Tuesday, May 9, 2017

Makan Korean Foods With The Badut

Assalamualaikum..

Kaklong dengan Intan ni kalau berjumpa memang menjadik-jadi perangai. Now dorang suka borak main guna bahasa isyarat. Dah la kekadang takde kena mengena pon dengan ayat. Asyik-asyik kang naik middle finger lepas tu zapin. Bongok la. I sampai meleleh air mata tahan gelak. Dulu GF pon kalau tengok berita, dia jadik tukang bahasa isyarat. Yang tu lagi sorang perangai. Kalau kapal terbang dia buat macam burung kibar sayap lepas tu  jadi gerak-gerak lalu atas dahi. I agak dah penyakit sewel kelakar ni memang keturunan. Sebab dia turun menurun dari Mak jatuh ke Kaklong. Dulu Ain masa ikut pergi Langkawi sampai ketawa tak keluar suara la. Badan je gerak. Baru dia tau macam mana berkumpul dengan Bini and anak-anak Sulatin. Hahahaha. Anyway harini nak cerita beberapa minggu lepas I, Kaklong and Intan makan dekat B.bap Korean Bistro dekat Avenue K. Kaklong la rindu nak makan Korean Foods. I tak berapa rindu sebab time tu kerap jugak makan dekat Kyochon. Lagipon sebenarnya yang dekat Korea lagi sedap la compare dekat Malaysia tapi tu la kalau nak pergi kena naik kapalterbang. I masalah sikit naik flight ni. Takot giler. Haih. Kalau macam ni punya masalah berlarutan I agak memang forever duduk Malaysia je la. Takyah gi mana-mana. London Paris apatah lagi. Direct flight pon lama, transit pon lama. Aje mampos. Time beli tiket kapalterbang pon tangan I dah sejuk. Macam mana la eh orang yang selalu travel ni? Apa dia rasa eh naik kapalterbang selalu? Pening kepala I fikir.



Cecece sekarang dah pandai buat Flatlay. Jarang menjadi tapi yang ni I kasik markah I 95% la. Sendiri kasik markah pon boleh. Haha. Yang Nasik tu Kaklong order. Kimchi Seafood Bokem Bap. RM21.00



Korang kan, kalau tingin nak makan Maggie Korea, nak feel dia kena makan dalam kuali tembaga tu. Dekat Korea ada jual banyak. Makan dengan chopstick lepas tu mee dia letak atas penutup baru Korea!! Kalau makan dalam mangkok takde feel. Beli je dekat any Korean Mart. Carik yang halal. Satu pack baru RM5-6 macam tu. Kalau dekat Korean Restaurant.  semangkok dah jadik RM20++ tau? Padahal dalam dia sama je dengan yang pack punya cuma dia tambah telur, carrots dengan telur. Lepas tu letak Kimchi daaaaaaaaaaaaaaaaah jadik puluh-puluh. Rugi! Rasa semua sama.


Macam yang ni Intan makan. Kimchi Ramyeon Seafood. RM22.00
Ada ke seafood dalam dia Intan?


I order yang ni. Nama beliau ialah Yam Nyeom Chicken. RM22.00 dapat 6 ketul. Rasa dekat Kyochon waaaaaaaaaaaaaaaaaaay sedap. 


Tapi kalau tak pernah makan Kyochon, yang ni pon sedap je padahal. Manis-manis pedas. Alah sayang rindu pulak.


Kata Intan ‘Bak sini Sambal Air Mata tu Kaklong’. Sesuka hati dia.


Ni la Badut dua orang. Bab berangan, bab citer P Ramlee punya dialog nombol 1. Si Dyba kalau Kaklong and Intan start bukak cialog P Ramlee dia dah stressed.


Cecece. Nak jugak dia.

Tudung I pakai tu dari anak buah I. @be_anggunscarves. RM25.00 sahaja sehelai. Jenis dull satin. Nak satin pon boleh. Now dia ada ready stock, cuba korang usha dalam IG dia maybe ada kot? Boleh request nak warna apa. I pakai tu macam tak berapa kemas. Stressed pulak aku tengok dalam gambar ni. Kalau sesapa nak boleh WhatsApp/Call Atin terus dekat 019-7521817 ok? Sesapa yang teingin nak makan Korean Foods pulak boleh la try dekat B.bap Avenue K ni.

B.bap Korean Bistro
Avenue K
L1/19 & SAC-L1, Level 1
156 Ampang
50450 Kuala Lumpur

-eNd-

No comments: