Friday, January 27, 2017

Brownies Sedaaaaapppppppppppppp

Assalamualaikum..

Haritu masa Makeup Workshop Class si Haizan ni datang la as peserta lepas tu bagi 2 bijik brownies. Satu yang no-nut untuk I and satu lagi yang ada walnuts. I kalau Brownies memang suka yang kosong je. Takyah la beria nak kacang ke apa. Tak kisah la kacang rangup ke, masuk angin ke memang gua tak suka sebab malas nak kunyah kacang. Dah brownies sedap dah la. Takyah nak bodek I letak kacang mahal ke apa. Tak sukaaaaaaaaaaaaaaaaa! Kalau Kaklong, lagi banyak kacang lagi dia suka. Bab tu I dengan Kaklong tak sama. Bab yang sama ialah sama-sama anak Sulatin and suka makan dessert. Dah yang Kaklong tetiba masuk dalam ini cerita kenapa? Haha. Dulu Haizan pernah bagi I rasa Brownies dia masa memula dia start buat Brownies. I dah pernah rasa. Sedap jugak tapi sedap-sedap Ayam je la. Tak sampai lagi level WOW bagi I time tu tapi sekarang ni dia punya Brownies kemaaaaaaaaaaaaaaaaain sedap dah!! I tanya Haizan, macam mana yang dari 70% markah now dah jadik 95/100%? Kata Haizan memang dia admit, penggunaan premium ingredient dari butter sampai ke chocolate buat Brownies rasa lebih sedap. Oooooo, Kesahnyaaaaaa. Patut la pon. Now, memang Brownies Haizan dah level Huda punya dah. Sedap nak mampos ok? Haritu masa orang dalam kelas sebok belajar, I sekejap selak kotak ngap. Tetiba tak sedar dah sebaris makan. Lepas tu komplen gemok. Jadik layan la makan sebab Brownies Haizan ni takde la manis level potong kaki. Sedap! Ni tengah taip tetiba macam tingin pulak. Pakkal la dekat Shah Alam tempat pick up, kalau tak memang esok jugak I order lagi 3 kotak terus.


Atas tu drizzle pulak dengan Nutella. Alahai la Brownies Haizan ni betul carik pasal. Nama dalam IC : Hershey Brownies. Ok?



Size seketul Brownies ni ialah 9 inci. Kalau potong bite size dapat 36 pcs.


Menyirap pulak tengok Brownies Haizan ni. Sejak bila entah dia tetiba sedap macam ni. Biasa dia kan??


Tengok la, mendapat pujian masa dekat Make up Class Sabtu lepas


Ni I kidnap dari Haizan punya FB. Saja nak tengok komen customer dia yang lain


Tengok, Brownies Goddes si Huda pun puji Haizan punya Brownies ni sedap. Maksudnya apa?

Kat Haizan, Brownies dia ni padat, gemok dan puas hati. Ada je eh Brownies gemok? Sesuka hati je dia nak mengata Brownies dia macam tu. Hahahaha. Bila tanya harga berapa, kata dia SEGANNNNN nak cakap, dah tu acane? Suruh pulak I yang letak harga. Hahaha. Memang silap la suruh aku yang letak. Kang letak RM30.00 nanges. Modal pon tak dapat. Penat lagi ada. Kira macam amal jariah je la eh? Kata Haizan, biasa RM55.00 sekotak dia jual tapi untuk kaawan-kawan yang disayangi dia kasik RM50.00 je dah la. Nak order makesure notice 2 hari (sebab Haizan kerja office bukan full-tme baker). Pick up point dekat rumah Opah dia Seksyen 19 Shah Alam atau kalau hari kerja dekat Menara TM. Ishk. Bengang pulak dah teringin ni tetiba pick up point rumah Opah dekat Seksyen 19. Lain kali suruh Opah pindah Ampang la senang. OK?

I tanya Haizan, apa keistimewaan Brownies dia? Kata Haizan, brownies dia ni #antiwrinklesbrownies with hashtag. Amboi. Jaman ini ari, Brownies pon ada anti-wrinkles eh? Kemain. Hahaha. But I punya own testimonial is Haizan punya Brownies ni Sedap sebab dia tak manis bedentang, rangup dia takde la level rangup keropok lekor sebab kekadang memang ada ye yang buat Brownies crunchy sampai I tak boleh nak brain. Ni aku mkan Brownies ke makan Keropok perisa Coklat? Dalam  Brownies Haizan ni dia moist, padat and everything is just nice. Senang cakap, Brownies ni SEDAP DAN MURAH. RM50.00 sekotak alahai. Rasa macam nak beli 14 kotak terus (acah-acah kaya) Hahahaha. So pada sesiapa yang nak order, boleh contact Haizan terus eh? Call/WhatsApp 019-3920057 NOWWWWW!! Cakap banyak pon tak guna. Nak tau dia punya sedap order sendiri laaa. *tetiba emos sebab Shah Alam jauh.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...