Thursday, June 22, 2017

Dyba, Intan, Anny, Raya and Friendship

Assalamualaikum..

Dah ada yang start cuti raya kan? (Jawapan : Kaklong). Dalam radio pon dah cakap yang traffic dah start heavy. Untuk yang balik kampung lalu tol jangan lupa top up TNG sesiap RM200.00 sebab untuk musim perayaan ni lane tambah nilai takde. Katanya untuk mengurangkan kesesakan. I wonder macam mana lah kalau tetiba 3 4 lane stuck sebab ada yang TNG Card tak boleh read atau ada yang lupa habes nak topup or tak cukup baki. Acane? Bukan makin sesak ke? Dalam seribu orang mesti ada sorang yang makngot lupa nak topap la apa la jenis selenga hahaha. Tu yang makin bertambah sesak nanti jalan. Kepada yang nak balik kampung harini (Kaklong) diucapkan semoga selamat sampai ke kampung halaman dan selamat berperang di dapur. Untunglaaaaa balik awal. I macam biasa raya KL dulu. Nanti Ahad tengahari (Raya Pertama) zaaaappp balik Jengka duduk la sampai raya Ke-6. Naseb baik dekat KL-Jengka so hari raya pertama tu dedua rumah dah boleh beraya. AL-hamdulillah. Bab Hari Raya ni kena la tolerate baru rumahtangga harmoni. Kepada para isteri yang sentiasa mahu beraya di rumah sendiri takde system giliran sebab suami jenis mengikut, kena ingat suami pon ada emak dan keluarga. Cuba bayangkan nanti kalau kita dah tetua anak lelaki semua ikut telunjuk isteri, raya takde gilir manjang dirumah isteri. Kita sebagai emak, sedih tak? Tipu la kalau kata tak sedih. Kena ingat ‘What you give you get back’. Trust me. Untuk suami pulak yang menggunakan kuasa mutlak ‘Tempat isteri disisi suami. Jangan jadik isteri derhaka’ so hari raya pertama tak pernah di rumah isteri, fikirlah perasaan isteri jugak. Bahagiakanlah Isteri yang lahirkan anak-anak untuk awak. Banyak dia sacrifice apa salahnya buat dia happy. Kan? Kena tolak ansur supaya semua orang happy. Ok? Okbye. Jom layan gambar pulak.



Melayankan si Dyba and Intan. Katanya sempena dapat ‘Duit Raya’ dari office, nak pakai baju putih and tudung Arzu. Ok boleeeeeeeh.



Macam tahun-tahun lepas al-hamdulillah sempena raya kita dapat RM500.00 and dapat half month gaji advance bonus. Rezeki. Walaupon ribut melanda dekat office sekarang ni tapi al-hamdulillah masih ada rezeki kami disini. Tq Boss! Semoga tradisi dapat duit raya dari majikan ke pekerja ni akan berterusan sampai bila-bila. Duit raya ni sebenarnya bukan wajib tapi saja lah kan nak bagi happy-happy. I ni kalau orang tak mintak duit raya, I happy nak bagi. Kalau jenis dah tua bangka nampak muka pon asyik tanya duit raya duit raya duit raya semak jugak. ‘Ko kan kaya? Mesti banyak duit. Hulur la sikit dekat sedara’. I jawab ‘Aminnnnn’. Tapi kena faham la jugak kalau konsep orang kaya duit semua kena bagi dekat orang, kalau macam tu Syed Mokhtar pon boleh bankrupt! Kena ajar anak-anak jangan biasakan mintak duit raya. Tak elok macam tu. Lepas tu jangan bukak sampul tu dan-dan tu jugak sebab kurang sopan. Simpan and bawak bersabar. Untuk Shein, takde masalah la pasal nak memintak duit raya ni 1)Sebab kitorang memang tak ajar 2)Sebab dia macam tak paham lagi. Orang kasik dia duit, dia kasik kita balik. Bagus! Hahahaha. Nak uweeeeet dengan desak-desak mintak duit raya ni lain konsep eh? Jangan terkeliru. Hahahaha.


Wahhhh semua orang gembira dapat duit raya!


I sedih sangat sebab dekat Petronas Ampang Jaya dah takde dah Biskut Cornflakes tu. Puas la mencari yang berkenan dihati tapi tak jumpa. Al-hamdulillah semalam dapat jugak yang sedap dari Fuzzylicious Cookies ni. RM15.00 sebekas. Sedap! Memang sangat sangat sedap! Crunchy je. Peeeerfect! Cuma semalam, tinggal sebekas ni je. MENYAM. Apeni salah sticker? Hahaha.


I memang teringin giler nak ke Jalan TAR. Dulu masa zaman bujang I tingat lagi, mesti ada satu hari yang I, Atin and Yati akan ke Jalan TAR untuk ambik feel raya. Memang seronok! Lepas tu Sazli pulak every Friday Night dia akan jalan-jalan dekat Jalan TAR and Jalan Masjid India dengan abang-abang apartment ni. Saja jalan-jalan and minum ABC dekat sana. Haritu Sazli beli songkok. Cantik jugak. Kata Sazli best and meriah tapi panas, bau ketiak, orang tolak menolak dekat certain point. So I macam teringin nak pergi. Dok postpone-postpone finally malam tadi dapat la deal dengan Anny. Konon nak bersahur sekali. Sazli pesan, ‘Mama jangan cantik-cantik. Tak payah mekap. Bawak sling bag yang ada zip, henpon simpan elok-elok. Pakai tracksuit and pakai kasut ok? Hati-hati’. Dia kasik I pergi. Yayyyyyy!! Tapi malam tadi Anny cakap takyah la Suraya. Kita lalu je lepas tu ko ambik gambar. Menyentan-nyentan I. Amenda ambik gambar je? Orang nak feel laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Kata Anny sana panas and bau ketiak. Hurm bau ketiak eh? Oklah takper. Kensel (walaupon hati tak berapa redha) hahaha. Padahal Sazli dah cakap ‘You dengan Anny and Ellis nak pergi Jalan TAR? Betul?’ HAHAHAHA dia pon macam tak percaya. 


Anny bawak LALU je dekat Jalan TAR. Kthanxbye.


Sudahnya lepak coffee dekat Bake O Cake. Naseb la tutup lambat sikit.


I makan Carrot Cake


Anny makan Nutella Cheese


Yamseeeeeeng! (Opah kau hahaha)

Keluar pukul 11.50pm, before 2.00am dah sampai rumah balik dah. Hahahaha. Konon cakap dekat Anny ‘Kita balik pukul 4 la eh?’ Gittew sembang kencang orang umur 30an. Padahal masuk kereta I dah menguap lapan juta kali. Kah kah kah. Masa dalam kereta kita dua ronda-ronda KL borak pasal issue orang yang jenis tak boleh nak berbaik and declare war forever and macam mana kita nak move on. Tapi takde stressed pon. Banyak gelak je. Kitorang ketawa je sebab fikir ‘Macam mana eh Suraya kita boleh terlepas keluar pagi buta macam ni. Apa lagi clubbing laaaaaaaaaaaaaaaa!’ HAHAHAHA. Sembang kencang. Padahal muka memasing sirap je dengan pakai tracksuit. Hahaha. Memula Anny ajak sahur dekat Melting Pot Concorde tapi I taknak sebab kat sana banyak ongtue. (Macamkan kita umur 20an) HAHAHAHA. Kita lalu dekat Bukit Bintang and tengok meriahnya KL waktu malam. I macam jakun lepas tu Anny tanya ‘Ko duduk Ampang ke mana ni Suraya? Ni KL ok? KL’. Yerlaaaaaa. Nak tanya orang duduk mana. Dia tu padahal asal Ipoh. Jangan nak eksyen sangat. Hahahaha.

Sebelum Anny gerak balik, kitorang sempat beraya dulu. Nanti lepas raya la baru dapat jumpa balik. ‘Selamat Hari Raya Suraya. Aku sayang engkau’. Sebelum air mataku mengalir dan egoku tercalar baik gua blah sekarang. Hahahaha. Selamat Hari Raya sahabat. Aku pon sayang engkau J


-eNd-

1 comment:

May said...

Nice experience..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...