Wednesday, May 17, 2017

KyoChon Lagi – Edisi Intan, Kaklong and Kakyang

Assalamualaikum..

Jumaat lepas for lunch masa I tanya Intan and Kaklong nak makan kat mana memang semua stressed. Soalan paling payah dalam donia 1) Nak makan apa 2) Nak makan dekat mana OMG MEMANG BOLEH GILER. Hahahaha. I kata pada Kaklong and Intan, mana kereta ni gerak, situ la kita pergi. Tetiba Snow White bawak kitorang ke Pavilion. I macam happy-happy ayam la sebab dapat pergi Mall (sebab ada aircond and lepas makan boleh shopping) tapi ada la rasa sedih sikit-sikit sebab taktau nak makan apa. Kita kan kalau ada menda yang teringin nak makan jadik excited lebih? Dia macam ada destinasi dan tujuan hidup. Gitew. Kalau menurut kaki melangkah ni nanti makan pon ala kadar je la asal kenyang. Takde excited. I memang macam ni. Sebab tu bila ada time yang I takde tingin nak makan apapa I rasa sedih sangat hidup ini. Sobs. Sebab tu if makan Buffet I kurang gemar sebab I don’t know what to eat. Paham tak perangai mengada macam ni yang jenis nak makan specific itu la, ini la. Padahal daha da makanan tu, makan je la. Kan? Hahahahha. I kalau teringin nak makan satu-satu menda tu, dari pagi mood berbunga je. happy! Kekadang tingin nak makan simple macam telur ceh. Telur ceh tau apa? Panaskan minyak, masukkan telur kacau terus. Masukkan Sos Cili + Kicap Manis. Makan dengan nasik lepas tu ulam cili padi. Yang tuuuuuuu pon kalau dah nama dia teringin, tetap rasa happy. Back to cerita lunch kitorang. Sikit lagi nak sampai Pavilion, Kaklong cakap. ‘Cep, makan ayam KyoChon jom? Aku ak penah makan. Tapi takot Ayang marah sebab janji nak makan dengan dia’. Hahaha. Lepas Kaklong cakap macam tu terus la Siti Nohaliza happy sebab dia luuuuuuuuuuuupe yang dia tengah giler ayam KyoChon and ayam KyoChon ada dekat Pavilion!


Intan dah a few times makan dekat sini. Favorite dia is Garlic Soy.


Usually datang KyoChon I akan ambik combo yang 20 mix Wings (Red Pepper + Soy Garlic). Untuk Cmbo ni dia berharga RM40.00 lepas tu if nak tambah pulak nasik + air ada option 1, 2 or 4 rice tak silap I. Semua harga lain-lain. Tapi kalau ambik Combo 20 Mix Wings + 2 nasik goreng (Garlic/Kimxhi) upgrade letak telur + 2 drinks( Plum/Yuza) dia akan jadik RM70.00 eh kawan-kawan sekalian. Bagi I, Combo yang kitorang ambik ni if makan 3 orang tak cukup. Paling tidak kena tambah 8 Honey Wings (RM22.00) baru la kenyang if Lunch portion. If for snack or sengaja nak makan isi masa lapang, cukup ambik 20  mix wings + 8 pcs Honey Wings. Yang ni I dah try a few times makan, itulah portion dia. Gigih aku explain ye Tuan Puan sekalian. Hahahahaha.


Kurus-kurus je wings kalau Red Pepper dengan Soy Garlic ni. If Honey Wings ayam dia debab sikit. Rasa dia? S E D A P.


Kitorang ambik 2 Kimchi Fried Rice + telur. Makan 3 orang. Extra sedap pulak. Maybe sebab makan rebut-rebut kot? Bagi I Garlic Rice dekat sini so-so je. Takde sedap mana. Sedap lagi masak sendiri. Cuma masalahnya nak masak sendi M. Sekian terima kasih.


Kasik Close up skek Red Pepper ni. Pedas! Tapi layan. Masa makan if air hidung tak keluar, tak sah.


Soy Garlic ni sedap masa makan on Friday. Masa makan on Sunday dia punya masin berdengung. I almost tak boleh nak makan. Masin nak mampos! Ni la first time kena Soy Garlic masin macam ni punya hebat.


Honey Wings ni I yang insist nak makan. Intan taknak. Kan kitorang Go dutch? Go dutch tau apa? Go Dutch tu kalau makan, bayar sendiri apa kita makan and takde sapa belanja.  Honey Wings ni I cakap I belanja tapi semua orang boleh makan. Zzzaaaaap terus order. Kaklong suka! Dia paling suka Honey Wing ni.


