Assalamualaikum..
Mintak maaf la sebab terpaksa share gambar Brownies
dan rakan-rakan beliau yang menggugat iman dari Haizan ni. Waktu nak taip ni
ada la jugak dalam hati bertanya ‘why why
why’ tapi takper la, memasing dah besooooo. Tahan la sikit iman sampai
berbuka eh? Nanti berbuka kang boleh makan sampai lepak. Semalam I terbaca
article pasal seorang lelaki dekat Terengganu pergi Azan Maghrib sendiri pukul
4.30pm sebab tak tahan lapar. Dia ingat lepas dia Azan boleh la eh berbuka?
Yang tak tahan tu dah dia sorang lapar habis dia Azankan semua orang suruh
berbuka sekali. Comel nau perangai. Tengok badan macam debab je tak sangka
jenis manja tak boleh lapar. Tak pepasal kena bicara dekat Mahkamah dituduh
atas Akta Hasutan 1948. Kekadang lelaki ni nampak je kental tapi kena sakat sikit
dah koyak mental. Macam Sazli, dia kalau Shein lepas minum air cakap ‘aaaaaahhhh’ pon dia menyirap. Hahaha.
Shein pulak sama naik nak menyakat Abah dia. Kekecik dah nampak perangai suka
sakat orang. Mana belajar entah. Berbalik pada cerita Hershey’s Brownies Haizan
ni, I ada a few time dah cuba and approved S E D A P. Atas crunchy, dalam
moist, manis dia ngam-ngam and tak level potong kaki. Ada orang kalau buat
Brownies dia punya crunchy dari luar membawak ke dalam. Yang tu tak sedap. Ada
orang tak sabar nak suruh Brownies cepat masak dia pergi bake pakai api atas
sekali. Dia ingat brownies tu Bahulu? Sesuka suki je guna api atas bawah? Orang
tu sebenarnya ialah I. Kah kah kah. Anyway, kawan-kawan I pon ramai dah rasa
and terjebak jugak beli Hershey’s Brownies Haizan ni. So maksudnya apa?
Haaaaaa.
Hershey’s
Brownies Haizan. Atas crunchy, dalam moist and drizzle dengan chocolate on top.
Diz iz crazy. SEDAP GILER
Kasik
close up sikit please… (Maka air mata pon berjujuran)
Untuk
size 9’ and potong bite size macam ni dapat 49 pcs cenggini harga beliau ialah
RM55.00 sebenarnya tapi kalau korang cakap readers I dapat la harga RM50.00
Nexxxxxt is Mak Andak Homemade Chocolate Chips. Yang
ni memang I dah 3 tahun menjadik peminat setia. Banyak kali dah repeat order
sebab memang sedap. Most important MURAH. Mana nak dapat dah cookies chocolate
macam ni yang dalam ada lebih kurang 50-55 keping sebalang dengan harga below
RM20.00? Tak dapek dah eh? Now pon harga barang semua mahal. Ikutkan memang ada
peningkatan harga dari tahun lepas, tapi bagi I still consider murah and worth
to buy. Haizan memang dah ada loyal customer dia untuk Mak Andak Cookies ni, so
tetiap tahun orang memang carik dia. Sesapa yang tak pernah try lagi, I suggest
korang try yang ni ok? I dah rasa and tekak I lulus. Tak berapa manis, crunchy
and bau tak hapak. Senang citer, memang sedap.
Mak
Andak Homemade Chocolate Chips. RM18 sebalang. Sebalang ada lebih kurang
50-55pcs.
Sapa
suka Bangkit Cheese Cookies angkat tangan! Yang ni pon sedap sebab ada cheese.
I memang suka biskut yang ada rasa susu-susu ni. Sebalang harga RM20.00 sahaja
Untuk Brownies tu if nak order korang kasik la
advance notice dekat Haizan. Sian dia nak berkuntau dengan dua anak dia. Kata
dia kalau order malam ni, lepas tu nak esoknya matilah dia. I taknak la dia
mati sebab lepas ni sapa nak layan I makan Brownies? Untuk area Shah Alam boleh
self-pickup dekat dia but yang luar dari Shah Alam Haizan boleh la hantar but
ada la delivery charge. Haritu masa hantar dekat I, Mira and Rish dia belasah
guna Grab Car. Pon boleh Brownies jadi penumpang. Si Rish bunguks pergi call
Grab tu tanya ‘Encik, Brownies saya dah
dekat mana?’ Hahahaha. Untuk Cookies pulak, Pick up point di Menara TM atau
Seksyen 19 Shah Alam. Order bermula dari Sabtu 1st Ramadhan sampai
la 19 Ramadhan (14/6/2017). Ok? Call/WhatsApp Haizan di 019-3920057 NOW.
-eNd-
2 comments:
sdpnya brownies....
Hebat sekali anda ikon Nuffnnag.
Bagaimana nak masuk dalam Bloggereti npond dalam ruangan komen tak ke laman Etuza bgi resi ya? boleh
Post a Comment