Assalamualaikum..
Semalam Si Intan cakap nak makan light-light je
dekat Dotty tapi Intan ada RM10.00 je Kaksu.
‘Intan nak Sandwich dengan Green Tea Latte tapi. Sandwich boleh share dengan
kaksu’. T___T Lepas tu I cakap, ‘No
Latte, Sandwich je ok? Air minum mineral water’. (Gaya cakap tu macam cakap
dekat Shein). Lepas tu dia angguk tak melawan. Bagus. Masuk Dotty nampak
dessert dia nak dessert pulak. I nampak dia perati cake dengan mata bercahaya.
One slice RM13.00 tak silap I. Tak sempat dia cakap nak yang mana, lepas tu I cakap ‘Ambik donut je. Baru RM7.00’. Intan melangkah lemah selepas itu.
Hahahaha. Intan ni kan dia memaaaaaaaaaaaaang tau? Manja sangat. E! Selalu la
ada RM10.00 tapi nak makan aircond. 3 hari ni I sabar je dengan dia so mana dia
nak makan, apa dia nak makan lepas tu ada RM10.00 I redha. Ni la Dyba cakap dia
mue. Mue tau apa mue? Mue ni manja melampau. Kerjanya nak paw aku je. Tapi
takpe la sebab Intan buat Kaksu happy. Apa la sangat belanja lunch RM10.00
lepas tu coffee RM12-15.00 lepas tu pisang + yogurt + chipsmore dekat news.com
RM6-7.00 APA LA SANGAT KAN? Janji doakan Kaksu murah rezeki dah *rollingeyes.
Intan ni kalau dekat news.com tu DAH PESAN TAKE ONE ONLY tetaaaaaaaaap tak
dengar kata. Kang tetiba nampak Chipsmore atas counter dia nak. Dia kata ‘Yang ni Intan bayar sendiri Kaksu, tapi
purse Intan dekat atas’. Macam tu la kan selalunya? Sampai hati ke nak
mintak singget tu dekat dia? Of coz la tak. Geram je hahaha. Ni Dyba takde ni
takper la nak layan dia. Minggu depan Dyba dah masuk office, biar dua orang tu
tag team makan dekat kentin bawah yang bau minyak tu. Dorang cakap dah over
spend. Gaji nanti baru makan sedap. Baiklah.
Salted
Egg Spaghetti. Sedap! Tapi lagi power yang dekat Magnum Café la bagi tekak I.
Dekat situ ayam dia sedap + ada cili padi. Memang sedap weh! Ni nak kena pergi
la ni before puasa. Sapa la nak teman.
Ceaser
Salad pon sedap. Tak plan pon nak makan salad asalnya tapi tetiba I nak makan
tumbuh-tumbuhan so terpaksa order ni. TERPAKSA.
Chocolate
Donut ni RM7.00 harga dia. Debab macam Si Ain. Daging lebih. Hahahaha.
Halololo
comelnya. I suka now update dalam IG Story. Seronok pulak layan. Everyday mesti
akan update IG STORY. Nak lebih dekat dengan Siti Nohaliza? Follow IG beliau
@surayasulatin (Sesambil promote IG sendiri kah kah kah)
I
pesan pada Intan. Lepas ni jangan la pakai dah tudung dia yang merapu jenis
takyah gosok tu, pakai je bawal be_anggun. Menyampah I tengok. Dia ni aci boleh
je tau? Ada hari dia malas iron baju, pergi pakai Jubah Mak dia pergi kerja.
Tudung
dull satin from @be_anggunscarves. RM25.00 je u’olls. I suka sebab pakai nampak
cantik and ada class. Harga pon murah. Boleh request color. Cuma Atinten now
dalam pantang. Taktau bila dia nak resume back business dia. Semalam I tengok
Baby Aiydeen dekat rumah Kaklong, Atinten masih lagi prepare postage tudung.
Hahaha. Aci boleh je.
Sekarang
kita kalau nak selfie dalam Café penuh orang pon selamba. Lantak la. Bukan
orang kenal pon. Hehe.
Esok I akan balik Merbau Pulas kampung Tok. Lepas
tu pergi Penang stay dekat Hard Rock sebab Sazli ada run Ahad tu. Dia masuk run
dengan John, I run dengan Shein je la atas katil. Hehe. Kitorang ada dekat
Penang sampai la Isnin. Bestnyaaaaaaaaaaaaaaa. Tak sabar nak makan sedap-sedap
dekat sana nanti (gemok padan muka). Esok nak makan Mee Udang Mak Jah Kuala
Sepetang. Woot woot! Last year waktu-waktu macam ni jugak I pergi Penang. Ni
Shein dah banyak cakap ni mesti lagi best berjalan. Kata Kak Fieza now Penang
panas lit-lit. Takper. Panas ok, jangan hujan. Kang kalau hujan semua menda tak
boleh nak buat. I suka area Armenian Street tu. Bangunan dia cantik-cantik!
Hopefully this time dapat la makan Ice Kepal. Lepas tu I nak makan jagung bakar
celup susu BESTNYAAAAAAA. Ishk geli bontot fikir makanan sedap-sedap dekat
Penang. Paling penting Nasi Kandaq bebeh! Sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa telur
sotong. Penang, tunggu dahkuuuuu!
-eNd-
2 comments:
Lazat..
Mohon singgah blog kita su
http://sihatanggunvita.blogspot.my
Lazat..
Mohon singgah blog kita su
http://sihatanggunvita.blogspot.my
Post a Comment