Total bill on Friday is RM101.20 yer Mak Incik sekalian. Combo 20 Mix Wings + 2 Kimchii Rice + 2 glass water + 8 pcs Honey Wings. Skali dengan Tax jadik RM101.20. KyoChon ni lunch hour pack. Nak order lembap. Makanan sampai dalam 15 minutes (sebab dia goreng fresh) and bill boleh tahan lembap. Masa dekat Cashier, dia bagi I bill salah. Total RM160.00 sebab dia kata I makan Combo 2 set ke apa entah. I cakap, check balik bil yang I ambik dekat meja. Lepas tu degil tu, cakap dalam system punch lain. I geleng kepala je. Malas nak explain. Lepas tu dia tanya, ‘Macam mana ni?’ Eh eh engkau? I cakap, ‘Check la dengan waiter. Bill I dekat meja kenapa lain dengan system?’. Lepas tu dia macam marah-marah waiter cakap apesal salah la apa la. Eeeeeee orang dah la lama beratur. Lepas tu I cakap, ‘Setelkan bil I dulu boleh?’. Ada la 10 minutes terbangang-bangang depan cashier tu. Yang ni Kyochon kena improve.


Ahad tu, I visit Cucu Saudara I (Anak Along and Atin) dekat HKL. Patut bersalin dekat Hospital Tentera Mizan tapi masa hari kejadian nak bersalin pakar takde so kena la ke HKL.  I datang sorang je sebab kids  12 tahun kebawah tak boleh visit so Shein kena la tinggal dengan Abah dia.

Datang sini reminiscing back memories I masa Arwah Ayah sakit dulu. Dok berulang HKL. Sini boleh tahan pack. Hospital Kerajaan kan? Walaupon tak selesa macam Private Hospital at least ada kemudahan. Kena bersyukur sangat la kita sebagai Rakyat Malaysia sebab ada Hospital yang tak perlu bayar mahal. Mana yang company tanggung pergi Private Hospital untung la, tapi yang tak tanggung tu I suggest ambik la Insurance. Senang kalau sakit apa masuk Hospital Swasta. Ada bilik, ada aircond, lebih selesa. Nanti I suggest Agent Insurance I yang very helpful dan cantik tu ok? Balik dari Hospital, I ajak la Kakyang makan KyoChon sempena dengan dia dah lama tingin, and Mama dia dah berselingkuh makan dulu dengan I. Hahaha. Semoga terubat hatimu Kakyang. Nak uweeeet!!



Macam biaso ambik 20 Mix Wings. Cuma kejadian Garlic Soy masin harini ada la potong sikit. I kenot la masin-masin macam ni. Darah tinggi.


Suka la eh Kakyang? Iyan iyer. Pandang ayam dah penuh kasih sayang woh! Macam pandangan Doraemon pada Nobita.


Kena la order favorite Kaklong. Honey Wings! Sedapnyaaaaa manis-manis rangup. I suka. Kak, bila nak repeat?



Gone tinggal tulang. I kalau makan chicken wings memang bersih. Nampak sapa makan tak bersih, nanti I yang akan bersihkan. Hahahahha.


Kemain Makcik kau sampai terteleng kepala punya la nak effect dagu runcing. Kah kah kah.

Total bil 20 Mix Wings + 1 mineral water + 8 Honey Wings plus tax is RM86.24. Good for 3 kalau dah kenyang and nak munch for snacks. Air order air mineral kongsi 3 orang. Waiter tak tanya pon, tapi kitorang peramah terus cakap ‘Air kongsi je sebab nanti minum dekat rumah’. HAHAHAHAHHA. Kaklong kalau kitorang lunch dia memang tak order air. If Waiter tanya, ‘Air kak?’ Lepas tu dia jawab ‘Takpe, akak minum air dekat Pejabat’. Bongok la dia tu hahahaha. Sebetulnya I jenis kurang minum air. Jaaarang la order air akan habes kalau tak betul-betul dahaga so baik kongsi je. Lepas tu I lebih suka minum air kosong. Cececece. Kecuali Affogato la. Tu lain kes. So sekianlah entry panjang berjela pasal Chicken Wings dekat KyoChon. Doa dah harapan I semoga jangan la sampai ada jilat screen sebab terliur. Tapi cakap masjid ni. Ayam KyoChon memang sedap ok? S E D A P. Okbye.

KyoCHon 1991
Pavilion KL
Level 1, Lot 1.54.00
Jalan Bukit Bintang, KL
012-6119435/017-2833707

-eNd-

No comments: