Friday, April 7, 2017

Kedai Minang View KLCC di Kampung Baru

Assalamualaikum..

Kelmarin masa masukkan dalam FB and IG pasal Kedai Minang View KLCC ni kemain ramai yang response and cakap pernah makan jugak. Kedai ni location dia dekat Lorong Raja Muda Musa 5. Bebetul dekat tepi jalan simpang. Datang dari arah mana pon akan nampak kedai ni. Kedai makan ni memang takde signboard or nama. Kitorang panggil either Kedai View KLCC or Kedai Standard KLCC sebab makan dekat sini tak pernah yang below RM10.00. I lagilah berdabel-dabel sebab lauk dalam pinggan lain, dalam mangkuk lain. Kah kah kah. Sapa suruh sedap kan? Kat sini ada belut goreng yang kecik-kecik tu, ada Ayam  Kampung, Sambal Jering and memacam la lagi style minang. Memang sedap! Gulati Tunjang dia dekat sini terbaik. Kitorang panggil Tayar Beskal. Hahahahaha. I mula makan dekat sini since memula kerja KL. Kak Izzah yang ajar makan dekat sini. Lepas tu I bawak Yatie and Intan Yosheema makan jugak. Time tu kerja dekat Sutrajaya. Sampai la pindah company sekarang menghasut SI Sarah, Dyba and Intan. Takde orang yang tak suka and tak fall in love. Semua akan jatuh cinta. Atas meja dia sediakan Kicap Kipas Udang Merah and air teh takde gula. Juice Alpukat dekat sini pon S E D A P sangat-sangat. Beza dengan tempat lain yang I pernah try. Kalau dekat tempat lain, macam rasa ajinomoto pon ada. Lepas makan, kita beli pulak kuih-kuih raya dekat depan restaurant ni. Ada rempeyek, kuih bangkit and many more. Sini kuih dia memang sedap-sedap. Deeeeeepan sana sikit sebelah Suraya Seafoods ada kedai jual Cucur Pisang. Pon sedap. Omagad. Duduk Kampung Baru memang boleh gemok laaaaa.


Ni biasa lauk yang I ambik. Ayam Kampung Sambal Cili Pecah (Nama sesuka hati kasik sendiri) lepas tu Hati Sambal and Ulam. Ulam tu tak kisah la apapa. Janji ulam.



Kasik close up sikit sebab nak carik pasal


Ni la Gulai Tunjang aka Tayar Beskal. RM9.00 untuk se urat. Se urat ke panggil dia? Hahahaha.


Ni la rupa kedai ni.  Bebetul tepi jalan and nampak tak view KLCC? Now dia dah renovate and lebih luas and banyak kerusi and meja. Kalau tak dulu jenuh nak beratur tunggu tempat.


The best Alpukat Juice ever. Memang tak boleh lawan la kesedapan dekat sini. Coklat tu dia guna milo.

I ambik Ayam, Ulam, Hati, Tayar Beskal, Juice Alpukat semua kena RM23.50 macam tu. Murah ke mahal? Ayam tu rasanya seketol RM5.00+RM6.00 kot? Tak sure. Setiap kali datang sini biasa akan ambik lauk yang sama je. Takde ambik lauk lain. I memang macam ni. Sebelum sampai cakap ok this time nak makan this and that tetiba bila sampai makan lain. Hahahaha. Sini nasik dia mintak separuh pon dia kasik banyak jugak. Yang feel nya sebab makan dalam pinggan berlapikkan daun pisang. Service pon cepat. Anak Tauke ni pon dah kenal dah I. Biasa datang mesti cakap, ‘Air biasa ke nak Alpukat?’ Air biasa tu is Sirap Limau. Haritu bila tanya ada Alpukat juice ada ke tak, dia cakap ada. Terus order. I rasa kalau minum alpukat ni macam gemok je sebab rasa dia berlemak kan? Tu kekonon ambik sirap limau dia potong la. Kah kah kah. So, kepada sesiapa yang terliur boleh datang makan dekat sini. I tak sure tutup hari apa tapi rasanya Sabtu Ahad bukak jugak kot? Selamat Menjamu Selera!


-eNd-

3 comments:

Amanda Suria said...

Masa kerja kat Rohas Perkasa dulu i selalu makan kat sini..mmg masa tu kena tabah beratur tunggu tempat..

preloved collections said...

mmg sedap sgt kedai ni....dr kecik smpi besar mkn kt situ sbbnya 5 minit jalan kaki dr umah...hehehe....awas klu mak tokei jaga..time nk byr tu harga mahal benau...plg sedap daging dendeng dia..mabeles

Wizana Arbain said...

Aah mmg sedappp i pon suka dtg sini. Konsep dia mcm ni la sue kal ade duit mkn sepinggan rm50 pon rasa murah jeee tp kal zmn dlm poket ade rm50 je kompem rm23.50 sepinggan tu rasa mahal nk mati haha! Mau kena pangkah kedai tu lol

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...