Wednesday, June 21, 2017

Rock to Run Trip - Hard Rock Hotel

Assalamualaikum…

Jom throwback balik Trip Penang. Dari berhabuk dalam draf baik share harini. Mana laaaaaaaaaaaa tau ada yang nak holiday raya dekat Hard Rock ke kan? Jap I tengok dalam Agoda berapa rate dia sekarang. Untuk Deluxe Room rate exclude tax for 1 night is RM524.00 dapat breakfast. Hill view la tapinya. Agoda cakap less 41%. If book dekat hotel tak dapat la harga ni. Tu banyak less tu apa lagi? Pergi la weh. Hard Rock bagi I best. Hotel dia best, bilik dia best. Swimming pool besar and ada private beach. Breakfast dekat hotel pon best lepas tu boleh buat beach activity. Maksudnya kalau korang lepak sini and taknak jalan town pon ok. Kat hotel pon dah best. Malam boleh tengok live band. Malas makan kat luar boleh room service. Untuk Kids pulak ada Kids Club. Untuk emak-emak ada Salon and Spa, untuk Bapak-bapak ada Lounge boleh sapkok minum kopi. Teens Club pon ada. Nak makan ada 6 different café. Pilih je nak apa. Ada Hard Rock Café, ada Starz Diner, Pizzeria, Lounge, Sand bar dengan The Shack. InsyaAllah takkan jemu dengan makan. Bilik dia I sukaaaaaaaaaaaaa sebab katil besar. Yang I duduk haritu ada bathtub, tapi bilik John takde bathtub pulak. Maybe different type of room kot? Ada 9 jenis bilik. Dari Deluxe sampai la King Suite. Untuk detail pasal Hard Rock Hotel korang boleh tengok dekat sini ok? Kat sana ada banyak info macam accommodation, amenities, entertainment and more. Meanwhile jom tengok gambar yang I sempat snap ni. Takde banyak, tapi boleh laaaaaa. Aku bab makan je yang beria ambik gambar. Kah kah kah.


Ni before balik. Kitorang beli T-Shirt Hard Rock sorang satu. Yang sorang 1 tu Mama and Shein. Abah sorang 3. Eh ke 4? Hahahaha.



Ni Lounge dia. Sebab dia agak open, so jangan expect sini sejuk eh? Lounge ni berdepan dengan Swimming Pool. Kalau dahaga mintak je air. Haritu dia kasik laici + sirap kemain sedap. Lepas segelas, segelas I minum sampai bloated. Sapa suruh lambat bagi bilik? 


Wall dekat sini penuh dengan gambar-gambar rockstar and guitar. Memang datang sini terus feel rock la. Sapa jiwa Nasyid, tak berapa sesuai la datang sini. Haha.


Sini Concierge dia.


Rock Shop jangan lupa lupa singgah. Haritu masa kitorang datang for Rock to Run tu, dia offer RM200 3 helai T-Shirt. Kira murah la. Kalau normal price, sehelai dalam RM120+- macam tu. T-shirt biasa la yang dia offer. If T-Shirt lengan panjang takde offer. Usually setahun sekali dia buat time Rock to Run.


Haaaa boleh sewa basikal. Tapi sini area berbukit. Mau cirit nak bawak basikal keliling bukit unless kalau memang cyclist tu lain cerita.


Jom kita tengok bilik. Tu Marylyn Monroe kan? Ni nampak GF I bising la dia. ‘Apa letak gambar orang besar macam ni dalam bilik? Nanti Malaikat tak masuk’. Confirm! Katil dia best! Sejuk je blanket. Besar pulak tu. Luas kami 3 beranak berenang atas ni.


Ni ada kerusi untuk sesapa yang suka melayan perasaan dekat balkoni tetutup layan tengok pokok.


Shein time ni bau Udang, Kambeng, Gam semua cukup. Masam!


Sapa sudi, boleh la cium ketiak Shein. Hahahaha.


Ni dalam toilet. Kalau tarik mirror tu nampak potret. Kalau tutup dia jadik cermin and nampak la katil belah sana. Paham tak I explen ni macam mana? Paham bagus, tak paham sudah. Hahaha.


Katil sebelum dicemari dengan Shein. Menjerit-jerit I masa Shein latam tilam. I kenot laaaaaaaaaaaaaa. Haduh!


Ada bathtub macam ni pon Shein dah happy. Harap rumah sendiri nanti dapat la bathtub jugak. Best la berendam dengan hot water. Pasang lilin dengan essensial oils lepas tu baca novel ‘Hero Mr Cinderella’. Perrrrrghhhhh


I suka la sinki dengan pili air tu. Nampak unik and modern kan? 


Hi ni la cermin tadi kalau tarik, nampak Potret ni. Kalau tutup dia jadik cermin. Macam sliding door konsep dia. Tapi kalau jadik cermin dia jadik belubang and nampak la belah sana.


Ada shower cap, face towel, tissue, gelas plastic letak ubat gigi and berus gigi lepas tu dalam bakul tu ada toothbrush, sabun, shampoo, lotion, cotton bud and many more. I paling suka dia punya facial soap. Wangi, bau serai!


Meja ni Shein bersila je atas dia. Berangan tiru I mekap.


Wuuuuuu penuh segala mala condiment nak buat air sedap. Snacks tu kena bayar eh? Hari-hari dorang check. Shein main ambik je. Dia ingat FREE?


Ada bathrobe and iron jugak. Senang.

Overall I kasik 4.00 bintang. Sesuai la dengan harga dia. Nak compare dengan The Andaman, The Datai and Nexus Karambunai tak aci la kan? Tapi I lagi suka Andaman. HAHAHAHAHA. Tadi kata tak aci compare. I ni kalau pergi hotel best, tingat dekat anak. Nak pulak ada pasir, swimming pool memacam jenis macam dekat The Andaman tu. One day I nak ajak la Sazli and Shein pergi sana. Makan sedap, tingatkat suami. OMG I memang sweet giler la. Hahahaha. Boleh je puji diri sendiri. Eh, tapi betul la. Korang kan, sesekali kena bawak family rehat-rehat macam ni dekat hotel. Kalau takde geng, bawak family sendiri pon ok. Duduk hotel, lebih relax. Sesekali kena lari dari rumah. Bawak family holiday nanti ikatan tu lebih erat. Serious. Tak dapat jauh, dekat-dekat pon ok. Kat KL pon ada banyak hotel korang boleh lepak. Check in la 1 malam, bawak anak-anak mandi pool pon dah boleh relax. Book dengan Agoda, Booking or Hotel.com sebab harga akan dapat lebih murah. Ok?

Hard Rock Hotel
Jalan Batu Ferringhi, 11100 George Town,
Pulau Pinang, Malaysia

-eNd-

1 comment:

cart kartika said...

bestkan dapat spend masa bercuti dengan family.
ika singgah n follow sini dear ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...