Wednesday, April 5, 2017

M E N A T E

Assalamualaikum..

Haritu tetiba teringin nak makan lembu. Nak makan daging je. So ajak la Kaklong and Intan pergi Menate. Ni kalau ada Dyba if ajak makan dekat Menate mesti muncung je dia sebab dia sejenis tak makan daging lembu. Ayam je dia makan. Sama macam Anny. Tak pandai makan. Sayangnyaaaaa lah hilang nikmat makan steak. Dorang jenis kalau makan daging, kunyah-kunyah and ambik juice je. Yang hampas tu keluarkan balik. Hahahaha. Dia ingat apa, steak tu tebu ke? Kan kalau makan tebu kita ambik air dia je. Lepas tu hampas keluarkan balik. Ishk, teringat tebu pulak. Kalau dapat makan tebu yang dah siap potong sejuk-sejuk tu bestnyaaaaaaa. Tapi jangan tertelan hampas dia nanti batuk pulak. Dulu masa zaman kecik-kecik kokah tebu dengan gigi je. I sampai sekarang apapa suka kekah dengan gigi. Macam bukak snacks kan? I gigit je dengan gigi lepas tu kalau tag dekat baju tu I gigit je. Takyah nak gunting-gunting. Si Sazli ngilu kalau nampak I kekah apapa pakai gigi. Gigi I kuat. I saspek sebab I suka makan and kunyah so dia macam exercise so sebab tu dia kuat. Aci eh cakap gigi kuat sebab makan? Hahahaha. Ni I plan nak pakai braces pulak. Nak ratakan gigi je kasik tak berlapis. Kepada peminat gigi taring I, diharap semua jangan nak meroyan. I bukan nak buang pon siong ni tapi kekadang rasa teringin nak ada gigi tersusun cantik macam orang lain. Kekadang gigi ni pon boleh ubah appearance jugak. If pakai braces, nanti automatically dia akan cantikkan jugak muka punya structure. Sekarang Siti Nohaliza, lepas ni pakai braces terus Preity Zinta. Hahahahha. Eh, tadi nak cerita pasal makan steak padahal habes melalut ke kisah pakai braces.


Yang ni I punya. Striploin Grass feed je. Nak makan Angus rasa macam kedekut lagi nak keluar beratus untuk satu steak. Tapi ni pon dah sedap. Pilih sendiri daging. I  punya RM66.50. Masak medium rare lah macam biasa. Bagi I portion ni just nice. Ada mash potato and ada sayur. Makan ni kenyang sampai esok.



Yang ni Intan punya. Sama jenis tapi dia ambik cut yang kecik sikit and banyak lemak. RM62.50. I masa sampai terus ajak Intan tukar sebab nampak dia punya lagi lazat. Tapi Intan taknak. Kedekut!


Kaklong kena hasut dengan I makan Olio. Seafood Olio ni RM22.90 ye u’olls. Murah jer



Gambar hiasan je ni. 

Now dekat Menate menu dia dah variety dah. Ada ayam, ada pasta. Dessert pon banyak. So korang mana yang tak makan daging pon boleh makan dekat sini. Pasta dia pon banyak yang sedap-sedap. If order Steak, air FREE FLOW. Minum la sampai kembong takde kena charge. Sazli kalau dekat Menate dia suka lamb. Any lamb dekat sini semuaaaaaaaaaaaaaa sedap! Sos dia pon I suka. Biasa mintak blackpepper sauce but haritu Intan ambik Mushroom Sauce pon sedap. Next time nak ambik Mushroom Sauce pulak la. Banyak dah improvement dekat Menate ni kalau compare dengan dulu. Menu dia variety tu yang syok and sini HALAL 100%, takde serve liquor and own by Muslim. I tau ada ramai kenalan I yang refuse untuk makan dekat tempat makan yang serve liquor macam a few Western Restaurant yang ada dekat KL ni. Oleh yang demikian (amboi bahasa buku teks terus), korang boleh la datang makan dekat Menate ni ok? **Ini bukan sponsored post.

Menate Steak Hub
No. 16, Jalan Kerja Air Lama Satu
53300 Ampang
Selangor DE
03-42513460


-eNd-

1 comment:

Mar Mansor said...

nampak sedap..memang sedap..
JanjiKita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...