Monday, April 17, 2017

Amverton Cove : Makan Sedap Di Golfers' Terrace

Assalamualaikum..

Haritu makan dekat Amverton Cove sedap-sedap semua! Especially yang dekat Golfers’ Terrace (Amverton Golf Club House). Seriously tak sangka Resort macam ni boleh ada masakan sedap ala-ala Chinese Muslim restaurant yang I biasa makan dekat KL. Kudos to the chef. Club House pulak tu. Dah la murah.. Memang sangatlah value for money. Pakkal la Pulau Carey ni jauh dari Ampang kalau tak memang sini la tempatnya yang kitorang tuju kalau nak makan sedap and buat activity. Sesapa orang Klang or kawasan berdekatan boleh la datang try makan dekat sini. I sangat sangat sangat rekemen. Let say taknak stay duduk dekat resort ni boleh datang for recreation je. Dah buat activity rekreasi later boleh makan dekat  Golfers’ Terrace ni. Dekat sini ada paintball, flying fox, archery, boat paddle, kayak, ATV for adults/kids and many more. Nanti detail I akan update dalam entry yang lain. Seriously I sangat suka tempat ni. Bagi I dekat sini makan sedap, bilik dia nice and affordable lepas tu activities ada macam-macam. 3D2N macam-macam boleh buat and tak sempat nak boring InsyaAllah. For Kids sini memang la syurga kot sebab ada swimming pool yang besar and kids zone yang ada gym for kids yang best. Karaoke room pon sound system gempak boleh turn suara jadik Siti Nurhaliza (kah kah kah), ada gym, ada snooker eh macam-macam lah. Aku sukaaaaaaaaaaaa!! Nanti ingat nak datang lagi la. Semalam masuk hutan sekejap buat archery rasa damai je macam back to nature (dah kata asal dari hutan haha). Sedih sebab tak sempat buat ATV tu. Takpe, next time datang I nak buat ATV 20 round terus balas dendam. Dah jom tengok makanan. Makanan jugak yang I update dulu pasal Amverton ni. Nampak sangat pelahap kau Suraya okbye semua.



For curry lover yang suka makan kari tapi tak suka Mamak Style, well this is it bebeh. Memang S E D A P ok? Perfect! Ni dapat lempeng ni memang menanges la. Sedap giler! Namanya ialah 'DE ISLAND Curry Fish'





Lemon chicken. Pon sedap.




Ni apa ni? Haha. Claypot Tauhu. Pon sedap sebab dia masak dengan butter.




Kam Hiong Chicken. Dia punya rasa is combination masak kicap + curry. Makan ni saja dengan nasi putih pon dah cukup.




Tak pernah makan sayur masak macam ni, sekali makan memasing diam je. Sebab sedap. This one is Kacang Panjang + Terung.




Mix Veggies




Fried Egg with chicken and prawn




Salted Egg Beansprout



Kitorang makan Set C (For 6 -7 person). Set ni ada Curry Fish, Kam Hiong Chicken, Fried Egg ith Chicken and Prawn, Vegetables of the day, claypot tauhu and rojak buah. Harga is RM132.00 for 1 set macam ni. Less than RM20.00 seorang.

2 hari kitorang makan dekat sini ambik menu yang sama lepas tu tambah sayur lain. Tak sampai RM150.00 pon. Kitorang makan 9 orang pon makan sampai kenyang giler! Pakkal la ada Mr David yang jenis tak boleh tengok makanan dibazirkan. Ni kalau semua jenis perut I, 10 - 12  orang makan pon cukup. Seriously bagi I sangatlaaaaah berbaloi. Orang Klang boleh try makan dekat sini. Selain dari set, ada ala-cart and goreng-goreng as well. I kasik 5 star untuk makanan dekat Golfers’ Terrace ni. Ni tengok balik makanan ni rasa macam menyirap pulak. Hahahaha. Nak nak kari ikan tu perrrrrghhhhhh. Sedap giler kot? Shein pon makan banyak maklumlah dia kan Mat Kari. Masakan pon takde pedas mana. Boleh request nak macam mana. Sapa yang terliur mintak maaf la ye? Apa laaaaagi, nak makan sedap weekend ni pergi la Amverton Cove. Bukan jauh pon dari KL. Golfers’ Terrace ni dibukak for public everyday dari 7am - 8.00pm. 

Amverton Cove Golf and Island Resort
Jalan Pulau Carey, 42960 Pulau Carey, 
Selangor,Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...