Thursday, May 11, 2017

Resepi Petai Bercili

Assalamualaikum…


Perghhhh susah giler nak move on dengan Petai Bercili yang I masak semalam. Sebab sedap giler! Ni kalau Ain dengar ni berbulu je dia. Kata Ain, ‘Kaksu mana ada orang masak lepas tu dia cakap dia masak sedap’. Well, I have to prove to you that you are wrong. Sebab semalam masa tengok Nigella Bites dia asyikkk la cakap dia masak sedap. Dah le debab. Suka bukak peti ais memalam buta carik leftover foods yang boleh dimakan. Sebijik perangai Yatie. Si Nigella tu sama la macam Yatie. Masak cincai je. Potong cili, potong bawang semua tak sama besar. Menyirap je tengok. Lepas tu tangan basah-basah perah limau tadi, dia tak lap terus bukak jar gula/garam. Tu kalau GF I nampak memang kena petir la. Tapi dia masak semua nampak sedap walaupon simple. Cuma I sakit mata dia punya tangan berlemuih. Hesh! Ok, back to cerita petai. Sapa tak suka makan petai pergi main jauh-jauh. Hahaha. Sazli semalam request nak makan Sambal Petai tapi kering-kering je. Taknak kuah. Naseb baik la dekat kedai Usop (Area rumah Mak Azizah) ada jual. 3 papan RM9.00 ok? Bapak la mahal hoi petai dekat Keyel ni. Dah la kecik-kecik je mata dia. Semalam pulak lepas beli terus masak so tak sempat nak rendam. Petai kalau nak jadik gemok, rendam semalaman nanti dia akan membesar. Semangat la sikit nak masak. Bau dia pon time tu dah kurang la. Kira kalau kencing takde la haaaaaaaaaaaau sangat. Hahaha. I follow Eina Azman dekat Instagram. Tengok dia ni kalau makan petai kusss semangat. Semua letak petai masak hatta meehoon, spaghetti pon dia belasah letak petai. Tu jamban mau kena sembur perfume baru tak haring bau dia. Haha. Dah jom tengok Petai Bercili I semalam yang taaaaak habes-habes keluar dekat FB Feeds. Kah kah kah. 


Petai Bercili. Nest time I nak masukkan petai last sekali dengan bawang besar and ikan bilis. Taknak garing-garing sangat. Nampak tak fresh petai dia.





Bahan-Bahan 
Petai
Ikan Bilis Goreng
Bawang Merah – dihiris
Bawang Putih  - dihiris
Cili Padi Hijau dan Merah – dihiris
2 sudu air asam jawa
Minyak untuk menumis
Garam dan Gula

Cara Membuatnya
Panaskan Minyak
Masukkan semua bahan yang dihiris
Masukkan air asam jawa, garam dan gula
Last sekali masukkan ikan bilis goreng, bawang besar dan petai


GF I pesan petai tu seeloknya belah dua untuk tengok dalam dia ada ulat ke tak. Better macam tu. If nak petai tu besar, macam I cakap tadi tu korang kena rendam dalam air. Lagi lama dia akan jadik lebih kembang sebab serap air kan? Nak buat sambal blend pon ok tapi Sazli jenis suka makan kering-kering macam ni. Dia jenis tak suka makan berkuah sangat. Sazli request nanti bulan puasa nak makan sambal petai and ulam hari-hari. Dah mana nak carik petai? Sapa yang duduk KL tau mana nak carik stock petai yanh hensem-hensem and murah kasik tau eh? I nak borong. Kalau boleh yang siap kopek la. Sebab nak kopek petai ni boleh tahan la becinta. Yang semalam ni I masak dekat rumah Mak Azizah. Buat Masak Lemak Telur campur Suhun dengan I rebus Bendi. Sedap pulak makan buat ulam. Walaupon rebus je. Lepas tu ada leftover Sambal Tahun dengan buat Cli Bawang Kicang favorite Sazli buat makan dengan ulam. Semalam ikut hati memang makan bertambah la tapi ku tahan Jebat. Tak boleh makan ikut hati nanti gemok. Umur dah nak masuk warga emas ni metabolism makin low. Nanti nak burn fat susah. So makan sedap macam mana pon kena berpada ye? (Pesanan ikhlas untuk suami tersayang hehe)


Masak Lemak Telur. Tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis. Masukkan dalam santan. Bring to boil. Masukkan telur, suhun and tauhu kering (rendam dulu) and perasakan dengan gula dan garam.


Bendi muda tu rebus. Sedap! Buat ulam. Semalam dekat kedai Usop ada selom and pegaga. Selera makan kalau ada ulam-ulam ni.


Simple je lauk tapi InsyaAllah makan bertambah. Haha.


Plate I. Tengok balik gambar ni dengan linangan air mata. Haha

-eNd-

4 comments:

Dyba Dbuh said...

kecur ailio...sambal tahun dlm kenangan haha

adda syuhada said...

sedapnyer...

Rosnizawati Zawawi said...

Sdpnya sambal petai tu. Mlm ni nk msk jugakla

chibimoruku said...

petai nk best pergi chow kit, ada satu lorong dekat kedai yg sate minang tu, OMG petai byk gila tapi tak kopek lg la, i yg tak makan pun suka tgk, tp malam je ada kot

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...