Monday, March 27, 2017

Friday Lunch at Sushi Zanmai

Assalamualaikum..

Hari Jumaat kitorang bertiga (I, Kaklong and Dyba) pergi ke Sushi Zanmai Avenue K untuk lunch. Memula nak pergi Pavilion tapi kekadang kalau pergi sana Jumaat ni jalan jem la. Malas. So pergi KLCC/Avenue K je senang. Keluar parking office, zaaaappp masuk parking KLCC. Kalau jumaat biasa parking kena RM8.00 mahal sikit la sebab lama. Parking KLCC memang mahal. Kalau Pavilion biasa RM3.00 jer kena walaupon dia Pavilion kot? Lebih power tapi parking murah. Tapi kitorang ada deal. Parking bayar share. Supaya adil. Hahaha. Tapi bila Izzy join, biasa dia bayar sorang je parking. Tu I suka kalau dia ikut. Hahaha. Nak pergi Avenue K tu sebab I suka beli baju office dekat Nichii. Lagipon ada member card and boleh collect point. Sebaris la Nichii, Dressing Paula dengan Kitschen tu. Semua boleh collect point and dia under satu company. If dah sampai RM500.00 dapat free voucher RM50.00 atau kekadang kalau ada Super Deal, beli mana-mana 3 item dapat rebate RM20.00 macam tu. Ikut suka hati dorang la nak buat macam mana pon sales cuma yang free voucher RM50.00 tu cepat sangat expired. Sebulan je kot? Konsep dia biar datang shopping sana selalu and membantu economy negara. I suka beli baju dekat Nichii sebab murah. Semua pon below RM100.00. Usually range dalam RM50-RM80.00 je macam tu sehelai and dorang pun every week pun ada new collection. Kekadang ada jugak beli dekat MNG, Zara, Pull and Bear and ada satu brand ni nama The Executive dekat Isetan pon cantik-cantik jugak baju dia + affordable. I baju kerja konsep dia takyah mahal takper, janji pakai tukar-tukar. Kalau semua nak Zara nanti pergi kerja pakai sependa je la. Baju je Zara lepas tu seluar takyah pakai. Hahaha.


Kitorang makan dekat Sushi Zanmai. Kata Sazli, Sushi Zamani. Memandai je tukar nama. Sushi Zanmai ni range harga lebih kurang Sushi King je pun tapi sini banyak choices la. Yang ni favorite I. Nama dia ialah Itachoco Monaka Now. RM9.80 dalam 5 baris. Ambik 2 flavor, Vanilla and Chocolate.



Ooo I nak cakap, Intan kan now dia dah kerja under HR. Dia dah tak PA dah. Dia jadik Pegawai IT. Cecece. Sesapa ada report pasal IT now Intan la yang take over. Friday lepas, first time dia pergi outstation pasal kerja selepas 8 tahun dekat company ni. Sian sangat. Hahahah. PA memang biasa takde pergi kilang. Sama la macam I. Takde urusan dengan orang kilang so takde la Outstation. Kalau ada pon sebab kursus atau sukan atau family day. Yang lain takde. Intan cakap, dia bagitau semua orang yang dia outstation. Lepas tu semua orang terkejut and impressed. Tapi bila tanya Outstation dekat mana, dia cakap taktau. Tau dekat Bahau je. Nama hotel pon taktau. Hahahah bongok Intan. I sebok tanya Intan semua ok ke tak, makan ok tak, hotel berhantu ke tak… Hahahah. 


Ni Kaklong punya. Chicken Teriyaki. RM14.80 memang sedap.


Garlic Rice. RM8.80 ni Kaklong punya jugak.


Tamago (RM2.80), Ebikko (RM3.80) and Salmon Sushi (RM4.80) ni Dyba and Kaklong punya


Tempura Ramen RM14.80 Dyba punya.


Sikit je Tempura dia. Tapi just nice nak makan dengan ramen.


Ni I punya Beef Sukiyaki. RM23.80


Slice Beef ni nanti masukkan dalam soup


Makanlah banyak sayur untuk kesihatan. Cecece.


Si Dyba ni kalau lunch suka makan nasik. Dia BF so kena selalu makan. Makan nasik 3 hari sekali, tapi berat macam tu jugak.


Kaklong, mata sepet habes. Orang Cina pon tak sepet macam dia.

Sushi Zanmai ni kalau lunch hour usually akan pack sikit. If korang nak datang, datang awal around 12.00pm atau datang lewat around 1.30pm. If datang In between tu jadiknya akan queue lama la. I pernah nak buat reservation tapi tak boleh. Semua kena walk in. Sama macam Dolly DImsum. Lunch hour dorang tak bagi buat reservation. Sapa nak makan kat sini, beratuuuuuuuuuuuuuuuuuuur! I dengan Dyba sempat la tengok sekejap baju dekat Nichii so Kaklong la queue dekat Sushi Zanmai. Dekat Nichii ni kalau nak bayar boleh tahan lambat. Sebab nak masukkan point semua. So kitorang pilih baju, letak dekat counter. Lepas siap makan baru lah  datang balik and bayar. Yang total kitorang makan macam-macam dekat atas tu dalam RM96.00 je. Murah kan? Ok la untuk makan bertiga. Sesapa yang nak belajar makan Sushi, boleh lah datang ke Sushi Zanmaaaaaaaaaaaaaaaai. (Kemain promote macamkan ada share. Haha)

Sushi Zanmai
Lot M-19, Mezzanine Floor
Avenue K
156, Jalan Ampang
Kuala Lumpur
03-2181 8810


-eNd-

4 comments:

adda syuhada said...

sedapnyer..

Anna Dayana said...

hahahaha.. kak su sedapnya waffel tu..

AYU Norfaizi said...

kak su nak tanye,
wafel tu fillingnye icecream ke tu?
nampak sodap

Chooyaya! said...

adda syuhada : sedap!

anna dayana : sedap la intan. haritu kan intan ad amakan?

ayu norfaizi : ha a, isi dia eskrem, balut pulak dengan chocolate rangup then baru wafel