Friday, March 24, 2017

Kisah Makanan Orang Tak Sihat

Assalamualaikum..

Semalam I dah selamat sampai KL balik. Welcome back to KL! (Macam la lama sangat balik Pahang). Gerak pukul 3.30pm memang ngam-ngam waktu tengah sedap tido. Tapi sebab kena drive, apakan daya. Biasa kalau Sazli drive, tak masuk highway lagi I dah sama naik dengan Shein sampai Hongkong. Tak sedar apa so member syok la tekak minyak laju-laju. Tau-tau dah sampai KL je. Patut la rasa sekejap, sebab all the way membuta. Haha. Naseb la sempat power nap lepas siap buat Sambal Ketuk si Anny Ariffin, so masa 3.30pm tu takde la ngantuk sangat. I layan dengar lagu The best of Salman Khan dalam filem dekat terus goyang-goyang bahu. Biasa dalam kereta I tak suka dengar radio sebab rasa bingit tapi Youtube ok. Pasang earphone la. Bukan tengok macam tengok TV tu. Macam semalam I layan hits Salman Khan, Most of it filem Dulhan Hum Le Jayenge yang dia berlakon dengan Karisma Kapoor tu. Karisma Kapoor ni kalau menari jenis beria ok? Dah la baju kelakar je semua. Tetiba pakai seluar senteng, ada pulak sling bag. Hahaha. Tapi body dia lawa la. Kurus je. Dia tu I tengok menten kurus sampai sekarang. Kalau Aishwarya Rai tu I agak dah debab sikit. Jenis De and Dyba la ni. Makan la banyak mana pon badan macam tu jugak. Nasik 3 hari sekali, apa ada hal? Dessert semua pon bedal tapi kurussssssssss je. Mana la keadilan dalam dunia ni. I ni, kalau balik kampung kekadang tahan-tahan je makan. Hati rasa nak tambah tapi aku sabar Jebat. Tu yang masa lunch dengan lauk Sambal Air Mata tu, mak cakap, ‘Aik, baru sekejap tadi nasik penuh, pandang sekali dah habes?’ Malas aku nak layan. Dia apa tau anak dia dah lama tak makan nasik? So sesekali dapat nasik, memang menggelupur la.



Ni semalam sebelum balik, sempat makan Keria Gula Melaka De. Sedap giler! Nak resepi boleh tengok dekat sini.


Mak ada masak Ikan Siakap Stim tapi tengahari tu I tak sempat nak makan. Rushing sikit so macam lupa. Bila dah half way baru teringat nak makan. Mak pon baru je tu ada selera nak makan. Sian dia. Dari Isnin demam, now dah ok dah. Masa Rabu malam dia mintak buat Sup Sayur letak udang and fishball taknak potong kata dia. Ok boleh saaaaaiyaaaang. Anything for you. Tengok selera la sikit dia makan. Al-hamdulillah. Masa masuk dalam IG/FB ada jugak yang terliur and nak resepi. Senang je buat. Tumis bawang putih and bawang merah. Dah naik bau, masukkan udang. Dah tu masukkan perencah sup sayur Adabi half packet lepas tu air sesuka hati nak banyak mana and masukkan tumbuh-tumbuhan. Kalau nak sedap kena masuk cendawan tiram tu. Yang lain boleh masuk macam carrots, sawi, kobis, broccoli, tomato ikut suka lah janji sejenis pokok hahahha. Kata Ain, sebenarnya buat sedap sup sayur tu sebab perencah sup sayur tu. Kalau tak letak, tak sedap pon. Elleh dengki. Biarlaaaaaa. Tapi banyak MSG perencah-perencah macam ni. Letak sikit cukup. Tak letak laaaagi bagus.


Sup Sayur Untuk Orang Demam.

Rabu Khamis dapat la tengok-tengok GF sekejap. Sabtu Ahad ni jadik Chef untuk Mak Azizah pulak. Dia bedah mata dia so admitted la sehari dua dekat hospital. Kata Mak, ‘Su janganlah susah-susah masak untuk Mak.. Nanti penat’. I cakap takper, time ni lah nak tambah pahala sebab masak untuk Mak. Mengekek dia ketawa. Tu padahal acah-acah je tu cakap takyah masak. Cecece. Padahal Mak dengan Bapak ni is my number one fan masakan I. Apa I masak semua dorang suka tapi selalu la kena komplen sebab masin/pedas. Dorang ni memang eat very less salt. Very very very less. Kalau tekak I, memang kena reject. Ni nak Google apa masakan sesuai untuk Mak. Ingat nak buat sup or bubur yang sedap-sedap sikit. Mi hun soup daging ke, Ikan Stim ke… Macam Mak, dia suka Spaghetti Carbonara. Maybe nak buat yang tu untuk dia. So untuk korang semua, selamat berhujung minggu. Jangan lupa minum air kosong banyak-banyak musim panas ni ok? Nanti demam.

-eNd-

No comments: