Friday, May 12, 2017

Dolly Dimsum With Mimy

Assalamualaikum.

 Ni sah-sah menyirap Suri Mall Shanom sebab I bawak up pulak entry makanan favorite beliau iaitu Dolly Dimsum. Malam tadi dia dah menyirap dengan Salted Egg Crab Hokkaido. Sian dia (padan muka). Sian Kidd jugak sebab masa dia kasik dalam group ajak makan Hokkaido semua krik krik krik. Hahahaha. Takper la Kidd. Nanti one day kita makan la dekat Hokkaido eh? U bersuka-ria la dulu roadtrip dengan  Hani ok? Meanwhile layan dulu gambar makan I dekat Dolly Dimsum dengan Mimy ni. Semalam pulak first time I try Szechaun Dumpling hooooooi bapak la sedap rasa manis + masam + masin. Tak pernah pulak order sebelum ni, tak sangka pulak sedap. Semalam Mimy makan Egg Custard Bun tu and kata dia ‘Su, ni kalau jual dekat Felda ni mesti laku kan Su?’ Hahaha. Comel sangat Mimy ni. Dah la bukan jenis hi-tech. Blog aku pon dia tak tau macam mana nak baca. Tak tau pon I selama ni tulis blog T___T haha. I belanja Mimy makan sempena dengan 14 tahun kitorang masuk kerja dekat sini. Kitorang masuk kerja same date. Satu masa dulu pernah close dengan Mimy. Dia kawen pon I jadik pengapit. Lamanyaaaaaaaaaaaaaa dah kerja dekat sini.

Macam kata Abang Fadhil dekat lift tadi time introduce kawan dia yang kerja MSM, ‘Ni Suraya. Satu masa dulu dia la paling hot dekat sini. Sekarang tak dah la. Sebab dah senior’. Wajaq Abang Fadil. Suka nak remind I dah tuweeee. Hahahaha. Kata Abang Fadil, kena terima hakikat sebab now lagi ramai muka baru yang cantik jelita. Yerlaaaaaaaaaaaa. Hahaha. I memang macam ni. Manja sikit. Sapa kawan rapat I, dia mana boleh puji ada orang lain cantik depan I. Nanti I merajuk mengada. Now perangai tu dah berjangkit dekat Dyba Si Kecik tu pulak. I dah ada legacy nampaknya. Btw I nak mintak korang sedekahkan Al-fatihah kepada Arwah Ayah Dyba – Pakcik Mohamad Rodzlan yang meninggal petang semalam. Innalilla…. Tak sangka sangat Pakcik meninggal tiba-tiba. Baru je pagi semalam dengar Dyba call Abah dia, tup-tup petang dah meninggal. Kata Dyba, perkara yang dia paling takot dalam hidup dia akhirnya terjadik jugak. How I wish to hug Dyba right now. Al-Fatihah….





Gambar save dari Insta Story. Tu ada nama Suri Shanom. Hahaha. Naseb tak kena Bab* dengan Shanom. If korang datang Dolly Dimsum WAJIB ambik Egg Custard Bun ni ok? RM7.80 untuk 3 ketul tapi kena makan panas-panas. Kalau dah sejuk tak sedap la. 





Yang ni Siew Mai Chicken. Wajib order walaupon bukan favorite. RM7.40 





Beef ball RM9.30. Sedap ada rasa limau purut. Yang penting healthy sebab dia steam. 





Lepas ni memang akan ambik ni jer la. Szechuan Dumpling. RM11.30 ada 4 ketul. Sorang dua so tak gaduh la. Hahahaha. 





Ni Kata Mimy, ‘Su, Mie nak yang panjang-panjang macam orang depan sana tu order’. Ooo nama panjang-panjang tu is Prawn Cheong Fun Mimy. RM12.50 harga dia. Kali ni kita order semua steam je sebab Mimy batuk. Taknak kasi dia makan goreng-goreng. 





Ni la Mimy. Nama betul Zahrah Amry. Sapa kenal angkat tangan!

Mimy ni lembut aje orangnya… I yang huru-hara ni kalau bercakap dengan dia automatic akan jadik sofan santun jugak. Hahaha. Dulu kita janji nak kawen sama-sama. Sekali jodoh Mimy sampai awal. Tak silap I 2005 dia dah kawen kot? Ke 2004 entah. Tak ingat sebab dah lama sangat. Kata Mimy, kalau  umur I 30 tak kawen lagi, dia suruh I kawen dengan Wan (suami dia). Boleh duduk sekali lepas tu jadik kawan baik. Sesukaaaaaaaaaaaaaaaaaaa hati dia je. Hahahahaha. Mimy ni lurus, lembut, baik, sopan santun, cantik and semua-semua la. I sayang Mimy ni walaupon jarang sangat jumpa. Kekadang makan tahun baru sekali jumpa. Ni pon jumpa sebab nak celebrate anniversary kerja sama-sama. Walaupon sama building and 1 tingkat je beza tapi memang jarang sangat-sangat la dapat jumpa. Haritu dah janji dengan Mimy lepas ni kena jumpa selalu. At least once a month. Kita tengok jadik kenyataan ke tak. Ok? Hahaha. 





Yang ni Anny nama dia. Bukan Mimy. Sayang jugak la walaupon kekadang menyirap sebab dia suka carik pasal. Aku perati je perangai ko ni Kak Kiah. Jumpa nanti siap ko aku pulas kepala. Hahaha.

Baru semalam cakap dengan Anny. Kita ni kata la Allah nak tarik nyawa, bebila je boleh dia ambik. Bayangkanlah masa tu kalau kita mati dalam keadaan berdendam dengan orang, bergaduh, tak puas hati, tak sempat mintak maaf semua macam mana lah. Yang meninggal tu takperlah, urusan dia dengan Allah… Kita yang tinggal ni macam mana, kan? Sebab tu I cuba jugak untuk tak ambik serious dalam semua menda. Mana ada yang terasa sikit-sikit tu I telan and cuba taknak dendam and taknak negative walaupon so obvious kekadang orang purposely nak menyakitkan hati, take for granted semua tapi takper la. I redha. Ada jugak rasa macam nak balas sebab rasa macam kena buli tapi fikir balik ‘mati’ takot tak boleh nak carry beban-beban dendam dalam hati. Kena belajar to let go and memaafkan. No matter what. No matter how hurt hati kita but percaya Allah tu adil. Kena percaya tu. Dia ‘nampak’ and dia tau apa yang kita rasa. Kita permudahkan urusan orang lain, gembirakan hari orang lain InsyaAllah in return nanti urusan kita akan mudah dan hati kita jugak akan tenang. Kan? InsyaAllah..

-eNd-

No comments: