Thursday, June 1, 2017

Gambar Udang Dan Selamat Puasa Keenam

Hi Assalamualaikum..

Selamat berpuasa semua oraaaaaaang! Ni Ain. Saja peramah bagitahu sebab nanti ada yang confius kenapa update by Ain. Harini Siti Nohaliza busy menyelamatkan dunia. Dia ada task kena settle and macam biasa korang terpaksa la baca entry daripada Ain. Kaksu kirim salam pada semua and dia pesan nanti makan berbuka sedap-sedap jangan lupakan dia. Ni nak masuk tengahari harap semua orang ok lagi. kalau petang maybe ada yang buat kerja dagu atas keyboard. Lepastu carik penyakit pergi tengok gambar/video makanan sedap-sedap. Lepastu telan ailio. Tu memang penyakit orang berpuasa. Kaksu mintak Ain update cerita pasal makan-makan. So ikut jelah sebab nak dilawan kang malas pulak dengar dia membebel. Level-level umur macam Siti Nohaliza tu hobi sampingan dia memang membebel. Tapi walaupun suka bebel dia baik. Dahlah baik, cantik pulak tu. pemurah lagi. Ni puji lebih-lebih ni harap-harap dapat la duit raya banyak. Hahaha. 

Udang goreng kunyit cecah sos untuk berbuka semalam. Kalau Ain, asal namanya udang semua sedap. Memang terbukak selera. Simple macam ni pon dah sedap. 



Telan ailio. Ni semua Ain masak sendiri. Saja bagitau. Tapi takde la peramah sampai nak kasik resepi macam tuan blog ni. kah kah kah. Gurau bossss! 
.
Siti Nohaliza korang tu kemain hari-hari masak update kat ig. Sebelum korang semua tengok kat ig memang ain orang pertama dia whatsapp gambar and kata sedap. Sebabtu masa ada sekali tu kaksu bagi Ain gambar kucing mengantuk (sebab Ain suka tido), tulis macam ni :

"Awak asal mana? Jawapan : Saya asal baring je pejam, asal pejam je tido". 

Haha kwahaja. Lantas Ain terus reply 

"Awak asal mana? Jawapan : Saya asal masak je cakap sedap, asal sedap je saya masak". 

Hahaha bengang je member, terus kena shadapyu!. Tapi nampak memang sedap la. Orang masak untuk berbuka ni pahala banyak. Dahla puasa, tambah lagi pahala bagi orang berpuasa makan. Lagi lah banyak pahala bila masak sampai cedera macam orang tu. Cedera sampai kedahi. Lepastu asyik bagi gambar mengadu sakit.. siaaaaan dia. Memula masa dia mengadu nak reply cakap 'nak call ambulans tak kaksu?' tapi delete balik sebab tak sampai hati nak sakat dia. Orang sakit ni sensitif. Nak pulak yang sakit tu nama Suraya Sulatin. Hahahaha. Boleh baca entry ni untuk tau kisah orang cedera sebab masak telur. So Ain salute semua mak mak sebab gigih masak untuk berbuka. Tambah pulak yang bekerja.
.

Ni lah gambar kucing tu. Hahaha.
.



Pesanan khidmat masyarakat. 


Untuk Ain and family bila bulan puasa ni memang jarang pergi bazar ramadhan. Kalau pergi pon normally cuma beli makanan yang bakar-bakar macam ayam panggang/golek, ikan bakar or murtabak. kuih muih or lauk pauk memang tak beli sebab semua orang kat rumah pon lebih prefer makanan masak sendiri. Elok lah jugak sebab pergi bazar ni nafsu mencanak. semua nampak sedap. semua nak beli. Tapi by the time waktu berbuka makan sikit dah tersandar. Untuk yang memang takde masa nak masak or yang tinggal sorang eloklah beli. Memang praktikal. 
.
Semoga Ramadhan kali ni jadikan kita semua lebih baik :)
.
Bye!
Aien.

1 comment:

panphila said...

Ya Allah, sedap sungguh udang goreng kunyit. Buat rasa diri ni nak pergi beli and goreng juga, immediately!

http://panphila.blogspot.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...