Assalamualaikum
Jumaat malam haritu dapat jugak I dengan Sazli
tengok Konsert WINGS and Superfriends – Belenggu Irama dekat Panggung Sari,
Istana Budaya walaupon last minute beli tiket. Kitorang decide pon masa Selasa
petang tu. Dorang buat show dari 6-9 April 2017. I cakap pada Sazli, I tak
kisah hari apapa jaaaaaaaaaaaaaaanji tengok. Yang minat Awie padahal siapa?
Yang beria tetiba aku. Wahahahaha. Sazli tengok tiket dekat Ticket2U banyak
yang sold out. Yang Sabtu punya dari tiket mahal ke tiket murah semua habes
sebab Siti Nurhaliza ada malam tu. I pon ada sipi-sipi nak nanges. Saspen je
nak tunggu Rabu siang tu sebab Sazli cakap nak pergi Istana Budaya terus untuk
beli ticket. Semangat member datang awal ke IB sekali pukul 10.00am baru
counter bukak. Kitorang punya favorite row is J. Dia kelompok depan tapi takde
la depan sampai kena mendongak. Just nice lebih kurang dalam Row 5-6 dari
stage. Memang dah kata namanya ada rezeki, ada row J yang tengah-tengah kosong
2 seat dari tepi. Al-hamdulillah… Dapat la kitorang seat tu. Sazli pon suka
ambik tepi sebab kaki beliau panjang so takde la tersentut je nanti. Kerusi
dekat IB ni kecik and space dia pon memuat je. So mana yang tinggi-tinggi kaki
memang akan lengoh sikit la. Kalau size I takper, siap boleh bersila buat macam
tengok konsert dekat rumah sendiri. Lepas dapat tiket, I senyum je. Syok tau tengok
show dekat Istana Budaya? I suka! Sazli la yang mengajar. Banyak dah show
kitorang tengok dekat IB. Korang boleh baca dekat sini. Dari zaman Sazli rambut
pendek, ke panjang. Dari kurus ke debab ke kurus balik. Dari zaman Shein takde
sampailah now Shein dah panjang. Tapi yang tengok biasanya yang ada Awie je la.
Ada sekali pergi dengan Bapak and Mak time tengok Jamal Abdillah tapi lepas ni
kalau M Nasir buat Konsert dekat IB I nak duduk paling depan sekali. Biarlah
walaupon tengok dia buat show dengan lubang idong, I rela sebab M Nasir ni
makin tuwe makin ganteng pulak I tengok.
Goodbye Awie! **Tetiba
Tenkiu Papa belanja lagi. Semoga murah rezeki. Aminnnnnn
Ada jugak readers yang tanya, berapa harga ticket.
Ok yang tu korang kena tengok dekat Istana Budaya seating layout. Korang boleh
tengok dekat website. Harga untuk setiap show lain-lain. Ada show dapat
serendah RM100-RM350.00 macam tu depends on sapa yang perform. Istana Budaya
ada 3 tingkat. Stalls, Grand Circle dengan Upper Circle. Yang paling mahal
dekat Gold Seats tingkat dua area Grand Circle. Yang tu biasa VIP yang duduk.
Space dia pon luas so kaki selesa and view paling best la kot? I pon tak sure
sebab tak pernah try tengok dari situ. Tiket harga RM10 juta apa? Hahaha. Yang
lain korang boleh tengok dekat gambar bawah ni. Ada 5 warna tu semua lain-lain
harga. Yang I suka tu kaler hijau depan tu. Usually situ harga dalam
RM300-RM350 untuk 1 seat. Yang purple tu pulak dalam RM200.00 and yang murah
sekali kaler pink. Kalau sazli belanja dia akan jadik kaler hijau and kalau I
belanja dia akan jadik kaler purple. Hahahahaha. Feel tengok dekat depan mata
konsert macam ni memang best la sebab sound system mantop! I paling suka kalau
ada drum battle. Dulu cecita nak belajar main drum tapi tak kesampaian. Ni nak
paksa Shein belajar ni nanti. tengok dia minat mengetuk tu ada. Mana tau
menurun bakat Mama main kompang. Hahaha. Tingat dulu Sarah cakap, nanti anak
dia belajar main kompang je sebab nak cut cost sebab anak dia kembar. Hahaha.
Istana Budaya seating layout
Show yang I tengok haritu artis lain yang ada is M.
Nasir, Ramli Sarip, Nash, Ito, Syamel AF, Maya Karin, Liza Hanim, Haiza, Sahara
Yaacob, Billa AF, Kudeen 3 Juara, Ucop Bukan Sekadar Rupa, Aniq Ceria PopStar
selain dari musician macam Edrie Hashim, Sham ex-Wings, Rodi Kristal and and
Yazid Search selain dari anggota Wings yang lain. Yazid tu jalan pon dah tak
larat. Sedih pulak I tengok. Dato’ Hattan and Siti Nurhaliza takde masa Jumaat
malam tu. Dorang ada time show hari lain. I suka tengok Joe goreng guitar tapi
dia dah keluar pulak dari Wings. Geram je sebab tak dapat tengok Joe. I enjoy
the show very much especially time lagu Wings yang popular and familiar la.
Time lagu dari Album Belenggu Irama I nganga je la. Kata Sazli, ‘Haaaaaaa hahahaha U tau lagu berapa? 4 jer
kan?’ Wajaq! Hahahaha. Time lagu yang I tau, melenting-lenting I berlawan
dengan kakak row sebelah sana. I pandang dia, dia pandang I. Time lagu taktau
krik krik krik. Duduk la ko diam-diam kat situ.
Gambar I zoom ni. Awie mekap tebal sangat. Tapi takpe la sebab dia wangi. Bak kata Syikin, 'Wangi takpe, jangan bau bawang tungkik'. Hahaha.
Ni masa last. Concert direct 2 hours takde rest.
Melayan je la Sazli I nak selfie nampak stage. Haha.
Ni time last untuk ambik gambar dengan artis pada yang beli merchandise. I tak tunggu pon. Malas. Kita follow Awie dari jauh pon takpe. Tu muka Edrie Hashim sebijik officemate I nama Ros. Ros kalau lelaki muka dia macam Edrie Hashim la. Tu tengok Sahara Yaacob kemain bawam kipas. Diva sangat. Nak lawan Azwan Ali ke?
Overall I kasik 4.5 bintang. Tak boleh bagi 5
bintang sebab 5 bintang time Awie and Ella je. Yang tu I suka giler. Lagu pon banyak
tau (itu je sebabnya padahal). Bila la nak buat lagi. Kali ni if Awie and Ella
buat I nak datang 2 kali jugak. Hahahahah. Tahniah pada Awie and team sebab
menganjurkan Konsert WINGS and Superfriends – Belenggu Irama ni sebab tujuan
Konsert ni diadakan adalah untuk membantu artis-artis lain yang tengah sakit
and yang tak bernasib baik. Bila dia tunjuk slide dekat belakang artis-artis
yang dah meninggal, sedih jugak rasa. Tapi bila M Nasir keluar nyanyi lagu
Gerhana terus lupa diri. Hehe. I hope nanti M Nasir buat jugak la konsert dekat
Istana Budaya. I suka la dia sebab now dia rambut pendek, hensem je. Joget
sikit-sikit pon I dah berdebar-debar. Hahahaha. Over. So sekianlah review I
pada kali ni. Terima kasih sudi baca.
-eNd-
No comments:
Post a Comment