Tuesday, April 4, 2017

Fried Mushroom at Tony Roma's dah tak mabuk la!

Assalamualaikum..

Dah lama dah rasanya tak makan Cendawan dekat Tony Roma’s.. Dulu dah stop makan sebab pening lepas makan. Dia punya pening mabok, tengok gambar pon boleh weng kepala. Tetiba masa last week Anny tapaukan Cendawan Goreng dari Empire Subang dip dengan honey mustard perrrrrrrggghhh dia punya sedap menggila la! Cendawan dia debab macam Ain and ada rasa macam sotong pulak. Eh, acane cendawan boleh ada rasa sotong ni? Hahahaha. Ke sebab saiko lapar sangat habes cendawan mabok pon boleh tukar jadik rasa sotong.? Kah kah kah. I minggu lepas terasa gemok sekejap so diet agak strict la. Manis apa semua tak sentuh. Bila dah nampak penurunan, minggu ni kita slow down sikit la. Biasa kalau gemok ni sebab makan kat kampung la. Pagi, tengahari, malam manjang bedal nasik mana la tak naik berat. Anyway, sebab Khamis tu makan sedap Cendawan Goreng Tony Roma’s so on Friday tu kitorang sebulat suara nak makan dekat Tony Roma’s sebab Dyba and Intan memang peminat tegar roti yang dapat free tu. Berebut-rebut makan. Sekali haritu dapat 1 je. Hahahaha. Siannnn. Tapi wei, sekarang Cendawan Goreng dia dah tak pening macam dulu la. Ke sebab badan dah kurang angin semenjak pakai HOC ni ke taktau la. Cecece.


Fried Mushroom Tony Roma’s. Dah lama tak makan tetau harga dah naik dari RM18++ ke RM19.90 tak silap. Kemain kan? Tapi worth it sebab bila dah lama tak makan, dia punya rasa jadik sedap pulak.

Wild Mushroom Flatbread (RM35.90). Ada 6. Intan makan 3, Dyba 2, 1 satu. Patut Intan bayar lebih ni. Hahaha. Dia dah kalau namanya Pizza memang dia suka. Tu kasik dia sorang makan pon setel.


Apeni bawang goreng? (RM13.90) I don’t like. Nanti makan, mulut rasa kuda. Ni favorite Intan and Dyba. Belasah la korang makan bawang. Si Intan buat pelik, dia tanya macam mana eh boleh jadik bulat macam ni? Hahaha.

Pakai Baju Biru sempena Hari Kesedaran Autism Sedunia
#LightItUpBlue  



Now tengok Fried Mushroom ni macam teringin pulak. Layan sangat makan dengan Honey Mustard. Sapa sangka, makanan yang satu masa dulu berbulu habes nak makan tapi lepas makan tahun, tetiba jadik suka pulak kan? SEBAB TU ORANG TUA-TUA KATA JANGAN BENCI SANGAT NANTI SUKA. Hahaha. Jangan kata dekat manusia, nanti dekat makanan pon jadik suka. Tingat dulu masa Intan suka kacau Fiezul. Kan Fiezul kekadang macam seram dengan Intan sebab Intan tu kalau Fiezul nak apa zaaaappppp laju dia tolong. Fiezul nak lagu dia downloadkan walaupon henpon dia lembap. Demi Fiezul dia sanggup! Pendek kata Fiezul mintak la apa je pantas Intan dapatkan. Lepas tu Intan pesan pada Fiezul, ‘Fiezul jangan la tak suka sangat dekat Intan sebab orang tua kata kalau benci sangat nanti jatuh sayang’. HAHAHAHHAHAHAHA. I kalau ingat tu, sampai sekarang nak ketawa.

Intan and Dyba. Penglipur Lara

Intan ni ngek la. Dia memang tau? Mana tetap pendirian. Tadi Ain cakap Intan macam lalang. I dok argue dengan Ain pasal Kuih Pau Sambal vs Burger Malaysia. Si Ain beria cakap tu nama dia Pau Sambal. I pulak cakap Burger Malaysia lepas tu I buat la vote dalam FB. Intan memula cakap Pau Sambal. Bila umpan nak belanja air sedap, terus tukar jawapan ke Burger Malaysia sebab kata dia kalau dia Pau tapi ada sayur jadik Burger Malaysia. Eeee tak tetap pendirian langsung la Intan ni! Hahahaha. Ni Dyba pulak MC 2 hari. Rindu pulak budak kecik tu. Untuk Adik Dyba yang selalu confuse kiri dan kanan, Get Well Soon ok? Jumaat ni kita Dyba Celebration. Bagitau je Dyba nak makan apa kita pergi tapi Kaksu teringin nak makan Dolly Dimsum. Hehe.

-eNd-

1 comment:

adda syuhada said...

tgk gambr pun menyelerakan:)