Monday, April 3, 2017

Bantuan Untuk Hafiz Mohd Hanafi

Assalamualaikum..

Semalam Sazli bagitau I, ada sorang kawan sekolah rendah dia nama Hafiz Mohd Hanafi now ada masalah jantung and memerlukan dalam lingkungan RM65,000 (Dari jumlah asal RM68,900) untuk tampung cost pemasangan alat CRTD/Peacemaker. Now dia ada dekat Hospital Serdang. Sedih pulak bila dengar. Yerla, umur muda lagi tapi dah terlantar sakit macam tu. Ada keluarga untuk ditanggung lepas tu sakit kronik pulak. I pon haritu tau dari Lien Latif (Tauke Event4u) punya FB. Kata Sazli, if I share dekat Blog maybe boleh la panjangkan kisah ni and probably boleh bantu Hafiz untuk dapatkan dana beli CRTD tu. Kisah sakit Hafiz ni bukan setakat dia nak bantuan ni je tapi dah lama dia sakit and kisah hidup dia is more than that. Hafiz sakit since tahun 2015 lagi. Mula dari pembedahan paru-paru untuk buang 9 inch darah beku pada April 2015 sampai la sekarang masalah jantung pulak. Dah lama dah dia terlantar dekat hospital. Dari cuti bergaji penuh, cuti separuh gaji sampai lah sekarang cuma dapat wang ehsan je. Kesihatan macam tu, pergerakan pulak terbatas. Dulu ceria boleh bergurau senda dengan anak-anak sekarang boleh tengok je. Imagine kalau macam tu terjadik pada kita, macam mana lah ye? Tengok anak-anak berlari mesti teringin nak main sama-sama or at least dapat peluk bila nak tido. Sekarang dia dah tak mampu nak buat semua tu… Jangan kata nak timang tinggi-tinggi hatta nak raih anak and dakap pon dah tak mampu.

Hafiz Mohd Hanafi dan masalah kesihatannya yang memerlukan bantuan dari kita semua untuk at least bantu dia dapat better life dengan isteri, anak-anak dan keluarga


Quotation CRTD untuk Hafiz

BATERI JANTUNG.. DEMI KASIH SAYANG ISTERI DAN ANAK-ANAK.

Luluh hati ni mengikuti satu persatu kisah Hafiz. Sedar tak sedar, air mata saya turut bergenang. Apa lagi saya ikuti setiap satu perkembangan Hafiz tanpa gagal sejak mula dia ada masalah kesihatan, sejak 2015. Dari seorang ayah yang ceria dan aktif ke sana sini, bergurau senda dgn anak-anak. Kini dia hanya mampu melihat sahaja bersama linangan air mata yang tak pernah padam. Nak raih anak sendiri dan dukung pun dia tak mampu.. Apa lagi nak timang tinggi-tinggi seperti bapa-bapa lain.

Selepas pembedahan paru-paru untukk buang 9 inci darah beku pada April 2015, segalanya berubah. Akibat terlantar lama di hospital memberi efek pada pendapatan bulanan. Daripada cuti bergaji penuh, cuti separuh gaji, sehinggalah bayaran ehsan. Pergerakan pun terbatas. Impian untuk sihat seperi sediakala sentiasa menjadi semangat utama untuk Hafiz. Tanpa jemu. dia mengikuti terapi sehinggalah dapat kembali berjalan. Sokongan isteri yang tak pernah luak.. Keluarga... Mengenangkan masa depan anak-anak, membuatkan dia semakin bersemangat untuk hidup. Tapi, bila hari bersilih ganti... Kesihatan Hafiz kembali merosot. Setiap bulan pasti admit ke rumah ke dua iaitu Hospital Serdang. Meneruskan hidup hanya dengan jantung yang berfungsi 10% sahaja... Apa yang ada dalam kepala sahabat semua?

Iye... sesak nafas yang datang secara tiba-tiba. Pergerakan terbatas. Nak jalan sejauh 15 meter pun dia tercungap-cungap keletihan. Luluh hancur hati, berderai air mata melihat kesusahan yang ditanggung isterinya. Bersusah payah menguruskan dan membesarkan anak-anak seorang diri. Bila doktor sarankan tentang bateri untuk jantung ia seakan satu harapan baru untuk Hafiz. Tapi bila melihat jumlah perbelanjaan tu ia seakan malap kembali. Mana mungkin dia mampu dengan angka sebegitu.

RM68,900 ternyata satu jumlah yang sangat besar untuk tenaga pengajar biasa sepertinya. Hafiz hanya memandang sayu pada quotation itu... Isterinya juga hanya senyum kelat. Mereka ada apply sumbangan, jumlah terkumpul adalah RM1,600.00 Ternyata masih jauh untuk ke 5 angka. Untuk sahabat di sini marilah kita sama-sama membantu memberi sinar dan nafas kehidupan kepada Hafiz. Agar dia dapat menjalani hidup yang sempurna seperti kita semua. Sumbangan anda, selagi nadi berdenyut, sebelum nafas terhenti...

TABUNG BANTUAN
HAFIZ MOHD HANAFI
UNTUK PEMASANGAN CRTD PACEMAKER BERJUMLAH RM68,900.00

 AKAUN BANK
1622 6327 2864 (maybank)
7027 4931 24 (cimb)

Atas nama
Norul Mubarakah Ibrahim (isteri)
No. Hp : 013 383 3210/ 019 297 3314


Siannya anak dia mintak dukung :(

Ni I copy paste dari FB kakak Hafiz nama ADILAH IBRAHIM. Sebak pulak baca. Jom la kawan-kawan, kita bantu Hafiz ye? Sapa tau dengan sumbangan kita yang sedikit tu boleh bantu Hafiz sekeluarga dan kurangkan beban mereka. Sekarang kita tolong orang, nanti Allah akan tolong kita pulak waktu kita susah. InsyaAllah perbuatan yang baik akan dibalas dengan baik. Rezeki tu Allah dah bagi pada kita dan mungkin ada sedikit part of rezeki kita, kita kongsi dengan orang lain yang lebih memerlukan. Macam I selalu cakap, we never know the power of sedekah. Yang I tau untuk diri I sendiri, lagi banyak I bersedekah lagi la murah rezeki. InsyaAllah. Sedekah ni memang banyaaaaaaaaaaaak bukak pintu-pintu rezeki. Banyak sangat. Nak tulis pon rasa meremang bulu roma. Betul! Pada yang tak biasa sedekah memang rasa berat at first but kita cuba slowly. Ok? Nanti lama-lama akan mula rasa manisnya bila selalu bersedekah… Kepada Hafiz sekeluarga, semoga dapat kumpul dana untuk beli CRTD ni. Semoga dengan CRTD dapat bantu Hafiz for get quality and better life, InsyaAllah…..

Sesiapa yang dah friend dengan I dekat FB, mohon share posting bantuan untuk Hafiz. Kita panjang-panjangkan supaya bantuan untuk Hafiz tersebar and biar lebih cepat dia kumpul dana untuk beli CRTD. Ok?


-eNd-

1 comment:

mrspuex said...

Thanks a lot suraya for write up. Semoga kita sama - sama membantu beliau.