Friday, February 3, 2017

#TheJourneyPerthian2017 - Shell Out Potluck

Assalamualaikum..

Bebudak dalam group #TheJourneyPerthian2017 nampaknya tak move on lagi maka Sabtu lepas berlangsunglah acara makan-makan Shell Out, hosted by Kidd and Hani dekat Villa Wangsamas Wangsa Maju. Kali ni tambah ahli seperti Khatiq, Aliah and family also Arie. Arie datang sorang pulak, patut bawak Fattah Amin sebab dia BFF Fattah Amin. Damn! I dah berdebar-debar masa nampak Arie, tercarik-carik jugak kot ada Fattah Amin ke apa. Beria pakai perfume sebaldi sekali takde Fattah Amin. Hahaha. Esoknya I masukkan gambar Shell Out dalam IG link ke FB caption poyo ‘Semoga Friendship kekal ke anak cucu’ lepas tu si Zack Galak komen ‘Nama kita tak mention pun.. Pui!’ and masuklah si Apai, ‘Aku dari haritu nak tanya, UiTM tak boleh join ke?’ and Khatiq reply, ‘Ko jangan sibuk la Apai, ni untuk budak belajar Obersi je’.  Si Apai tak puas hati Khatiq tetiba ada sekali masa makan-makan ni lepas tu dia komen, ‘Hahaha ko apahal Tiq, adui… Ko UTM. Takde bunyi Ostolia pon nama uni ko?’ Khatiq reply, ‘UTM (University Technology Melbourne’). HAHAHAHAH BANGANG memasing.

Korang kalau baca blog ni mesti perasan I ada sebut either WakDan FC or DanDan FC. DanDan ni is geng belajar dekat Australia. Memacam Uni la, I pon tak sure, ada Curtin ada Adelaide ke menda entah. WakLu pulak is bebudak Kajang = Cookies. So WakLu + DanDan = WakDan FC. Bila gabung ni jadik la besar family. Ada bebudak WakDan ni dedua family dia join. DanDan pon ye, WakLu pon ye. Eh memandai je cakap ada ramai, padahal Gofur dengan Syikin je. Macam Cookies (WakLu FC), I by invitation. Maksudnya kalau dorang buat makan-makan Cookies, dorang ajak I and Sazli by invitation. By Invitation sebab kitorang je yang bukan orang Kajang and satu sekolah. Konsep I ni macam Hamirah la. Dulu dia Cookies by invitation Sekarang takde dah. Dah kena kick. Hahaha. Apai tu tak payah nak bising la. Dia time Cookies punya takde pon ajak Rish. (Tetiba Rish kena highlight) HAHAHAHA. WakLu ke, DanDan ke yang penting kiter semua close je. Macam satu family. Tingat pulak dekat Ami. Ami ni budak Cookies. I selalu berlakon Tan Sri Secretary dengan dia. Sikit-sikit asal tanya asal mana Ami mesti cakap Ostolia lepas tu si Apai kutuk, kata dia ‘Ami, ko sebut Ostolia pon salah nak ngaku asal Ostolia’ Hahaha. Macam Wakdan ni yang satukan is bola sebenarnya. Sama-sama minat bola, dulu selalu la join league. Now macam slow down. Bebudak Cookies yang tak main bola macam Cipel, Aiman, No, Aspa pon I kenal baik jugak. Dorang semuaaaa baik-baik. Rindu pulak. Ada 3 tahun dah kot tak jumpa.


Sayup kelihatan Shell Out yang disediakan oleh Host, Kidd and Hani. Thank you. Sedap sangat Shell Out Kidd buat. Dah nama pon Chef kan? Kata Hani, neighbor dia mesti pelik kenapa malam ni rumah dorang riuh macam hari raya. Dah macam open house hari raya dah.



Ni Kambeng Kicap Pedas. Made by Nimi wife Sadesh. Sedap giler kot? Nimi ni master of cooking. Ngam je makan dengan Shell Out and Nasi Putih. Tu yang sampai 2 kali masak nasi sebab tak cukup. Lauk banyak lebih, but nasi yang tak cukup.


I order Mee Hoon dari NZ Delicacy. (012-3612750). Macam ni harga baru RM30.00 sedulang. If ada jamuan sekolah Shein pon I akan order dari sini. Dorang ada buat kuih muih and Roti Jala as well.


Macaroni ni si Haizan la bagi. I order Brownies, dia hantar sekali kuih Sagu dengan Macaroni. Thank you Haizan. Dapat la tambah-tambah makanan dekat rumah Hani.


Yang ni Shell Out yang creamy/salted egg. Pon sedap!


Brownies dari Haizan (019-3920057). Sedap giler! Semua orang cakap sedap. RM55.00 je untuk size 9 inch macam ni. Cut bite size dapat 36 pcs.


Serious muka Kidd nak susun Shell Out. Si Fruz susun sayur lebat belah atas. Lain machiam pulak. Hahahaha.


Ada macam Salt-Bae tak? Tengok Rish muka tak sabar-sabar.


Sazli and Fruz pon nak sebok-sebok sama atur makanan. Fruz tu yer la. Saz tu I taktau apa function dia dekat situ. Haha.


Lawan arah jam : Arie, Sazli, Khatiq (Dia komplen gambar dia tak pernah ada dalam blog. Yer jeeeeee), Altaav, Shein, Aliah kemain gaya Mak Datins, Siti Nurhaliza and Hani Sufia.


Rish dengan handbag Syikin. I lah kepochi ambik gambar Rish, send dalam group Gila Tudung Bawal lepas tu Dyba percaya tu bag Rish. Sekarang dah terbongkar rahsia, handbag tu kepunyaan Syikin. Hahaha.


Shein dengan Azalia jadik Bar Tender. Sorang tukang tadah air, sorang tukang susun.


Yang ni tak payah cakap apa, tala je henpon kat muka terus senyum T___T
Kata Rish, ‘Ni tudung Ariani, boleh la simpul macam ni sebab dia mahal kan? Lembut. RM200’. Tanya sikit, jawapan dia haaaaaa. HAHAHAHAHA. Eh tapi ni Ariani yang RM200.00 ke Rish? Yang RM200.00 you pakai time Langkawi kan?

Kitorang sekarang ada group WhatsApp. ‘Gila Tudung Bawal’. Hari-hari update sales tudung. Duck la, Sugar Scarf la, Ariani la, Arzu la. Memacam ada. Marsha memang la gila tudung Duck gila-gila punya. Yang Alphabet tu, dia ada semua kaler ok? SEMUA. Masa Atin jual dull satin tu, sorang ambik min 10. Syikin sorang ambik 20 helai. Aku pon tak paham la dorang ni nak pakai tudung time bila. Rish tu selalu la tanya I, ‘You bila nak pakai tudung?’ Malas I nak layan. Kalau dia komen dalam FB, I delete je komen tu. Hahahaha.


Makan time! Besar dah Si Yusuf ni kan? Dah 8 years kan Kin umur Ucop? Dia paling Abang la kalau dalam WakDan/Dandan/Waklu. Abang sulong.


Macam Black pon ada jugak muka Khatiq ni I tengok. Tapi Khatiq lagi hensem la. Black no 2 hensem.


Gofur, Sadesh and Nimi. I agak dalam Wakdan ni, Gofur la no 1 yang akan jadik Dato’. Kita tengok lagi 20 tahun eh? Hahaha. Tan Sri Abdul Gofur. Gittewwwww. Time tu Syikin, ko bukak je Duck depan rumah. Jadik Stokis. Tukang beli Shanom, Marsha dengan Rish. Hahahah.


Aliah, Hani, Dee and Siti Nohaliza!


Group Photo! Shein mana Shein?


Oooo tu nampak rambut Shein tepi I. HAHAHAHA.
Kidd, puas hati eh muka you sebesar dulang masuk dalam blog I.


Ok, kita kasik gambar bonus. Kidd, Yusof and Altaav Kashorgee


Tengok la Si Azalia tu pakai wonder woman punya crown. Elok pulak tu dia taknak bukak bukak.


Si Shein harini buat perangai boleh tahan. Sakit jantung Abah dia. Lepas ni harapan la nak join gathering macam ni dah kalau sebegini rupa sikapmu anakku Mohamad Shein Iskandar.


Ok gambar last! Elok pulak atas kepala Rish tetiba tumbuh muka Khatiq. Hahaha.

I gerak awal sebab tak packing lagi untuk Janda Baik Trip esoknya. Dorang sambung la makan-makan sampai midnight kot? Sudahnya banyak je makanan berlebih. Si Hani and Kidd punya saspen takot tak cukup makanan. Sebenarnya yang nak sangat Shell Out ni is Asma tapi Asma pulak tak balik KL minggu ni. Lepas tu si Azrul pon tak turun KL. Dorang ni time takde plan, turun KL. Time ada plan macam ni tak turun KL pulak. Now Si Azrul dah bising-bising dalam group tanya bila nak buat gathering lagi. Hahahah. Cenggitulah hidup orang kesunyian. I ni kalau dah malas sangat fikir, mintak Intan je la dating dengan Azrul. Susah sangat kan? Intan kata kalau Azrul sudi, dia sanggup je berenti kerja. Duduk Kuantan ok, duduk Ostolia ok. Mana-mana la suami dia nak bawak. HAHAHHAHAHAHHA.

-eNd-

2 comments:

ADEEYA said...

Sedapnyaaa makanan.

Ibu Ilyanie(s) said...

sedapnya makanan tu! :D
salam perkenalan, BW kat sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...