembap memang wajib dipakai setiap hari tapi dengan pre-essence kira macam booster la pada wajah untuk memberi impak serta hasil yang lebih baik serta memuaskan. 

Olay Miracle Duo memang boleh membantu kita untuk melambatkan proses penuaan. Hari ni I nak share kebaikan 2 produk dari Olay Miracle Duo iaitu Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence dan Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream. I dah share intro sikit dalam previous post ni, sekarang I share lebih sikit. Dengan gabungan 2 produk ini, kita boleh transform kulit menjadi lebih cantik serta sihat dan boleh digunakan oleh semua tak kira peringkat usia dari muda sampai lah ketua. Bagusnya Olay Regenerist ni, kesan yang kita nampak serta merta. Kalau kita apply dan pakai pada muka, ianya akan force muka untuk kelihatan lebih cantik bermula dari kali pertama kita menggunakan produk ni. Kulit akan nampak lebih sihat, lembut dan licin. Jom tengok dengan lebih detail tentang ketiga-tiga produk ni.




Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence.


Pre-Essence ini dipakai 2 kali sehari selepas mencuci muka dan sebelum memakai krim muka berpelembap untuk waktu siang atau krim malam. Caranya mudah sahaja, Tekan 'pump button' dan sapukan diseluruh wajah. Elakkan dari terkena pada mata dan bibir. Untuk hasil yang lebih baik, apply 2 pump dosage per use. Essence ini boleh memperbaiki kulit dengan membantu memperbaharui sel-sel kulit mati serta memberi dua kali kuasa tambahan bagi melambatkan aging process. Paling bagus dipakai bersama dengan Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream serta Olay Night Cream. Hasilnya kulit muka akan tampak lebih cantik dan 10 tahun lebih muda dari usia sebenar.




Dua pump untuk setiap kali penggunaan




Olay Regenerist Micro-Sculpting Cream



Lepas dah guna Olay Regenerist Miracle Boost Youth Pre-Essence, dengan menggunakan jari, urutkan sedikit krim ini di wajah dan leher dengan cara menaik keatas secara bulatan. Focus pada bahagian rahang serta bahagian alis mata untuk memberi support supaya kulit lebih tegang. Elakkan dari terkena mata dan bibir serta jangan terlalu terdedah kepada cahaya matahari. Gunakan pada waktu pagi dan malam. Krim ini membantu melembutkan wajah, mengurangkan garis halus dan kedutan serta melembapkan kulit. Nanti kulit akan nampak tegang dan muda.

Dua gabungan ini memang akan memberikan impak yang menakjubkan pada kulit wajah bermula dengan sapuan yang pertama. Memang terasa kulit transform, terus lebih tegang. Dengan kedua-dua gabungan ini, anda akan mendapati kulit akan nampak 10 tahun lebih muda dari usia sebenar. Untuk info yang lebih lanjut sila layari https://www.everydayme.com.my/olay  

#OlayMalaysia 
#MiracleDuo 


-eNd-

No comments: