Wednesday, July 18, 2018

Beraya Di Casa Idaman (Huda and Dato' Halim)

Assalamualaikum..

Kan masa hari Sabtu tu tak sempat jumpa Huda dekat rumah Puspa (baca dalam entry ni) so, esoknya Huda ajak la datang rumah dia makan-makan beraya. Tahun ni dia tak buat open house tapi ajak kawan-kawan datang by batch. Kata Huda macam ni lagi practical sebab boleh layan kawan-kawan datang lama sikit compared kalau buat open house tak sempat sangat nak berbual/membawang (hahahaha) dengan tetamu. So kitorang datang dari Ampang around 2.00pm macam tu and duduk dekat Casa Idaman, Setia Alam sampai la dekat gelap barulah balik. I ikut konsep Sazli, kalau datang beraya rumah jauh-jauh kena duduk lama baru berbaloi. Hahahahaha. Sazli siap nap la dekat rumah Huda sementara kitorang beraya dekat rumah Dato' Halim (ex-boss I). Dato' Halim and Huda is neighbor. So alang-alang tu, ziarah la Dato' Halim and family as well. Shein duduk dekat rumah Huda je, main dengan Nouman. Masa I sampai semula dekat rumah Huda lepas balik dari rumah Dato', Shein dah berpeluh-peluh bau udang kambeng semua ada. Punya happy dia. Kata Huda, ada budak bijak pergi letak air dalam gun so sekian berkubang dia dengan Nouman main tembak-tembak air. Subhanallah... Nak balik dah satu hal mengamuk. Taknak. Nak tinggal kat rumah Huda, maybe tak puas main. Pakai kasut apa semua taknak. Nak dukung dah la berat. Hadoi.... I pon suka sangat kawasan rumah Huda ni. Gated area rumah sebijik-sebijik. Kalau corner lot tu lagi la luas tanah dia. Tapi jaaaaaaauh la sebab dekat Setia Alam. Kalau tak jem pon dalam 40 minutes nak ke Ampang. Kata Huda dia pon dah suka dah kawasan sini. Masa mula-mula pindah je rasa pelik jauh dari KL Town but now dia and family dah get used to it. Tachiu baby for having us... 


Huda, Kaklong, Siti Nohaliza and Intan. Intan tu boleh ikut datang rumah Huda pon sebab exam dia minggu depannya. Dia cakap nak duduk sampai pukul 6.00 je kat rumah Huda lepas tu nak balik. Kata Sazli, sapa nak balik awal boleh naik Uber. Hahahaha



Tu Ironman dekat tangan taknak lepas. Tu yang buat dia nanges tu taknak balik. Padahal dekat rumah ada sebijik macam tu, takde pulak sebok nak main. Ko ni Shein. Saja kan  suka carik pasal?


Intan and Kaklong ni kalau berdua suka la keluar dialog P Ramlee lepas tu sama-sama ketawa sampai nak terkencing. Eh, Sudeeeeeeeeeeeeeeeeeen!


Happy eh Shein, dekat sini banyak toys.


Ni dekat rumah Dato' Halim. En Amin pon ada.


Ni wife En Amin. Kawan Kaklong masa dekat Sabah dulu. Dorang main Netball and Volleyball sama-sama. Dah jadik reunion pulak dekat sini.


Lawa la pokok dekat rumah Dato' Halim. Sama pulak dengan warna baju kitorang.


#jakun


Paling kiri is Fatin, anak bongsu Dato' Halim.


Bersama Dato' Halim and wife also En Amin and wife.


Ok, tukar background rumah.


Cantiknya rumput. Ni kalau ada cucu ramai best ni, boleh main futsal.


Ada yang tanya I baju cantik beli dekat mana. Kain pasang printed songket tu I beli dekat Neena Anuar RM70.00 tak silap. Lepas tu jahit baju dekat kedai Pakistan rumah I tu. I suka buat baju patern macam ni je sebab senang nak bergerak especially musim open house.


Kaklong I. Lucky to have her. Ditakdirkan Allah, dari kecik dia jaga I lepas tu bila I kerja KL duduk sekali dengan Kaklong, kerja sekali, berkawan sekali. Bestnyaaaaa!! Lobiu Kaklong!


Intan ni kekadang I kena remind. 'Hello excuse me, that's my sister'. Lepas tu kalau dorang tengah pegang-pegang tangan, I karate or kalau tengah duduk sebelah-sebelah, I will sit in between. Hehe.


Bunga ni memang pujaan hatiku. Cantik!


Best kan kawasan Casa Idaman ni... I suka!


Sekeping pon gambar Sazli takda. Hahahaha. Lupa nak ambik gambar dengan dia. Sazli pon suka la berborak dengan abang Taufik. Dorang memang ngam. I pon melayan je Abang Taufik konon nak jadik blogger la, talent la. Hahahaha. Perli I la tu. Dulu masa Huda dekat TTDI selalu jugak boleh jumpa. Now dia dah jauh, sesekali je dapat jumpa. Jauh kan Setia Alam ni? Adoooi. I tak boleh brain macam mana orang kerja KL duduk Setia Alam. Nanges la nak ngadap jem hari-hari but area Casa Idaman ni sejuk and tenang je. Setia City Mall pon dekat. Sazli pon boleh keluar pinjam motor Abang Taufik beli rokok. I dulu selalu ikut Sazli main bola dekat sini. Waktu tu takde la pesat macam sekarang. Now Setia Alam dah lain dah. Nanti lagi 10-15 tahun, jadik macam KL agaknya. Rumah pon dah 5-6 juta sebijik. Seraaaaaaaam. Anyway, thanks once again Huda for having us. I sayang Huda ni. I know ramai my readers yang jumpa Huda dulu dari I kan? Sebab order cake dekat Huda. Now Huda tak buat cake sangat macam dulu. Tapi kalau I nak, dia kena la buat sebab I Princess. Hehe.

-eNd-



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...