Friday, July 20, 2018

Open House Wana, Miera and CT

Assalamualaikum

Sabtu yang minggu ni la kitorang anak beranak paling banyak bergerak untuk Open House. Yang boleh pergi 3 buah rumah. Dari Kajang (Wana) ke Damansara (Miera) ke Ampang (CT). Kitorang keluar awal dalam 12.00pm  mcm tu. Cita-cita nak keluar pukul 11.00am TAPI biasalah cita-cita memang semua nak gempak je HAHAHAHA. Keluar awal tu sebab takot jalan jem. Musim-musim raya ni jalan raya memang mengundang babi keluar berkandang-kandang (walaupon duduk belakang membuta hahahaha). Tu Sazli cakap ‘Open House ni yang berayanya I je. Mama dengan Shein bukan beraya pon’. Memula tak paham dia cakap apa, rupaaaaaanya dia nak cakap dia sorang je drive, I dengan Shein membuta. Eh tapi kalau lepas makan memang mata ni ha macam di gam-gam. Taknak dah dia terbukak. Haritu dari Kajang ke Damansara kata Sazli memang perjalanan merentas KL la. Jem ke tak I tak sure. Jaga-jaga dah dekat Guard House rumah Miera. Hahahaha. Ingatkan cukup la tido, tapi tak ye? Dari Damansara ke Ampang pooooooon aku bedal tido jugak. Tak cukup disitu, sebab rumah CT aircond sejuk eeeeeeh nak jugak dia baring and sempat jugak tido lagi subhanallaaaaaaaaaaaaaah apa nak jadik. I ni memang jenis kuat tido kot? Lagi-lagi dalam kereta. Jangan kata jadik penumpang I tido, jadik pemandu pon sama naik nak tido jugak. Takat terlelap sesaat dua tu dah biasa. Dulu lagi la bongok, time bulan puasa dekat Pasar Keramat kan jem dia level Super Saiya, so waktu polis bagi belah sana jalan I cakap ‘Ok sempat ni tido seminit dua’. Memang sempat. Kah kah kah. Ada orang kalau time drive terlelap lepas tu macam nak terbabas dia akan segar terus mata kan? I tak pon. Dah sedar tu telelap 2 saat, lepas tu eeeeeeh dia ngantuk jugak lagi. I kalau I ngantuk time drive hukum dia memang kena berenti tukar driver. Memang tak boleh dah nak paksa dah. Bukak la radio kuat-kuat ke, bukak tingkap ke, TETAP mengantuk. Nak tau time bila yang I tak boleh telelap? Dalam Kapalterbang. Yang tu berjaga la malam macam mana pon, memang takkan sesaat pon I tido. Kentot betul.


Wana every year buat open house. Dah macam kenduri kawen pon ada I tengok. Patut ko kawen je sekali Nayang, senang. Hahaha. Masa I sampai tu ada Emma dengan Wani. Lama dah tak jumpa dua orang ni. Wani anak pon dah dua. Comel-comel pulak tu. Emma ada dekat Malaysia sampai hujung bulan ni. I pesan pada Emma, selagi I tak pergi rumah dia dekat Melbourne, jangan balik Malaysia.




Emma sekarang dah level celebrity dah dekat Melbourne. Kemain. Wan husband dia ada restaurant dekat sana. Kata Emma, dia dah pandai masak dah sekarang. Yerler tu. Haha.


Saz, Wan, Noru and Cipel. Lama tak jumpa Cipel and Noru. Sekarang semua anak paling kurang 2. Cipel tu sebenarnya tak engage pon. Taktau kenapa bila cakap nak amek gambar terus angkat phone buat-buat engage. Poyo je.


Si Shein makan banyak giler Laksam. 20 ketul Ok? Lepas tu dekat rumah Miera mintak rice pulak T____T


Nayang I, anak buah dia and Emma.


Next, rumah Miera pulak. Sempat ambik gambar ni je. Miera busy lawan kawan-kawan dia masa dekat Media Prima dulu. Si Effa pulak lama tak jumpa I, bercerita sampai tak cukup nafas. Dalam masa 30 minutes tu, kata Effa dia sorang je boleh bercerita, I boleh dengar je. Baik. Nanti catch up balik Effa. Tak sempat nak borak lama. 


Eddie, Saz and Go. Go turun 20kg++ dalam masa 2-3 bulan je. Hebat la Go. Dah lagi hensem dari Afgan ni.


Akhirnyaaaa sampai jugak ke rumah CT. CT buat Aqiqah untuk Eva. Suka la Shein kena dukung dengan Mr Mohamad.


Ms Reham, Siti Nohaliza and CT memangku pengantin Eva


Group emak-emak BBI. Hehe.

Kitorang duduk kat rumah CT sampai 11.00pm kot? Sempat la Sazli nap. Si Shein ok harini good boy dari Kajang - Ampang. Cuma dekat-dekat nak balik maybe dah letih main dia buat perangai tak paham bahasa Melayu, English, Jawa, German semua bahasa dia tak paham. Sebelom Mak dia jadik Tarzan eloklah balik. Haha. Shein pon dah berpeluh bau udang kambeng semua ada. I pon dah tak larat nak makan dah. Now buat baju semua ala-ala Kurung Kedah je. Yang I pakai ni design je nampak macam Kebaya tapi cutting Kurung Kedah. Selamat baju macam ni. Nak makan banyak-banyak pon takde la nampak buncit. Hahahaha. Shein masuk je kereta terus selamat. Mengaga sampai mulut tetito punya penat. Tak sempat nak mandi pon. Penat sangat la tu. Setel acara hari Sabtu. Ahad lain citer pulak. #rayakansebulan

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...