Thursday, May 11, 2017

Rasa Bukan Sekadar Rupa - Edisi Semperit

Assalamualaikum..

Lepas ni kalau I promote kuih raya je mohon korang bertabah la eh? Sebab I punya konsep, mana yang sedap WAJIB dikongsi sebab ai tak rela gemok sorang-sorang. Macam I, kuih raya yang I suka mestilah berasaskan susu dan cornflakes dan jugak I suka makan tart nenas as well. Tak nenas pulak bukan sembarangan I bedal. Inti yang keras-keras I tak suka. Lepas tu kulit dia mesti mau rapuh. Mengada kan? Takat ni yang lulus 2 jenis je. Tart NenasTerpaling Sedap dengan Tart Nenas Huda. Yang lain I takde yang berkenan. Kuih-kuih lain I tak berapa suka. Sukaaaa la tapi dia bukan favorite. Macam Intan dia tau dah I sukaaaaaaaaaaaaaa kuih semperit and kuih yang rasa susu-susu ni. Pepagi lagi dah terkedek-kedek bagi datang dekat I hulur tester Kuih Semperit yang Izzy buat. Memang silap la hantar dekat I sebab if Kuih Semperit I punya ‘test’ 8 ketul. Sedapnyaaaaaaaaaaaa rapuh je masuk mulut. I tanya Izzy dia guna Margarine ke Butter, dia cakap guna buttercup. No wonder la sedap! Buttercup ni buat apa pon sedap sebab dia rasa susu. Kuih Semperit Izzy ada 2 jenis perisa. Original (Chips) and Chocolate. Dedua pon sedap tapi I suka yang original flavor more. Kuih Semperit Izzy ni is homemade dibuat dengan kasih sayang. Tapi kasih sayang dia jenis ada komplen la sebab kata Izzy, penat tangan dia tekan acuan kuih ni so semua orang kena la beli. Rupa tak berapa ada (hahahahha) tapi rasa InsyaAllah sedap. Macam I selalu cakap, kalau I kata sedap tu MEMANG SEDAPLAH. So jangan risau I kasik review tipu pasal kuih raya ok?


Kuih Semperit Chips (Original) and Semperit Chocolate
 
Semperit Chocolate


Semperit Chips (Original)

Kata Izzy, Semperit dia ni adalah campuran 4 jenis tepung and guna Buttercup. If ada sesapa yang request nak pakai Margarine Izzy boleh buat tapi rasa dia tak berapa lemak la. Nasihat I : Guna butter sebab margarine tak berapa sikat kandungan dia. Macam I, I suka yang atas dia cherry kaler merah baru la meriah hari raya. Izzy cakap dia boleh buatkan. Bagus Izzy. I up gaji you. Harga untuk sebalang is RM20.00 dalam dia ada lebih kurang 40 biji. COD area Kepong/Selayang/Menara FELDA/KLCC and LTAT. Tauke Semperit cakap tak boleh pos sebab nanti pecah. Kalau nak dapat before puasa boleh. Mana tau dah tak tahan ke? Sebelum puasa kena order before 17/5/2017 and untuk Raya Aidilfitri 2017 sebelum 10/6/2017. Sapa yang nak order boleh terus Call/WhatsApp Izzy dekat 013-3006507 ok? Okbye.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...