Assalamualaikum..
Haritu masa Kathy, Yana and Siti Nohaliza masukkan
gambar muka dah siap mekap waktu Basic Makeup Workshop Annesuraya Skincare
and Kaay Cosmetics (entry bila nak up?) ramai la yang memuji kata mekap cantik. Cecece. Maka kembang
la terus memasing punya vontot yang dah sedia kembang. Hahahaha. Kitorang mekap
sekejap je. Semua less than an hour. Zaaaap zap zap dah siap. Cita-cita tinggi, nak
makeup awal before 12.00pm tapi biasa la cita-cita tak semua kesampaian. Contoh
macam cita-cita nak jadik Pembaca Berita sampai kesudah takde nampak bayang
walaupon dah tuwe. Sedih sangat hahaha. Dah siap mekap tu I tengok Kathy and
Yana dah macam nak jadik pengantin dah sebab dorang pon mata siap pakai contact
lens, I je yang lupa. Tu kalau pakai crown tinggal bersanding je. Kompang tak
payah sebab guna kompang mulut je. Haha. Mekap sekejap tapi result InsyaAllah
ok, memasing kening on point and semua pon puas hati lepas tu start la
pusing-pusing time berjalan berangan macam pwincess hahaha. Yang berangan tu I
sorang je sebenarnya tapi sengaja nak tuduh orang lain sekali. Biasa la, hobi I
= berangan. Macam I memang ada a few time dah make up dengan Shae but Manja
Kathy and Manja Yana ni first time dorang make-up dengan MUA 2 orang ni. Biasanya
perempuan suka berangan mekap cantik macam kitorang ni senang je nak ngam dengan MUA. Hahaha. Anny je tak sempat
mekap sebab dia bizi sikit kehulur kehilir beli air la apa la. Lagipon dia kata
dia belakang tabir takyah beria mekap. Diaaaaa la kata dia belakang tabir
memandai, orang tak cakap pon. Kali ni dia terselamat, next time belum tentu. Haha.
Jom tengok hasil mekap kitorang.
Gambar
full dulu eh? Dari kiri : Kak Kiah, Yana, Kathy and Siti Nohaliza.
Style
= Ikut suka hati nak pakai apa pon. Lupa nak janji kaler tema apa. Tapi
kebetulan I and Anny pakai Hitam/Kelabu lepas tu Yana and Kathy pakai ada
element biru. Team Anne Suraya bagak-bagak je besar macam giant, team Kaay alahai
kecik molek je.
Ok,
close up make up I. Make I by @shaetaib. Shae biasa kalau nak mekap I, dia akan
study dulu malam tu nak buat macam mana. I cakap I nak Smokey eyes, dull lipstick,
Rambut sanggul atas ala-ala fesyen dalam pantang lepas tu subang besau.
Hasilnya macam ni la. I suka! I cakap I Jlo. Ramai yang tak setuju. Dengki la
tu I macam Jlo. Hahaha.
Ni
different lighting. Ambik gambar dekat luar 9 Kedondong ni cuaca macam cerah
sikit. Lipstick I pakai harini from Kaay Cosmetic code Caramel. I sukaaaaa
lipstick ni sebab rasa sedap macam kek, bibir tak kering and warna dia tahan
lama. Harga sebatang RM35.00 and korang boleh tengok dekat IG @kaay_cosmetics
untuk info lanjut
Untuk readers I yang mana nak guna khidmat makeup
dari Shae boleh guna kata kunci ‘suraya
cantek’ dan boleh dapatkan Promo Make Up dari Shae bernilai RM150.00 untuk
event makeup. Valid booking dari 1 April sampai 30 May 2017 sahaja. Kata kunci
amenda la ko ni Shae? Tak cukup dengan I perasan Siti Nohaliza ko bagi pulak
kata kunci tu. Berbuluuuu je orang membacanya…. Kang ada la tu komen anon cakap
aku muka ala kadar tapi perasan cantik. Hahahahaha. Naseb baik I tak kecik
hati. Next is make up Kathy pulak.
Ni
Kathy and MUA dia masa haritu @fadzilah.fadzil. Simple but sweet. Cantik sangat
make up Kathy. Sesuai dengan character Si Kathy yang lurus/blur-blur ayam tu.
Hahaha. Kathy pakai lipstick Kaay code Roseberry
Manja
Kathy and Manja Yana
Si Kathy ni orang mintak gambar sorang dia bagi
dedua gambar berdua. Selalu je tak paham arahan I. Hahahah. Tu yang kekadang
gegham tu. Padan la dia partner dengan Si Yana. Yana ni jenis tough and bold.
Suruh cakap dia cakap, suruh nyanyi tu memang I agak dia boleh je nyanyi atas
stage. Takde hal. Kathy ni sama la macam Anny. Suruh cakap sikit pon taknak.
Puas mengejar dengan microphone keliling kelas. Hahaha. Anyway kalau korang
suka makeup Kathy boleh guna Promo untuk Fadzillah Fadzil : Follow IG
@fadzilah.fadzil lepas tu guna kata kunci ‘surayaisohsem’
(dah pulaaaaaak) untuk make up nikah atau make up bersanding (pilih salah satu)
dengan harga PROMO RM300.00 sahaja. Untuk Pengantin bulan 10 – 12/2017 (limited
area applied). Booking dari 1 April sampai 30 Mei 2017 ok? Nak tengok hasil
makeup lain boleh tengok dekat IG dia. Lagi banyak gambar dekat sana. Next Make
up Yana pulak.
Cantik
kan Yana? Bulu mata kalah Che Ta lepas tu bibir pakai ombre lipstick. Make up
by @anismanisss
Yana
also pakai lipstick dari Kaay combination Caramel dengan Red Velvet.
Kalau korang berkenan dengan make up Yana by Anis
korang kena follow IG @anismaniss and boleh gunakan kata kunci ‘suraya gojes’ (hahahahaha) and dapat
Promo Makeup Event dengan harga RM150.00 sahaja. Valid dari 1 April – 30 May
2017. Macam biasa, gambar-gambar makeup lain dalam IG dorang ada banyak. So,
sapa yang ada event macam dinner ke, kenduri ke, bridesmaid ke, photoshot ke atau
nak saja suka-suki mekap cantik boleh contact MUA ni semua ok? Make up dorang
pon semua cantik-cantik. Kata kunci tu semua I takde terlibat. Ni tak lain tak
bukan memang kerja si Shae la ni. Dia ketua penyamun dalam ini cerita. Hahaha.
Anyway, thank you tu Shae, Fadzilah and Anis sebab mencantikkan kitorang masa
hari kejadian. InsyaAllah ada rezeki jumpa lagi di lain masa. Kita kembali ke
Angkasapuri. (Tetiba).
-eNd-
2 comments:
teringin jugak nak cantik2 mcm kaksu ni..tp xda event pulak nk cantik2 haha
Dyba : jom la kita cantik2 sempena dyba celebration. nak?
Post a Comment