Friday, May 19, 2017

Journey To The North

Assalamualaikum..




I dah otw ke Penang ni. Singgah visit Tok dekat Merbau Pulas lepas tu malam ni check in dekat Maritime Guest House Georgetown satu malam and esok sampai Isnin kitorang dekat Hard Rock pulak. Ni taktau la berapa kg gain weight ni. Tetau la Penang, food paradise kot? Ni tadi ada blog reader pesan suruh makan dekat Deen Maju. Kata dia, situ paling sedap Nasi Kandar yang dia pernah makan. Nak kena try la nampaknya. Selama ni kalau Nasi Kandar biasa Sazli bawak makan dekat Kayu dekat Vistana Hotel tu. Tu pon dah sedap nak mampos. Masak letak sependa ke apa? Hahaha. Ada orang cakap Nasi Kandar Beratur sedap, tapi I tak pernah try sebab  tak berapa minat nak beratur panjang-panjang. Princess kan? Hahahahha. Pang nak? Ni I baaaaaru siap makan dekat Mee Udang MakJah Kuala Sepetang. Sedap sangat dia punya Udang Celop Tepung. Rangup! Udang dia pon fresh. Ada size biasa and size gemok. Of coz I ambik yang gemok supaya seiring dengan size badan Shein *tetiba shein.. Memang sedap hoi! Tak sampai hati pulak nak cakap sedap bebanyak kali sebab takot Ain nanges. Dia hantu udang. Hehe. Oklah! Nak sambung tido sebelum sampai Kuala Ketil. Rasanya by 3.00-3.30 pm sampai la kot, InsyaAllah. Pada semua Selamat Berhujung Minggu. Kalau makan sedap-sedap jangan lupa I pon makan sedap jugak dekat Penang ni kahkahkah.

Sedapnyaaaaaaaa!!

-eNd-

2 comments:

Aida Noordin said...

Kaksu..Deen Maju pun kena beratoq panjang jugak..lagi panjang dari nasi beratoq tu. Hehehe. Tapi ayam goreng dia memang to die for. Have fun!

A.L.I.N.A said...

Deen maju bukak 2.30 tau kak su..saya pi ritu berator start kol 2 dh panjang hahhaa..turn saya kol 3 ya..nasib la berbaloi n sedap..jgn lupa pi padang kota mkn mee sotong dgn coconut shake..dlm food court esplaned park dkt kubu tu..jgn gi mkn kt tepi laut pulak..x sedap!!kalo saya gi penang esok buleh la jumpa kak su..ikutkan rini saya nk check in kt golden sand..tp anak pulak ada exam..so esok jalan2 cr mkn penang ja kot..