Monday, May 29, 2017

Kisah Awal Puasa

Assalamualaikum..

Korang, harini nak berbuka apa? I tadi tengok gambar meehun macam teringin. Lepas tu nak yang macam tekak I suka. Kang beli kang ada je yang tak berkenan dihati. Mihun I tak suka yang kaler putih, yang kaler hitam and yang lembap. Dia mesti mau merah gelap. Lagi best kalau masak guna kayu api sebab ada rasa smokey and tumbuh-tumbuhan letak dalam tu I suka kangkung dari sawi. Banyak-banyak mihun dalam dunia ni, ada satu yang I berkenan dihati. Mihun yang jual dekat tepi padang bola Setiawangsa. Gerai yang sama jual Burger Malaysia tu. Situ sedap woooo. Dia takde letak pon ayam. Ikan bilis je buat perencah taaaapi sedap. Rasa smokey. Dia bungkus dalam plastic lepas tu harga singget je satu. I sukaaa giler mihun dia. Tengok la jap lagi kalau merajin boleh la masak. Kalau tak merajin menung je la mengenang nasib sebab 2 hari berbuka ni tekak tak berapa nak lalu. I bukak puasa dekat rumah Bapak. Memang hari-hari bukak puasa dekat sana. Senang and jimat kos. Hahahaha. Tapi hari-hari mesti nak ada Air Cincau Pasar Ramadhan Ampang jaya. Sedap la air cincau dia. Ada rasa macam wangi-wangi. Taktau la apa dia letak. Takkan Softlan kot? I kalau bukak puasa air tu either nak cincau atau tebu je. Yang lain tak suka. Lagi la air warna warni banyak sampah sarap macam Katira and Laicikang atau ABC atau yang berunsur susu/santan I tak suka. Macam Katira tu if I minum I stressed sebab otak I tak boleh nak trace tu rasa apa. Nak kata susu tak, nak kata nila tak. Lepas tu kang kejap kaler hijau, kejap biru. I confuse and otak I malas nak fikir sama naik macam I la time bulan puasa ni. Semua malas. Kekadang sanggup eh tahan kencing punya malas nak pergi toilet? Kah-kah-kah. Tapi dalam pada malas 2 hari ni dapat jugak la masakkan suami Mee Goreng and Sambal Petai. Nah terimahlah gambar semua dalam kuali je. Hahahaha.


Mee Goreng Udang Geragau


Ada jugak yang tanya resepi macam mana nak buat mee goreng ni. Korang ni memang menyirap je. Hahaha. Sama je resepi dia macam orang lain buat. Tumis bawang merah, bawang putih lepas tu masukkan cili kisar dalam 3 sudu. Dah tu masukkan ayam. Kalau letak udang, I suka keluarkan balik udang tu supaya tak over cooked. Masukkan balik sekali dengan sayur nanti. Ayam dah masak, masukkan cili sos, tomato sauce, sos tiram, kicap manis, cube ayam sekerat, gula barang sesudu. Air sikit kot kering sangat. Lepas tu masukkan udang geragau, tomato and batang sawi. Lepas tu masukkan mee kuning and last sekali masukkan sawi and taugeh and terus matikan api. Kang sawi and taugeh layu sangat I tak berahi nak makan. Tabur dengan daun soup. SIaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaap!! Kena masak kering-kering la baru sedap. Garam takyah masuk dah sebab kicap, sos tiram apa semua tu dah masin. Kalau masak mee hun I akan lebihkan sos tomato. Biar rasa masam-masam sikit.


Sekuali Sambal Petai untuk Sazli. Gembira la Sazli. Punya tak tahan nak tunggu sahur. Hahaha. Resepi dekat sini.

Petai tu beli dekat Kedai Usop je. RM8.00 sepeket. I beli 1 peket besar, 1 peket kecik (sebab tu je yang ada). Kurus je petai dia macam edamame. Balik tu sebelum masak, I rendam la kasik petai tu kembang. Biasa kalau rendam semalaman dia akan jadik gemok petai tu. Semalam dah takde masa. Sazli selera la makan macam ni. Tapi I ada rasa menyesal. Pagi tadi makan, sampai sekarang mulut rasa kuda. Ni memang bau syurga sangat-sangat ni. Nak bercakap harini pon tak confident. Makan petai satu hal, dengan mulut kering.. Ni kalau bercakap ni memang bau tungkik! Hahahahahaha.


Nasik Goreng pujaan hati Sazli masak masa sahur. Resepi? Bawang merah, bawang putih, cili padi, ikan bilis. Tumbuk semua lepas tu tumis. Nak sedap? Guna nasik sejuk. Tu je. Last sekali baru masukkan garam. Makan dengan Telur Goyang. Perrrrrrghhhhh


Malu pulak GF kiter nak ambik gambar. Sabtu haritu balik, InsyaAllah Sabtu depan balik lagi. Dapat la berbuka 2 kali dengan Mak.

Balik haritu Mak cerita pasal Ayam jiran dengan ayam dia. Nama Taji dengan Bintik. Kata Mak, sekor jantan sekor betina. Taji dengan Bintik tu couple la. Tapi kekadang ada masa dorang tak kawan. Sekor kesana, sekor kesini. Boleh eh ayam pon ada hari tak kawan? Haritu Bintik bertelur tapi dia tak eramkan. Kata Mak, ngentot je tau Bintik tu. Eramkan telur taknak. Ayam dah tuwe agaknya malas dia nak eramkan telur. Kata Mak, Taji dengan Bintik ada 2 rumah. Satu reban dia, satu reban jiran. Kekadang dua ekor tu tido reban jiran, kekadang reban dia.  Elok je berjalan dedua ekor lalu jauh sebab now Mak pagar keliling rumah. Dah macam orang kawen dua pulak Si Taji. kejap balik rumah bini tuwe, kejap bini muda. Hahahah. Macam-macam hal Mak ni. Ayam pon boleh kawen dua ke?


Sazli suka la makan ulam. Ulam pegaga now dekat KL kekadang boleh jadik RM3.00 seikat. Makan dengan cili potong + kicap manis + bawang. Sedap! Ni bentuk Ulam Pegaga ye Ain? Jangan nak main petik je nama ulam. Pegaga kau kata Selom.


Tengok la I, sian sangat hari first day puasa goreng telur lepas tu meletop habes kena dahi.

Mujur kena dahi. Kalau kena mate, buteeeeeeeeeeee yeob! Kata Sazli, ‘Mama ni goreng telur guna dahi ke?’ Jahat! Hahahahaha. Tapi bodoh la telur ni. Meletop sampai habes lantai berminyak. E! Padahal kuali dah kering, sudip kering. Saja nak carik pasal. Mungkin Allah nak bagi I pahala lebih kot? I tanya Sazli apa ganjaran I dia nak bagi sebab tercedera waktu nak gorengkan dia telur? Kata Sazli ‘Ganjaran Pahala’. Cis! Ingatkan dia kesian ke lantas bagi duit raya lebih. Sekali Ganjaran Pahala je. Hahahaha. I mengadu dengan Mak and Bapak. Kata Mak nanti buat telur dadar je tak meletop. Bapak memula cakap ‘koman spana’. Dia kan kaki menyakat I? Bukan nak simpati dekat I. Tapi tak lama lepas tu dia tengok balik yg kesan kena minyak tu and dia cakap kesian…. I cakap kalau kesian bagi la duit. Kata Bapak ‘Tu yang bahaya hang ni. Haahahahaha’. Aaaaaaaaah takdeeeeeeee. Nak handbag rayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...