STICKY POST
*Please scroll down for new entry*
Assalamualaikum.
I terfikir nak carik apartment
baru yang selesa luar dari KL untuk buat investment. Kalau boleh nak dekat area
Nilai sebab Nilai pon tak jauh sangat dari KL. Tak sampai 50km pon. Sekarang
pulak Nilai memang tengah membangun. Tak lama lagi dekat Nilai nak bukak AEON.
Kalau ada AEON ni bagi I memang gempak la sebab situ ada tempat makan, tempat
shopping, movie semua ada lah! Kalau beli property dekat sana ni mesti
lama-lama harga akan naik lebih tinggi. Dekat Nilai pon ada Kolej-kolej, Kawasan
Perindustrian semua. KTM pon ada. So bagi I Nilai memang diantara tempat yang
strategic la untuk beli rumah samaada nak buat investment ataupon nak tinggal
bagi yang kerja dekat KL area. Paham-paham ajer la harga rumah dekat KL
sekarang macam mana kan? Seram! Carik punya cari, I terjumpa satu projek
apartment baru dekat Nilai bernama Citra Embun by Seri Pajam Development. Nak carik rumah kena tengok
developer jugak. Macam Seri Pajam Development ni sapa yang duduk area Pajam,
Sepang, Seremban, Nilai, Senawang and Bahau memang la tau sebab dorang banyak
dah buat projek best-best dekat sana dari single storey terrace sampai la
bungalow semua ada. So kita tau Seri Pajam Development ni memang Property Developer yang bagus dan dipercayai. If nak
beli rumah, better pergi show unit so that kita dapat imagine macam mana
bentuk/keluasan rumah tu nanti. I pon ada tengok Citra Embun Show Unit and
terus jatuh hati! Untuk Citra Embun ni ada 3 type. Yang I tengok haritu Type B.
Keluasan dia ialah 1,038sqft. 3 bedrooms, 2 bathrooms. Jom tengok!
Hall dia. I suka
sebab luas and dekat dengan balkoni.
One thing I suka design ni
sebab paling utama, masuk-masuk tak nampak dapur. Ada kan apartment yang masuk
je, terus nampak dapur? Yang tu memamg I tak berkenan. Lepas tu dari hall dia
pon takde nampak dapur direct so nanti kalau ada sedara-mara atau kawan-kawan
yang nak datang, kita pulak tengah memasak takde la feel awkward sangat kan?
Bilik Utama and Second room pon tak boleh nampak dari hall. So, bagi I kalau
macam tu lebih privacy la. Tengok rumah contoh Citra Embun Type B ni dengan
susun atur perabut I dapat dah idea macam mana nak cantikkan apartment ni
nanti. Ishk. Tak sabarnya nak deco-deco! Dah jom sambung tengok gambar lain.
Ni dekat hall. Let
say kita letak kerusi belah sana, tepi dinding ni letak TV. Either one. Mana-mana
pon ok.
Ni I ambik gambar
dari hall. Tu yang pintu terbukak is 3rd room, and dapur pon takde
nampak direct sebab dekat depan sana ada dining area. Best kan?
Ni Balkoni tepi hall.
Boleh buat hanging garden macam ni.
Yang ni pulak idea
for dining area. Siapa kata apartment tak boleh buat mini bar? Boleh je.
Set kerusi ni dari
pintu masuk sebelum ke hall. Still got space. Eh, I suka la design Type B ni.
Dia menampakkan rumah ni luas walaupon keluasan cuma 1,038sqft je.
Jom tengok dia punya Master Bedroom pulak.
Second Bedroom.
Luas jugak second
Bedroom ni.
Yang ni pulak 3rd
Bedroom. Sesuai untuk buat bilik anak-anak. Kalau kena dengan furniture also
boleh nampak luas jugak.
View dari 3rd
Bedroom.
Boleh buat Wet
Kitchen atau Laundry Area.
