Wednesday, March 15, 2017

5-2-5 kot????? (Edisi Futsal)

Assalamualaikum..

Lama giler tak main Futsal. Duluuuu masa zaman muda remaja memang I selalu la main futsal. Main untuk company sampai Liga Kebangsaan. Cecece. Bunyik mcam hebat kan? Bunyik je hebat tapi takde apa pon sebab most of the time I simpanan je kah kah kah. Tu masa sebelum kawen la. Bila dah kawen, ada main dengan bebudak Wakdan WAGS. Time tu Fouziah Gous (I call her Poja) pon ada join and Yash lagi la drama siap pengsan-pengsan time game. Mengada je. Dah tau nak main futsal, taknak makan memang la pitam. Time tu la I kenal dengan Ejie and unfortunately Ejie pon kawan jugak dengan Anny. Anny memang kaki Futsal la. I dah tengok dia main, takde la hebat mana pon hahahaha. Bab kutuk kita kemain. Dia tu main Futsal dengan I pon tak pernah tapi dia cakap I main macam Kuda Kepang. Amboi amboi amboi, amboi amboi amboi.  Yep yep (style King Coco). I pon memang la tak pandai mana main. Sama la macam Intan, poyo je lebih. Kasut nak Nike je walaupon company sponsor RM50.00 untuk beli kasut tapi dengan botol air kaler pink habes semua I beli. Haha. Taknak kalah. Tapi I jenis semangat memang lebih sikit. Sebab I suka sports kan? Biasa orang sports ni, bagi la sukan apa dia boleh je main semua. Cecece. I sepak pola pon jenis tonjol memang la kuat pergi dia. Usually yang betul sepak kuat and pandai Futsal dia guna sisi kaki. Kedebush bunyik dia. Kaklong I sepak kuat guna sisi kaki. Dia memang pandai main Futsal cuma dia ada masalah tak boleh bendung nak terkucil dalam seluar je la. Hahaha.


Last 2 weeks main dengan Intan and Kelab sukan company. Kening I on point. Tu yang penting.


Untuk Kelab Sukan Company kita main campur lelaki dengan perempuan. Syarat nak goal kena dalam kawasan D sebab tak boleh la main rembat. Kita kan wanita sifatnya penuh kelembutan? Lelaki-lelaki ni kalau main sepak memang berdesup. Ada out. Syarat satu pasukan kena ada 2 perempuan. I tak geng dengan Intan. Dia memang sakit hati menyirap je dengan I sebab dia bajet team I semua hebat. Dia kataaaaaaaaaaa la. Padahal sama je semua. Siap taknak kawan dengan I, taknak naik kereta dengan I semua. Izzy pulak team dia kitorang panggil Team Gout sebab team mate ada yang Gout but sudahnya Team Gout dapat number 1, team Intan number 2 and Team I kalah dapat number 3. Hahahaha. Actually kitorang main secara liga and semua team menang 1, kalah 1 tapi kita kira jaringan. Team I of coz la paling corot sebab dah kalau 2 je goal macam mana? Tu pon 1 goal I yang jaringkan. Sebab Goal Keeper tengah bergomol tepi padang dengan team I and bola terlepas so I open goal la. Naseb baik goal sebab sebelum sepak masuk goal I dah jerit awal-awal. Geli bontot. Hahahaha.


Cecece. 


Tengok gaya sepak dah tau dah I ‘ayam’ hahahaha.


Ni Team I. CEO I, Fakhri, Aizat dengan Dee.


Time ni I tengah poyo-poyo bincang strategy. Sebenarnya takde apa pon. Saja nak sakitkan hati Intan sebab first game, I lawan dengan team dia yang team dia kalah tu. Hahahahha.


Aizat pakai baju kuning sebab dia Goal Keeper. We did a good job team! Cuma takde rezeki nak menang. Minggu ni taktau la I masuk team mana pulak. Every week tukar team mate. Jangan team dengan Intan dah la. Ada dalam game I gaduh dengan dia. Hahahah.


Ni team Intan. Paaaaaaaling lama ambik gambar. Siap nak kuah la, duduk semua, diri semua. Over. Sewa padang 2 jam. Setengah jam je habes untuk ambik gambar.


All of us. 3 team semuanya. Ko tengok la team lagi dua tu. Siap ada jersey ok? Dah tu warna dah la sama. Tu la. Nak main rahsia-rahsia lagi baju warna apa. Hahahaha.

Main ni pon memang kelakar la. Si Intan tu lagi lah cartoon. Masa rest sekejap tu kan? Sapa entah tanya Intan. ‘Eh, dah habes ke Intan, menang ke?’ Sebenarnya dia pon taktau yang berenti tu sekejap is rehat. Lepas tu dia cakap, ‘5 2 5 kot?????’ Dengan muka kerek siap jeling lagi. Lepas tu dia tanya balik dekat Abang Reen. ‘Bang, 5-2-5 tu apa? Intan main cakap jer.’ Hahahahaha. 5-2-5 tu main 5 minutes, 2 minutes rehat, 5 minutes main. Yang dia paham, 5-2-5 tu game formation. Hahahahahhaha. Bongok la Intan. Tapi dalam game I ada la poyo and bertegas sikit sebab I tauuuu la undang-undang macam corner, free kick semua tu. Kalau tak tau, memang ayam-ayam je la kena. Dulu masa I main bola padang, turun dengan naik pon I taktau. Turun nak turun mana, kalau naik tu pergi belah mana. Off side semua I taktau. Tapi lama-lama baru la tau sikit-sikit. Apapa pon game ni memang fun. Badan pon takde rasa sakit mana sebab kita buat stretching sebelum main. Tak sabar pulak nak main untuk esok. Sapa la team mate I. Sapa-sapa pon ok, asal jangan sama dengan Intan sebab I takot nanti I tak tahan ketawa, kencing terus dalam seluar. Sebab tu kalau main Futsal, kena pakai pad sebab takot habes game bau hancing satu badan. Hahahha. Tu Kaklong la. Dia pundi lose. I ok je. Hehe.


-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...