Monday, July 3, 2017

Selamat Hari Raya 2017 - Part 1

Assalamualaikum

SELAMAT HARI RAYA! Al-hamdulillah selamat dah kita semua kembali ke habibat asal ye memasing? Ada orang yang harini masih bercuti, kemain sambung cuti punya lama. Ada yang Khamis dah masuk kerja (Intan). Ada yang dah put on weight lepas tu gelabah nak puasa enam harini (Sazli) and ada yang menten berat badan ehem-ehem. Korang raya tahun ni macam mana? Banyak tak collect duit raya memasing? I kan, tiap kali bagi duit raya dekat kanak-kanak mesti pesan dekat emak memasing. ‘Duit raya masuk bank tau? Mulakan dari awal. Nanti tetau banyak je duit dalam bank’. Sebab Shein, memang dari dia kecik sampai la sekarang dah 5 kali beliau menyambut hari raya, memang Sazli masukkan semua dalam bank. Now cukup dah nak beli Chanel Boy sebijik. Tapi ku tahan Jebat. Hahahaha. Shein tu kalau orang bagi dia duit kekadang dia bagi balik, kekadang dia bagi Abah siap pesan ‘Ni Shein ni…’ (Dia punya duhet) and kekadang dia buat bunga rampai lambung dengan gembira. Mana tau appreciate. Shein, kalau tak tau appreciate meh emak kau tolong ‘simpankan’. HAHAHAHAHA. I semalam baru sampai rumah sendiri balik. Jem sekejap otak sebab dari Jumaat duduk rumah luas dari rumah Bapak ke kampung ke rumah Bapak balik lepas tu semalam balik rumah sendiri rasa keciknyaaaa. Shein dah tak boleh lari-lari dah. Haha. Tapi yang paling bagus ialah I dah siap lipat kain yang segunung Kinabalu tu. Woo hooooooo!!! Packing kain baju macamkan nak holiday 2 minggu mana tak becinta nak menyusun balik. 


Macam biasa, pagi raya kita dekat rumah Bapak la. Shein takde songkok pon sebab dia jenis pakai songkok 3 saat je. Susah!



Kitorang macam biasa lah, routine tetiap tahun memang macam ni. 2 hari sebelum raya ‘Balik Kampung Bapak’ dekat Seri Tanjung Ampang. Perjalanan memakan masa kurang dari 5 minutes. Al-hamdulillah takde jem, takde polis and takde kena saman. Hahahahahha. Sehari sebelum raya, Mak cakap nak makan Burito’s so anakanda pon menunaikan lah impian Mak. Kitorang jenis rock and roll. Takder der nak masak rendang bagai. Burito’s sudey. Bapak beli daging untuk buat daging bakar. Sazli nak makan malam nanti masa layan Shein main bunga api. Petang sebelum raya, sempat jumpa Aliah Ongkaya nak ambik handbag raya I sebelum pergi ambik Gulai Daging, Kuah Kacang and Ketupat Pulut dekat rumah Tok Che Amah dekat Teratai. Malam tu sesambil layan Shein main bunga api, kitorang makan daging bakar cicah air asam pedas yang I buat. Pedas level nak penerajang je sesapa lalu depan mata. Lepas tu Along ada datang, nak makan Burito’s, tak tahan dia nampak I share dalam Group. Hahahaha. Along pon raya KL dulu. Raya pertama baru balik Jengka rumah Atok. Nanti entry sebelum hari raya, I update later ok?


SUSAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAHNYA nak ambik gambar dengan Shein tahun ni. Dia bedal taknak ambik gambar. I sikit lagi nak nanges. Dah almost give up. Tapi kata Bapak, bagi Shein time. Jangan paksa, jangan kejar. Nanti dia nak la tu. Lepas umpan eskrem dapat la snap. Ni yang terbaik dari 60 juta gambar lain yang goyang la, I tangkap dia la. E!


Selfie sekeping. Sazli double chin takpe yang penting Mama punya gambar Ok. Hahahahaha.

Dari rumah Bapak, lepas sessi ambik gambar and makan-makan kitorang ke rumah Tok Che Amah pulak. I pagi tu punya nervous nak mandikan Shein sebab dia ni kekadang susah wooo nak tolerate bila bab mandi. Nak mandi payah, dah siap mandi dah payah nak pakai baju pulak. Kusssssss semangat. Tapi cun la I punya time arrangement. Elok Bapak, Mak and Sazli balik Solat Sunat Aidilfitri, I dah siapkan Shein. Hensem dia pakai baju melayu. Kening dah la tobek. Taktau masa bila dia ambik shaver and cukur kening dia. Sazli la perasan. Dia cakap pelik nampak muka Shein. Belek punya belek, rupanya kening dah gondol sikit. Dah macam Abang Jebat dah rupa Si Shein. Dekat rumah Tok ada family Cik je. Paklang, Pak Njang dengan Pak Su semua turn raya rumah isteri. Dah mintak gambar dekat Safia, tapi sampai kesudah tak dapat. Hahahah.



Ok dah dapat! TQ Safia. Kebetulan sama pulak tema baju dengan Cik Sekeluarga.


