Assalamualaikum..
Masuk hari ke 9-10 puasa ni start la dah rasa
dahaga. Lagi-lagi kalau nap waktu lunch break. Bangun tu rasa dahaga sangat.
Dulu si Broccoli (Yati Yahya) bagi theory bongok. ‘Su, awak kalau taknak dahaga
jangan kencing. Nanti air keluar dari badan dahaga la’. HAHAHAHA. Dia ingat I
sekolah tadika ke nak percaya? (Tapi padahal memang ada je tahan kencing takot
dahaga) Bongok la Yatie. Time ni mula dah taktau nak makan apa time berbuka. If
ada yang craving tu rasa la happy nak berbuka. If not rasa macam biasa-biasa
je. Macam harini scroll gambar dalam Gallery ternampak Godiva Ice-Cream
Huwaaaaaaaaaaaaaaaa I terasa macam dunia ini kejam pada I. Tengok lepas tu
telan ailio OMG macam budak darjah satu sangat. I sukaaaaaaaaaa giler ice-cream
Godiva ni. My favorite is yang mix chocolate + vanilla. If chocolate sajer
nanti too strong rasa chocolate dia but still sedap la. Dia punya cone rangup
siap ada chocolate, ice-cream dia rich tapi tak muak, drizzle pulak dengan
chocolate syrup OMG sedap weh, sedap paham tak sedap dia macam mana? Ni la
ice-cream yang paling sedap dalam dunia bagi I. Serious. Lepas makan Godiva I macam
dah tak berapa nak dah dengan ice-cream lain. Dulu Godiva pernah buat Buy 1 and
dapat second one for 50% less and pernah buat jugak Buy 1 FREE 1 and also 50%
less if beli 1 je. Time tu seminggu 2 3 kali muka I jer la yang beratur dekat
Godiva. Sapa suruh sedap sangat? Now no more discount tapi haritu tetap jugak I
pergi sebab tak tahan. Godiva ni satu cone tu harga dia is RM22.00 agak mahal
berbanding ice-cream cone lain. Dulu Tutty Fruity if harga RM22.00 ni dapat
semangkok besar penuh dengan buah-buahan.
Tengok pon dah tau sedap. I love you Godiva Ice-Cream!
Kasik close up sikit. Cone dia rangup tau? Chocolate dia rich tapi langsung tak muak. Nampak kecik kan? Tapi 1 dah cukup puas.
Ni Intan la ni! I kalau ice-cream yang spiral macam ni pantang kalau orang jilat. Nanti dia botak. I tak suka. Si Intan dia jilat. Bila I marah, dia gigit pulak. E!
Tu top tu pon dia gigit. Bergegar KLCC I jerit. Hahahaha.
Intan, lepas puasa nanti ganti balik Ice cream kaksu yang Intan gigit.
Bulan puasa ni agak impossible la nak makan Godiva.
Sebab nanti cair. Dah tu kalau dah bukak puasa, sure dah taknak sebab dah
kenyang. Esok nanti teringin balik. Macam never ending problem. Hahahaha.
Tengok la level mana tahap craving I. Kot dah teringin sangat nanti, time Sazli
Trawikh I pergi la kejap KLCC dengan Si Shein. Tapi masalahnya kalau Shein
nampak takkan dia nak tengok je, mesti la kena kasik dia jugak. Tak kena gaya,
dia punya habes dengan I punya jugak dia hi-jack. One thing Godiva ni I tak
suka sebab kekadang machine yang mix flavor tu rosak. Kejap ok, kejap tak. I
tak suka kalau tak mix but kalaaaaaaaaaaau takde, ok je. Ice Blended dekat sini
pon sedap dan jugak harga up skek dari Starbucks and Coffee Beans. Hurm… I rasa
kena jugak la makan Godiva Ice-Cream malam ni. I dah tak tahan. Menyesal pulak
aku update entry ni. Cis!
Godiva Chocolatier Suria
Klcc,
Suria KLCC, Jalan
Ampang, Kuala Lumpur City Centre,
50088 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Malaysia
Open Daily : 10.00am - 10.00pm
03-21665252
-eNd-
3 comments:
sedapnyer...
Not so taste
Not much!
Post a Comment