Tuesday, April 25, 2017

Kedai Kelantan

Assalamualaikum..

Too many things to share but tetiba today I end up share pasal makan lagi kah kah kah. Kes stendet la kalau end up baik aku citer pasal makan je sebab mengembirakan hati. Ikutkan nak citer pasal Sazli  punya never ending Birthday Celebration (try to makes his birthday this time special sikit), pasal Aliah and her PS thang (handbag designer murah-murah kalau nak kirim pada dia boleh check out dulu dekat @ibaggyou Instagram sebelum I share dengan lebih lanjut), pasal Mawareka baju raya collection untuk pre-order, pasal Dyba as an agent for Huda punya Raya Cookies and Tart Nenas Terpaling Sedap dah back in town yo! Lepas tu untuk sesiapa yang pernah beli House of Corset (Yang I ada record) period 31 Oct – NOW boleh beli second purchase pada harga RM110 sahaja sehelai (exclude postage). Valid untuk limited time only from today sampai 30 April 2017 SAHAJA. Banyak kan nak share? Tapi takper, harap bertenang. Harini baru start kerja so kita start dengan makanan yang sedap je la eh? Ni semua gara-gara Instagram @masakwithpassion yang I follow. Dia ada share masakan Ikan Singgang Kelantan Style terus menjejes ailio. Kita Ongjohor kalau masak singgang, Mak tumbuk bawang dengan kunyit hidup. Letak tomato and bendi. Kalau Ongkelantan dia masak singgang letak gula nisey and lengkuas. Campak-campak je semua bapak la sedap wei! Kitorang ni dah naik tak tau dah nak makan apa dekat KLCC sudahnya minggu lepas banyak makan dekat Kampung Baru. Tu tadi memula ingat nak makan Nasi Minang View KLCC tapi tingat Kedai Kelantan depan KL International Hotel (Dulu dikenali sebagai Hotel Koperasi Polis Diraja Malaysia) apa lagi berdesup la. Zaaaaaap tetiba dah sampai. Hahahaha.


Masak lemak Udang Harimau. Ke udang apa ni? Udang gemok eh? Ah lantak janji nama dia udang. RM10.00 4 ekor. Kira murah la kan? Makan 4 orang so cukup sorang 1. Harini I makan dengan Dyba, Kaklong and Kak Ani. Intan sebok jadi committee OSH. Cecece. Lain orang HR sekarang ni. Dia kirim beli sayur labu. Padahal nak sayur lain, pergi cakap sayur labu. Ngek. Intan punya favorite is Sayur Labu. I macam tak boleh masuk.



Ikan Singgang + Lada Hijau Muda. Lada Solok kan orang Kelantan sekalian nama lada ni? Kata Kaklong dekat KL susah nak dapat kecuali kalau merajin pergi Pasar Chow Kit InsyaAllah ada. I suka la lada hijau muda ni. Imagine kalau hiris-hiris masak dengan bawang and ikan bilis pon sure sedap ni.


Ni la Sayur Lemak Putih letak isi ikan yang sedap tu. Dalam dia ada banyak tumbuh-tumbuhan seperti petola, bayam dan lain-lain lagi. Yang ni la Si Intan nak. Ada rasa macam lada hitam pon ada tapi sedap giler ok? Sebab dia ada isi ikan.


B to the U to the D to the U BUDU! Campur tempoyak, lada kecik and limau nipis. Who’s your daddddddddy??? I suka budu ok? I kalau makan, memang hirup buat kuah. Tapi ni batuk, dia agak slow sikit la sebab usually kalau makan BUDU beria I akan demam. Start with sakit tekak, batuk lepas tu demam.


Ulam Kacang Botol rebus, Terung and Petola rebus, Daun Serai Kayu dengan Jering. Yang Daun Serai Kayu tu Dyba confident je cakap ‘Pucuk Gajus’. Hek ko? Hahaha. Lepas tu masa dekat depan kedai ni ada jual kuih kan? Dyba cakap ada satu kuih tu nama Lompat Tikam, I taknak dah percaya. Hahaha.


Ikan Bakar. Cicah dengan BUDU samadengan pengsan.


Ni kitorang makan semua ni untuk 4 orang, tambah pulak sepinggan lagi nasik and sepinggan lagi budu and air sirap untuk 4 orang Cuma RM49.00 SAHAJA. Murah kan?


Pinggan I. Heeeee. Jangan risau. Makan sekali je. Lepas tu pakai HOC InsyaAllah badan tak naik. Syarat, malam jangan makan nasik, gula kena cut. OK?


Dekat depan ada jual bubur memacam jenis ni. Orang Kelantan kan terkenal dengan suka makan manis-manis? Ada keropok lekor, goreng pisang, pulut mangga. Best!


Kuih Akok sebungkus RM2.00 ada 4 ketul kembar. Sedap nak mampos. Lembut je! Ada kuih talam ubi, talam seri kaya,  Nona Manis, Lopes, Sum-sum and many more. SEMUA PON SEDAP.


Kitorang makan dengan berselera. Orang meja sebelah perati je. Dorang ada 4 orang kalau tak silap. I memang jeling dorang sebab nampak dorang ambik Pucuk Gajus lepas tu tak makan. Dah la ambik banyak tak tinggal dekat I lepas tu membazir. Stewpid. Kata Dyba, dorang asyik pandang nak makan pon malu-malu (tapi makan siap tambah nasik ambik kat kaunter dengan tangan tak basuh dalam pada dia kata malu tu hahaha). Tu Dyba la. I tak malu pon. Kuah Ikan Singgang tu I hirup je ok? Macam makan soup. Punya beria makan sampai tudung menelungkup kedepan sampai biji mata almost tak nampak. HAHAHAHHAHA. Orang meja sebelah ni beria usha samaada terliur kitorang punya choices of lauk sedap atau kesian sebab nampak macam kebulur sangat. Hahaha. Lantak la. Visit kitorang kalini memang MISI MEMBALAS DENDAM. I tak sure nama kedai ni apa tapi kitorang panggil kedai Kelantan je. Dia macam takde signboard je? Location depan International Hotel KL. Takde la depan sangat sebab depan tu parking area. Dia depan tapi ke kiri sikit. Depan-depan tu ada macam gerai tapi korang pergi la tinjau sikit kalau depan IHKL tu, dia paling hujung belah kiri ok? Dulu owner dia nama Abang Ki tapi dah meninggal dah. Dulu panas giler sebab atap dia dekat dengan kepala tapi lepas renovate ni dah hensem la sikit kedai ni.

 Nah, ni Map IHKL. Restoran Kelantan ni dekat area sini ok? Good Luck!

-eNd-

2 comments:

Anonymous said...

menarik ni...

bless said...

pemanis mulut ittew memang lompat tikam nama diberi ...ahahaha