Wednesday, May 31, 2017

Resepi Nasi Goreng Tomyam dan Bihun Goreng Kangkung By Siti Nohaliza

Assalamualaikum..

Kemain Siti Nohaliza hari-hari up post masak dalam IG dia. Baru 5 hari puasa boleh laaaaaa. Kita tengok sampai bila bertahan nak masak. Hahahaha. Harini dah blur tak tau nak makan apa. Tapi I kalau bulan puasa suka makan ikan bilis. Nampak tak Allah tu atur macam mana? Time bulan puasa nak makan ikan bilis je. Kalau tak, poyo la asyik nak Salmon Sashimi. Pui! Kata MIL I. Bila bulan puasa, dia kena beli Ikan Bilis siap kopek 2 kilo untuk I makan sorang. Hahaha. Dah tu demand pulak, ‘Mak, Su nak ikan bilis yang mahal ajer tau?’ Gigih la Mak and Bapak mencari Ikan Bilis yang macam I nak. Tapi harini macam ada teringin nak buat Sambal Tumis Sotong. Teringin tu pulak baru 55% je takde teringin mana. Tapi sedapnyaaaaaaa kalau dapat makan. Haritu ada lagi balance cili blend yang masak Bihun Goreng. Tengok petang ni macam mana. Kalau ada Sotong Segar dekat Kedai Usop boleh la buat Sambal Tumis Sotong. Kalau takde, bukak puasa makan Cucur Sayur favorite Si Sazli je la. Dia hari-hari mesti nak makan Murtabak and Cucur Sayur. Cicah dengan Plum Sauce + Sambal Kicap Botol. Sedap! Macam I, biasanya nak makan yang simple je and yang nak ikut citarasa tekak sendiri. Dah kalau nak ikut citarasa tekak sendiri maknanya kena la masak sendiri, ye dak? Cuma sekarang ni macam takde selera sangatlah nak makan apapa. Ni ada beli Sambal Ikan Bilis dekat kawan Intan. Tengok sedap ke tak. Tapi hari-hari makan sambal pon tak berapa ok sebenarnya. Pagi pon now nak bersahur kunyah 20 kali pon rasa tak boleh telan. Sudahnya makan bersulam dengan air. Ishk, tak lalu nak makan ni macam fenomena luar biasa I je. Ikutkan makan ajer lah apapa pun janji kenyang kan? Tapi konsep I, if ada yang teringin nak makan baru la I berselera. Ok, meanwhile I merana nak fikir masak apa petang ni kita layan dulu Gambar and Video Tutorial Masakan I yang good-good ni.


Semalam masak Nasi Goreng Tomyam Bodoh



Kenapa nama beliau bodoh? Sebab Nasi Goreng Tomyam yang paaaaaaaaaaaaling simple. Patut kena letak serai, limau purut, halia, seafood semua tapi I buat simple je. Tumbuk Cili Padi, Bawang Merah and Bawang Putih. Lepas tu tumis and letak 2 sudu perencah tomyam. Dah tu masukkan nasi sejuk mix mix well and last sekali masukkan scramble egg and kangkung. Perasakan dengan garam and gula. Siap! Simple je. Petua nak sedap senang je. Masak Nasi Goreng mesti mau guna nasi sejuk. Kalau guna nasi panas memang tak sedap sebab benyek. I pesan dekat Mak semalam suruh dia masak nasik pukul 8.00am gelak jer dia. Hahahahaha. Ikut tekak I nak buat pedas mencret kalau boleh biar keluar buasir bunga tapi sebab Mak and Bapak pon nak makan sama so kena bertenang la sikit letak cili padi. Hahahahaha.


Yang ni pulak Bihun Goreng Kangkung


I teringat Bihun Goreng Kangkung singget satu bungkus dalam plastic yang ada jual dekat tepi Padang Bola Setiawangsa tu. I suka sebab dia ada rasa smokey and memang kena dengan tekak I. Sukaaaaaaaaaaaa sangat. So kelmarin buat la Bihun Goreng Kangkung. Kurang merah sebab beria letak kicap. Next time kena kurangkan kicap. Bapak cakap jangan masin sangat so ikutlah Bapak cakap. Kang sian pulak dia tak boleh nak makan. Bagi I if letak garam lagi sikit baru ok. Tapi sebab I makan dengan kicap and cili potong so ok la. I masak macam biasa je. Nothing special. Memula tumis bawang merah, bawang putih lepas tu letak cili blend. Tunggu sampai sambal masak. Masukkan Ikan Bilis tumbuk-tumbuk manja. Lepas tu masukkan sos tiram, kicap manis, sos cili and sos tomato mesti mau lebih. Lebih sedap kalau masak mee extra sos tomato. Perasakan dengan garam and gula sikit lepas tu masukkan bihun yang dah direndam. If mee keras, masukkan la extra air. Last sekali lepas tutup api baru masukkan taugeh and kangkung. Siap! Haritu I teringin makan Bihun yang letak Ikan Bilis je. Taknak ayam semua. So amacam, ada yang terliur tak? Kalau ada, sila cari kangkung S E K A R A N G G G G G !!! Selamat Memasak!


-eNd-

1 comment:

adda syuhada said...

Sedapnya.. sedapnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...