Friday, June 9, 2017

Buka Puasa Makan Sedap Di 9Kedondong Harini for RM45/nett. Less RM10.00!

Assalamualaikum..

Korang harini plan nak berbuka puasa dekat mana? Kalau takde plan lagi, boleh la bukak puasa dekat 9Kedondong sebab untuk hari ini sahaja, 9KEDONDONG BAGI LESS RM10.00 UNTUK RAMADHAN BUFFET MEREKA. NORMAL PRICE IS RM55.00 NETT/PERSON TAPI HARINI HARGA CUMA RM45.00 SAHAJA. If korang nak, boleh call mereka untuk buat tempahan ASAP. Untuk booking call terus ke 016-8868311 ok? Jangan lambat sebab tak banyak slot yang tinggal. Makanan dekat sini memang semua pon sedap-sedap and sesuai la untuk yang suka makan masakan melayu sebab dekat sini dihidangkan dengan CITARASA KAMPUNG. Yang paling popular and ada hari-hari semestilah Siput Sedut Masak Lemak Cili Api. I suka jugak dia punya Sambal Udang, Kambing Bakar. Perrrrghhhhh!! Semua lauk pauk citarasa kampung ni kena la dengan tekak I and memang semuanya sedap. Rugi kalau korang tak pergi lagipon harini ada discount. Dia punya Nasi Kerabu pon sedap. Goreng pisang, cucur ikan bilis and cekodok pisang made before your eyes ok? Makan panas-panas dia punya nikmat, perrrghhh!! Jangan lupa ambik cucur ikan bilis cicah dengan mana-mana gulai. Nak cicah dengan Sambal Udang pon layan jugak bro. Eh, aku taip aku pulak yang menyirap rasa dihati. Apehal???? Gerai pon ada banyak selain dari makanan utama. Pilih la mana nak. Air panas, air sejuk, pelbagai dessert yang semua pon sedap alahai, rugi rugi rugi kalau tak pergi. I kalau review makan memang ikhlas dihati. If I cakap sedap and berbaloi korang kena try. Tak caya boleh tulis dekat dada. Alip lam lam ha. Haaaaaa. Jom tengok diantara makanan yang ada dekat 9Kedondong. Harap jangan la yang ada menjilat screen. Hehe.


 Sambal Udang. Kekadang ada petai, kekadang takde. Tapi ada atau takde memang dedua sedap. Jangan lupa makan dengan cucur bilis panas-panas ok? **menyirap je….



 Siput Sedut Masak Lemak Cili Api. Kuah pekat bukan macam sesetengah restaurant. Tengok pon dah tau sedap. Terliur leteeewwwwww
 Ni Mee goreng kering macam ni memang I punya favorite. Sedap!
 Makanan orang jawa ni. Sambal Goreng. Ada tempe, tauhu, suhun, tauhu kering semua. Sapa pernah makan?
 Very the healthy one. Simple je. Sayur Goreng takde kicap, takde sos takde apa. Plain sahaja. Sesuai untuk sesapa yang eat clean tapi gamak ke nak makan tumbuh-tumbuhan ajer? Hahah.
 Lala pon ada. Susah nak dapat ni.
 Gulai pon ada. Kuah pekat macam ni I suka. Ambik Cucur Ikan Bilis buah cicah kuah kari + sambal belacan samadengan pengsan
  
Masak Kurma Ayam untuk yang perut manja tak tahan pedas

 Kari Ayam u’olls. Ni betul punya kari ni


Ayam Bakar!
 Kambeng Bakar pon sodap.

Sebelum continue gambar makanan, I nak bagitau 9Kedondong juga menyediakan tempat solat lelaki dan wanita berasingan. Lepas tu siap ada trawikh so tak payah kelam kabut nak balik untuk solat trawikh berjemaah sebab dekat sini pon ada. Sangat convenience untuk yang ada anak-anak kecik dan jugak selamat sebab dekat sini gated area. Pulak tu senang nak parking and bila makan tu memang rasa best sebab sini dia punya deco ala-ala kampung so bila makan tu dia punya feel lain la. Damai je rasa. Kawasan pun luas dan selesa. I suka dekat sini sebab Shein boleh main lari-lari dengan gembira and I tau dia selamat. Yang tak selamat kalau main terajang-terajang atas stage. Tu jer. Yang tu kalau cedera sendiri la tanggung…. Ok?


Gerai Bersusun. Dekat sini ada buah/rojak, air panas, makanan goreng and pelbagai nasi dan mee. Semua ada disini, mak pak je takde. Hahaha.
 Laksa Johor dekat sini memangn thorbaik!
 Murtabak and roti john


Apeni Cream Caramel sedulang? Huwaaaaaaaaa


Macam ni la suasana dalam 9Kedondong. Meriah je.. 


Ni last week tak silap masa 9Kedondong buat majlis berbuka puasa dengan anak-anak yatim. Semoga murah rezeki. Amin…. Macam ni la bagus, betul meraikan anak yatim. Bukan meraikan VVIP lepas tu bebudak kasik makan last-last duduk pulak dekat lantai kena tunggu VVIP datang. Double Standard sangat.  


Amboih. Betul macam raya dah ni. Siap berbaju melayu. Tinggal pakai samping je lepas tu ‘Butang Baju Melayu Aku Mana Pah?’

Amcam jatuh chenta tak dengan makanan yang ada dan suasana dekat 9Kedondong? Kalau jawapannya YA jangan tunggu lagi, terus book NOW NOW NOW. Jangan lambat ok? Offer ni pon ada untuk harini sahaja. Lepas ni tak janji ada lagi. InsyaAllah korang akan suka. Makan sedap, tempat selesa, solat trawikh ada, parking senang. Semua pon convenient and ada pulak LESS harini. So boleh la book and datang ramai-ramai ok? Mana yang baca ni, silalah panjangkan 9KEDONDONG RAMADHAN BUFFER PROMOTION ni kepada sahabat handai, jiran tetangga, sanak saudara dan ketua kampung masing-masing. Jom meriahkan lagi Majlis Berbuka Puasa di 9Kedondong. Selamat Berpuasa!

Call : 016-8868311

-eNd-

1 comment:

Mommy Cici said...

not bad harga dia murah jugak. tempat lain semua 98++

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...