Thursday, April 6, 2017

Resepi Daging Masak Hitam Berempah

Assalamualaikum..

Dah ada dah yang remind I jangan lupa share resepi Daging Masak Hitam Berempah dekat dalam blog comment hahaha. Kalau takde komen memang I buat-buat lupa je. Original resepi, asal usul keturunan dia I taktau dari mana sebab resepi ni I dapat dari Kaklong Suzalina Sulatin. Dia kata dia belajar dulu buat Daging Masak Hitam ni masa duduk dekat Sabah tapi dia olah la sikit tambah sana tambah sini sampai la jadik macam yang family kitorang makan ni. Kata Kaklong asalnya masak Palembang tapi dia telah derhaka pada resepi lepas tu dia telah bertukar menjadik batu. Hahahah. Tak la gurau je. Maka jaaaaadiklah Daging Masak Hitam Berempah ni ha. Kalau korang tanya rasa dia macam mana, dia is combination rasa Dry Curry + Rendang + Masak Kicap. Sedap ke tak? KO GILER TAK SEDAP? Mak Azizah punya la sayang nak makan, dia kata cedok sikit-sikit je takot cepat habes. Hahaha. Mak and Bapak kalau any masakan resepi Kaklong memang serasi dengan tekak. Hatta yang pedas level dorang tak boleh makan pon Bapak akan cedok sikit-sikit and makan. Daging Masak Hitam Berempah ni sesuai dimakan dengan Nasi Kuning, Lemang, Ketupat atau Nasi biasa pon ok. Kalau kretif boleh keringkan lagi sikit lepas tu buat sandwich. Poooon sedap. Nak pedas buasir bunga boleh letak cili padi atau kalau nak pedas mild boleh letak cili kering. Buang biji lah kalau rajin untuk kurangkan rasa pedas. I tak rajin tapi naseb baik yang handle cili kering tu GF so dia la gigih meramas cili buang semua bijik. Kesian takot besan dia makan pedas nanti sakit perut anyonyonyo. Jom check out resepi.

Daging Masak Hitam Berempah (Ambik gambar dalam kuali terus. Apa ada hal? Hahaha)




Bahan-bahan (Untuk 2 kilo daging)
Bahan A
Daging lembu – potong cube (rebus sampai la lembut)

Bahan Tumis
4 ulas Bawang merah
4 ulas Bawang putih
1 inch Halia ulik mayang diuuuuuuulit (memain eh Suraya)
3 batang Serai (diketuk
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
2 Tangkai Daun kari
2 Helai Daun pandan

Bahan B (Semua blender)
2 labu bawang besar
1 labu bawang putih
10 biji bawang merah
1 inch halia
1 inch kunyit
2 sudu lada hitam
4 batang serai
5 bijik buah keras
Secawan Air

Bahan C (Sangai and Tumbuk Halus)
Jintan manis – sesudu besar
Jintan Putih – sesudu besar
Ketumbar – sesudu besar

Bahan C (Semua blender)
Lada kering – 20 tangkai
Secawan Air

Bahan lain
Kicap Manis
Gula
Garam
Cube Ayam
Air Asam Jawa

Cara Membuatnya

  • Memula panaskan dalam 2 senduk minyak. Tunggu minyak panas.
  • Lepastu tumiskan bahan tumis sampai la naik bau.
  • Dah tu masukkan la Bahan B sampai garing then only masukkan Bahan C.
  • Dalam 3-4 minutes lepas tu masukkan pulak Bahan D
  • Masak la dalam 15 minutes or sampai cili masak and lepas tu masukkan daging yang direbus awal tadi
  • Last sekali masukkan kicap manis serta bahan lain secukup rasa. Siap!


Kicap manis tu kalau nak tukar dengan kicap pekat pon ok. Kata Chef Kaklong, nanti color dia lebih cantik. Air Asam jawa masuk last-last supaya daging tak liat. Garam tu bubuh last sekali. Rasa la dulu semua then only adjust dengan garam sebab rempah-rempah ni dah ada rasa ‘masin’ dia sendiri. Lagipon kita masukkan cube ayam kan? If nak berkuah pon boleh, if nak masak lebih lama macam rendang pon boleh. Boleh makan dengan roti jugak. Kalau nak travel pon boleh bawak Daging Masak Hitam Berempah ni. Lagi lama masak, lagi tahan lama. Masak Hitam Berempah ni takde letak santan… I tanya Kaklong, kalau letak serbuk kari sedap tak? Kata Kaklong tak payah nanti ‘kacau’ rasa dia. Actually Jintan Manis, Jintan Putih, Ketumbar, Lada Hitam dan Daun Kari tu dah equal to rasa kari pon. I sukaaaaaaaaaaa makan kalau version lada kecik. Peeeerrrrghhhh memang terangkat. Lawan pulak dengan Nasi Kuning lepas tu goreng ayam bahagian thigh tu. Peeeeerrrrrrrghhhhhh Batu Belaaaaaaahhhhhhh (Tetiba)

So kepada semua Selamat Mencuba! Sapa yang mintak resepi lepas tu taknak buat siap ko.


-eNd-

1 comment:

cikel said...

Thankyou kaksu resepinya..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...