Assalamualaikum..
Welcome back KL! 4 hari dekat Penang seronok sangat
(dan gemok sangat tssssk tssssk). Rasa macam sekejap je pulak 4 hari sebab pack
with activities. I packing untuk diri sendiri baju cukup-cukup je. Nak balik
semalam sependa pon tinggal sehelai kah kah kah. Baju untuk Shein pulak cukup
untuk duduk lagi seminggu dekat Penang.
Aku pon taktau kenapa each time pack baju Shein mesti berlebih tak ingat.
Hahaha. Sazli happy sebab dapat masuk lari Rock To Run 2017 tu sebab plan dengan Abang Kakak Apartment and dapat jumpa dengan John kawan rapat masa dekat Teknik Kulim
dulu. Tapi dia dengan John nak komplen dekat Organizer Rock to Run 2017 sebab
depa kata, depa kena tipu. Kata lari 3.8km tapi sebenarnya 4.2km T____T
Hahahahaha. Kata John, lari kurang km takpe, jangan lari lebih. Yang tu kena
komplen. Bongok la dua orang tu. Hahaha. Kali ni I takde dapat makan Nasi
Kandar pon sebab salah timing and salah plan tapi takpe, I tak frust sangat
sebab memang kali ni tekak nak Laksa and Char Kway Teow sedap je. Alhamdulillah
dapat. Dapat makan dekat unsung place pulak tu. Gerai bodoh je tepi jalan dekat
Shamrock Beach, Batu Feringgi. Tak pernah dikecohkan dalam internet tapi ya
amat sedap bak ang! Ikutkan hati nak makan 2 pinggan tapi ku tahan Jebat.
Lagipon segan kat Muni. Dia mengandung pon makan sikit dah kau kenapa yang
takde orang dalam perut makan kussss semangat? Naseb baik la John bawak kami
makan dekat situ sebab masa dekat Padang Brown tu, dia punya Char Kway Teow
agak masin and tak kena dengan tekak I. Ngada kan? Padahal Penang memang tempat
Char Kway Teow laaaaaagi nak komplen bab rasa. Entry pertama Penang I hadiahkan
dengan Char Kway Teow sedap ni. Pada yang terliur, I mintak maaf banyak-banyak.
Jangan kata korang, I sendiri pon tengok
hatiku tak tahan. Cis!
Char Kway Teow special dekat Shamrock Beach, Batu Feringghi. Kedai tepi jalan je tapi kussss semangat sedap bak ang!
Sebab tak boleh decide nak makan Laksa or Char Kway Teow so I order both :D
Laksa dia ni ada tabur bunga kantan on top. Simple tapi sedap. Macam Laksa Mak Timah la. Laksa favorite masa zaman kecik-kecik sekolah rendah dulu. Laksa macam ni I suka. Takde pekat beria tapi dia sedap. Adoi. Kecur ailio.
One of the wishlist is nak makan Jagung Bakar dekat Batu Feringghi. Pon dapat. Semua ada dekat gerai ni. Apesal entah yang sedap lain macam jagung dekat sini. Aku pon tak paham kenapa.
Rojak buah dia poooooooooooooon sedap! Naseb order. Ni John la pesan suruh order.
Nasi Goreng pon ada. Tapi bagi tekak I, dia so-so je la. Boleh nak adjust kasik sedap. Makan dengan cili potong lepas tu kena ada telur goyang dengan kicap manis.
Laksa kami order sebenarnya 5 mangkok, char kway teow 2, nasi goreng 2, jagung bakar 1, rojak buah 1. Makan 2 family I dengan John. I can go lagi 1 more plate of char kway teow tapi I segan dengan Muni. Hehe.
Kitorang ambik table dekat bawah. Turun tangga sikit sebab nak view pantai. Tapi harini pantai takdak angin la. Taktau pasai apa. Cikgu Muni pon tak boleh nak jawab.
Kata John, 'Mai la aku ambik gambaq hang Su. Tengok dalam album Penang dekat FB tu jarang hat ada gambaq hang'. Tengkiuuuuuuu John kerana memahami diri ini. Hehe.
Si Shein kalau travel susah sikit nak makan. Laksa tu dia suka hirup kuah je lepas tu cakap 'Mak tok Mama'. Dia tau la Maktok dia suka makan Laksa. Lepas tu tanya, 'Mana Maktok?' Hahahaha.
Kata John, dia tak larat angkat Shein. Berat! Haaaaa tau pon hang John. Shein ni berat 22kg ok? Now dia mintak dukung I buat tak layan je. Dia ingat dia ringan?
Ni la Shamrock Beach Batu Feringghi. I ambik dari Google.
Dulu kata John, depa ada sewa Banglow dekat sini. Tapi dah terbakar Bunglow tu sekarang. Sini la tempat John and Sazli dengan kawan-kawan sekolah dia lepak dulu. Kalau cuti, Arwah Abah John bawak la depa jalan-jalan dekat Penang ni.
Tengok Cikgu Murni ni. Pregnant 6 bulan tapi kurus je. Anak dah nak masuk 3 tapi badan menten je. Jeles ai.
Depa berdua ni memang close. Sazli kata dia sayang John dengan kawan-kawan sekolah Teknik macam Apit, Cikgu Khairi, Pidaus, Kashfi and a few nama la. I pon dah lupa. Kata dia, ni la kawan susah senang sama-sama dulu. Makan sepinggan char kway teow kongsi satu dorm. Haha.
Walaupon berlainan genre. Sazli rock and John nasyid tapi friendship tetap utuh. Hahahahhaha.
Ni sebelum John check out Ahad tu. I memandang rendah pada handphone John last-last gambar dari henpon dia yang cantik. Hahahahhaha. Tengok la Si Shein tu, cheekynya senyum!
Thank you John bawak aku makan sedap dekat Shamrock Beach ni. Semalam tu sorry la tak sempat dah nak singgah makan Cucur Udang dengan hang. Kalau singgah jumpa hang taktau la pukui beghapa kami sampai KL. Semalam masa dekat Design Village tu pon mental kami koyak sekejap sebab dok ingat macam dekat KLCC je jarak nak sampai ke rumah padahal dok dekat Penang lagi. Hahahahah. Nanti InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi na... Kitorang mai umah baru hang la. Ok? Thank you John sebab sayang laki aku macam darah daging sendiri dari dulu sampai la sekarang ni. Sian kat dia. Dia takdak adik, takdak abang. At least dengan hangpa semua dia terasa la macam ada adik beradik. Dia pon memang sayang hang jugak. Naseb la aku tak jeles. Hahaha. Aku doakan persahabatan hangpa semua kekal sampai la akhir hayat. Nanti ada rezeki kita plan dengan Apit and Cikgu Khairi pulak jalan dekat mana-mana. John, nak uweeeeeeeeeeeeeeeet!
-eNd-
2 comments:
tq kak su..
nak uweet ka nak char koay teow???
pilih.. pilih ��
u make me cry tgk kuetiow tu
Post a Comment