Rasanya harini masih ramai lagi yang kerja (macam Ain). Jalan pagi tadi pon jam je macam biasa. Ingatkan lengang dah kot orang dah balik kampung semua, sekali sama je nak lepas satu traffic light sampai tiga kali lampu merah baru jumpa hijau. Tadi pagi masa topup Touch Ngo kat Shell akak tu pesan nanti nak jalan raya jangan lupa topup siap-siap ye, sebab kaunter plus untuk tambah nilai tutup. Ain balas dengan senyuman je, sebab pagi-pagi takde mood nak beramah mesra. Sepatutnya jawab ok terima kasih. Tapi dah lepas takpelah, lain kali je ucap terima kasih. Akak tu pon elok je bekerja sambil makan chewing gum -_____- . So korang yang banyak guna highway time raya nanti tolonglah jangan lupa topup siap-siap ok? Jangan jadik pengguna yang susahkan orang lain and tambah jam bila raya sebab masa nak touch tetiba baki tak mencukupi. Tak kelakar pon. Mengundang maki lagi ada. Sekandang hon korang dapat nanti.
Tetiba gambar samyang. Hahaha. Ni lighting terlebih kot. Actual kaler dia lagi merah. Kalau ain makan samyang suka macam ni. Telur mata kena ada untuk bagi balance rasa pedas dia tu. Kalau makan kosong je rasa macam sambil makan sambil nak terajang orang.
Tadi borak-borak pasal maggi dengan kaksu. Dahla tak sahur elok pulak borak pasal maggi. Ain argue sebab patutnya maggi mestilah perisa kari sahaja. tak perlu perisa lain macam asam laksa, tomyam etc. Barulah kita jadik mudah. Lepastu dia cakap Ain tak pandai appreciate rasa bla bla bla. Lepastu kan, cakap pasal maggi ni, tingat samyang pedas tu hah, bila pikir balik amenda yang sedap sangat ntah, still maggi + pedas. Tapi dia punya viral kemain siap dengan challenge. Daaaaah semua pakat nak lawan siapa makan habis. Nak kata special sangat takde pon, texture dia punya ramen tu lain la sikit dengan maggi jenama maggi tu, tapi if makan kosong macamtu takde lah sedap mana, but maybe kuasa marketing and viral kemain laku. harga pon mahal. Orang pon amek la kesempatan jual online mark up harga. Dekat lelong.my pon ada jual kalau tak silap. Kalau orang tanya, kau beli apa kat lelong? beli kereta. Engkau beli apa pulak? aku beli maggi. hahaha.
Cakap pasal maggi samyang ni teringat pulak pasal ayam goreng Mcd. Kalau cakap pasal makanan ni dia manjang lah teringat. Mudah sangat bersangkut paut. Ni semua salah Suraya Sulatin. Ok balik pada ayam goreng Mcd, Tu pon dia punya marketing level kemain. Iklan memang mengundang padahal ayam goreng dia memang dah lama pon ada. Cumanya Mcd ni orang kenal dengan Burger or macam GCB tu. So ayam ni kureng. Sebab orang nak makan ayam pergi KFC. Tapi sekali dia promote terus semua menggelupur nak makan macamkan tu menu baru. Dahla lepas promote harga pon naik. Kah kah kah. Tingat lagi masa mula-mula last few month yang iklan ayam goreng Mcd ni tengah rancak, bila pergi Mcd manjang habis. Gitu sekali penangan dia.
Sedap + marketing Mcd memang berjaya! sedap pulak aku tengok engkau ni. Dapat bahagian dada panas-panas pastu juicy. perghhhhh
Malam tadi kaksu dah pesan mintak tolong update blog. Lepastu kita buat senyap pagi tadi dia bagitau lagi. Lepastu sebab dia busy mengemas ingatkan dia dah lupa tapi rupanya tak. Masa dia call dia tanya jugak 'dah update blog ke belum?' hahaha. Mintak maaf boss, kerja banyak. Lepastu time rehat 2 jam setengah mestilah kena tidur. Tu wajib. Hehe. Dia call pon bebel sebab pening nak packing. Rasa nak bawak satu almari balik kampung. Tu nasib baik cuti seminggu, kot cuti sebulan takut-takut shein punya beg je dah lapan. Ain cakap tak paham kenapa jadik complicated semua. Ain kalau pegi memana or travel takde pulak masalah macam tu terus dia kata ain abnormal. hahaha kwahaja.
So kepada semua readers chooyaya, diucapkan selamat semuanya. Selamat balik kampung. Selamat berbuka. Selamat makan sedap-sedap. Selamat Bershopping and paling penting Selamat Hari Rayaaaaaaaaaa. If sepanjang Ain tulis ada silap ke apa or buat orang terasa indirectly mintak maaf eh? Nanti hari raya dah pakai cantik-cantik, hensem-hensem, jangan bawak kereta macam musibat ok? Berhati-hati di jalan raya. Nak pecut laju-laju pon nak pergi mana? Tak lari pon ketupat dengan kuih raya. Safety first!
Bye.
Ain :)
1 comment:
Iklan ayam pedas McD tu memang menjadi. I must say, I insisted on buying those juicy chicken but ditahan oleh husband because we already have had enough. Orang tua kata, "Orang tamak selalu rugi". Gittew.
http://panphila.blogspot.my
Post a Comment