Ni masa malam raya kedua, Bapak buat surprise dekat Mak for birthday dia. Ada family Cik and family Paklang datang (tak semua ada dalam gambar). Tetiba tengok ada Daler Yusuf sekali. Kemain hensem-hensem nak pergi mana tu? Yang baju merah tu Ezzaty cousin Sazli. Dia pelakon. Kawen dengan Azwan Kombos. Pelakon jugak.


Dalam 12.30pm kita gerak la ke Jengka. Slow movement sampai la lepas terowong. Lepas tu dah ok dah. I agak ramai la kot Chinese naik Genting, tu yang slow and banyak kereta tu. Nak marah dorang pon tak boleh sebab time CNY pon kita sama sebok nak ‘beraya’ jugak.


Shein sebelum terowong dah gone dah. Mama join selang 10 minutes. Sedar-sedar dah dekat Tol Chenor. Lepas tu sambung tido balik sampai la kat Bandar Pusat. Hehe.

Sampai Jengka lebih kurang dalam 3.45pm macam tu. Cuaca pon cantik ni. Semua orang dekat Jengka nampaknya bertahan pakai Baju Melayu and Baju Kurung sampai ke petang. Serious Jengka panas. Panas melekit punya. Baju kitorang pulak jenis kain tebal (Japanese cotton crepe ke menda entah), siap ada butterfly 3D memasing yang tak menahan tu. Kata Eddy, ‘Semeter RM100? Mahalnya? Kenapa mahal sangat? Boleh terbang eh?’ HAHAHAHA. Nak buat baju ni pon bukan senang eh? Puas memikir mana nak letak rama-rama ni ha. I hantar Kedai Pakistan kesayangan. Dekat sini kalau bagi baju dia boleh ikut sebijik-sebijik. Untuk buat baju I, I kena bagi dia 3 jenis baju contoh untuk jadikkan yang macam I pakai ni. Sehelai tiru lengan, sehelai tiru dari bahagian pinggang keatas and sehelai kain untuk tiru design kain sahaja. Upah RM120.00 SAHAJA. 
  

Tahun ni kita tema turquoise. Kain semua beli dekat Jakel. Mak dia ketua, tak boleh pakai warna baju sama (degil). Hahahaha.


Tu Kaseh dah besar dah. Darjah 5. Anak bongsu Kaklong. Seronok dia, dah tetua tetiba ada anak kecik, takde la sunyi sangat.


De dan anak-anak. Suami dia tak sampai lagi time ni. Besar dah Aiman tu. Dulu pendiam sangat. Now dah boleh la dengar suara. Kak Sha dah darjah enam. Amsyar sebaya Shein.


Budak Shein ni punyaaaaaaaaaaaaalah seksa nak ajak bergambar. Cuma dengan Amsyar je yang dia nak ambik gambar elok-elok. Memula pakai sandal, nampak Amsyar pakai kasut sebok nak pakai kasut jugak. 'Mama help helpppppppp'. Nampak hensem kan? Try cium. Bau udang!


Tengok la ni. Seksa ok? Sebok dia nak pergi dekat Amsyar. I tengok orang lain elok je gambar raya sekeluarga tapi main dengan Shein ni kussssssssssssssss semangat. 


Pengantin baru Eddy and Kakyang. Alang-alang dah raya 20 tahun sesama lepas ni jadik family terus. Setel. Hahahaha.


Perempuan Dewasa Sahaja. Mak ni petite je orangnya. Kitorang semua ikut Arwah Ayah la. Tinggi (naseb baik).


Best Friend Kaseh and Sasha. Dedua rambut raya siap.


Lelaki sahaja. Ambik gambar elok pulak susun dari rendah ke tinggi macam tangga.


Saja je up dua kali sebab Shein tu nampak menggeramkan.


Close up sikit Abah and Mama Shein. Baju I tu ada reben dekat belakang.  Rama-rama I letak hujung kaki kain je. Ada balance melambak lagi. Buat tukun.

Selesai ambik gambar seisi keluarga (mana yang ada) kitorang terus ke Sungai Tekam Getah rumah Si Eddy pulak. Makan Soto. Sedap! Sementelah perutku jua sedang kelaparan memang selera la makan. Kak Yong bawak keluar pulak Biskut Cornflakes memang ngadap sebalang makan sorang. Tak lama lepas tu Along sekeluarga pulak sampai. Si Atin genap 44 hari bersalin masa Raya Pertama so dah boleh la makan makanan yang sedap-sedap. AL-hamdulillah complete dah keluarga kami. Bila tengok Hari Raya meriah macam ni, terus berazam at least nak kena ada 3 orang anak sama macam GF. Kalau Arwah Kak Ngah ada, sure lagi meriah. Mesti anak dia pon 4-5 orang jugak. Orang jenis lurus ni biasa anak ramai. Haha. Ni kalau anak ada sorang, nanti raya mesti sunyi. Allahu sedihnya… memintak la umur I panjang and ada rezeki lebih beranak 3 orang. Taktau la sempat ke tak sebab dah tuweee. Mak dulu masa ngandungkan I umur dia 34 tahun kot? Kaklong ngandungkan Kaseh masa dia 39 tahun so sempat lagi ni. Haha.


The Sulatin's. Complete. Al-hamdulillah. SELAMAT HARI RAYA!

-eNd-

1 comment:

cikkyra blogspot said...

Haha. Bersabar sungguh mama Shein. Comel je Shein dengan bersamping. Selamat hari raya ya. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...