Citra Embun ni ada 3 Type
Apartment yang selling fast. Ada block yang dah sold out dah pon. Orang suka la
sebab kawasan dia luas, Gated and Guarded. 4 concept Parks and Recreation Area
dia sahaja seluas 80,000 sqft tau? Ada Dewan and playground as well. I found
susah ye nak carik apartment yang ada facilities macam ni siap recreation area
lagi. Type A berkeluasan 1,254 sqft. Type B yang I share ni berkeluasan 1,038
sqft and Type C pulak berkeluasan 956sqft. Semua pon 3 Bedrooms 2 Bathrooms.
Most important Citra Embun is Freehold Srata. Citra Embun ni terletak
hanya 1km sahaja kalau nak masuk ke Lekas Highway Nilai/Pajam. Kalau nak keluar
ke Lebuhraya Utara Selatan hanya 8km (Nilai Tol). Nak ke KLIA 24km, Kuala
Lumpur 50km, KTM Batang Benar 2km, Putrajaya 34km and Cyberjaya 46km.
Kolej-kolej yang ada disekitar Citra Embun is Kolej Lagenda, INTI International
University, Kolej Tuanku Jaafar. USIM dan Nilai University College. Haritu saja
la I jalan-jalan nak tengok apa yang ada sekitar Citra Embun ni.
Universiti Sains Islam Malaysia
(USIM)
Inti International
University. Jarak dia dalam 13km dari Citra Embun.
Dataran Nilai
KTM Batang Benar
Located only 2km dari
Citra Embun. Kalau taknak drive ke
KL, naik KTM jer la.
Tempat makan best
dekat sini is Restoran Semangkuk Nasi Kukus.
Alahai sedapnyalah
lauk-lauk dekat sini.
Lepas dah buat tour dekat Nilai
ni, I rasa happy sebab I know Citra Embun ialah pilihan yang terbaik untuk I
tambah rumah for investment. Easy access nak ke mana-mana, dekat dengan highway, banyak facilities. Soon
akan ada AEON and now pon ada Tesco. Seri Pajam Development sekarang ada Easy
Payment Plan – kalua ada Hong Leong Bank kredit kad boleh dapat 0% interest
sehingga 36 bulan untuk bayar down payment. Best kan untuk ringankan financial
beban. Booking fees pulak hanya RM1,000 and let say loan tak lepas, dorang akan
refund duit. Kekadang ada je developer yang burn booking fees. Harga daripada
RM288,900 sahaja. MURAH SANGAT WEI! Percayalah bahawa Citra Embun ni memang
memberi sinar harapan kepada ramai ramai yang nak memiliki rumah sendiri. Kan?
Untuk more info pasal Citra Embun korang boleh tengok dekat www.seripajam.com.my Kalau korang nak puas hati,
pergi la tengok sendiri show unit dekat Citra Embun Show Unit yang dibuka
setiap hari. Pergi je la bebila pon yang korang nak.
Ni lah tempat gallery Citra Embun. Kenal tak iklan tu,
korang yang lalu dekat plus highway pasti kenal pink billboard ni!
-eNd-
9 comments:
Serius best betul rumah ni. Kalaulah ni rumahku.. heaven nya
not bad lah rumah nie =)
cantiknya rumah ni...
boleh tahan harap kehidupan membayarnya boleh tahan jgk hehe
kalau beli, berjiran lah kita nanti yer. heeeee
jangan beli rumah seri pajam. sentiasa masalah bocor hujan .sistem binaan guna dinding konkrit pasang siap. tempat celah joint tu x ditutup betul. maka bocor 3-4x setahun. rosaklah siling, lampu2 terbakar, dinding lembap dan sebagainya. sakit mata memandang. baru duduk 2 tahun++ dah 5-6kali bocor tempat sama walaupun dibaiki. sudah habis DLP - luahan pembeli seri pajam teres 2 tingkat Nusa Intan -
Betul ke tak ok?
btul....kualiti terok
setuju kualiti terlebih terok
Post a Comment