Tuesday, June 6, 2017

Rock to Run Trip - Hard Rock Hotel Part I

Assalamualaikum

Throwback balik yang trip Penang eh? Kang manjang citer makan kang jangan kata nkorang, I pon merana and makan hati. Hahahaha. Kitorang book bilik guna Booking.com. Book awal dalam hujung bulan 1 and nak check in bulan 5 punya jauh jarak. Time tu harga billik dalam RM1,117.08 termasuk tax for 2 nights jenis Deluxe. View hill jer yang tinggal so ambik jer la dari takde. Jangan view kubur dah. Dekat Hard Rock ni ada jugak bilik view pool and ada paling best ada bilik yang direct access to the pool macam dekat Villaku.  Bangun tido terus terjun kolam konsep dia. Time tu ada Rock to Run and rupanya ada 2 company buat family day maka semua bilik habes disapu liceeeeen. Family I dengan John je yang dapat book bilik. Kak Fieza, Abang Shahrul, Abang Zai sekeluarga nak book petang sikit je dari kitorang pon dah fully book.  If korang nak murah, book guna Agoda or Booking.com ok? If book direct dari Hotel harga agak mahal. Price before tax untuk bilik jenis deluxe mengadap bukit is RM500.00/night macam tu. I bagi 4.00 bintang untuk Hard Rock. Kolam bersih, service cepat, bilik hensem and breakfast makan sedap. Salon, spa pon ada. Best! Cuma masa tu orang agak ramai so macam hingaq sikit. Sipi-sipi macam dekat pasar. But semua under control la. Gambar bilik nanti I share kemudian ok? I sukaaaa bilik dia. Sabun muka dia bau serai siap tapau bawak balik. Kah kah kah. Jom tengok gambar Shein mandi kolam dengan Abah dia, John and anak-anak. I duduk tepi je jadik Pom-pom Girl dengan Cikgu Murni. Malas pulak nak beria mandi (sebenarnya segan dekat John and Cikgu Murni) Hehe.


John and Sazli la yang handle bebudak mandi. I tengok John berenang setempat je. Hahaha.


Kolam dekat Hard Rock ni luas. Dari hujung sini sampai la hujung sinun. Slides pon ada. Kolam untuk swimming for adult pon ada. Agak fun la. Dekat depan sana tepi pantai ada Hut. Tapi I malas nak berjalan sebab ada partly kawasan pool ni berpasir. Sakit kaki I nak pijak. Lagipon Sazli dengan John cakap pasir ni mesti ambik dekat tepi pantai lepas tu kena kencing dengan kuda. Memandai je. Hahahaha. Each rooms akan dapat towel. Kolam bukak sampai pukul 9.00am and all the time ada Pengawas jaga. Kejap kan preeeeeeeeet. I kalau bunyi wisel gelabah la. Takot ada buat salah apapa. Hahahaha.


Yang belah sini more to kids punya area


Ni belah tengah. Nampak tak bumbung coklat tu? Itu la hut dekat tepi pantai.


Yang ni favorite area Shein. Dia suka la ada air keluar ikut bulat merah, kuning biru tu.


Café ni ada Italian and Western punya foods. Kalau lapar, boleh terus order makan. 


Ni la bilik yang ada direct access to the pool.


Tengok si budak tebal tu. Mana dia kisahkan orang. Main je dia tau. I wonder, kalau I tak ajak dia naik, dia ok jer kot? Tak pon naik bila dah lapar je. Shein ni dengan entah sapa-sapa pon dia ok je geng.


John, hang pandai berenang ke dak sebenarnya? Asyik duduk kat tangga jer.


Tengah mandi, Si Shein suruh kambus badan dia dengan pasir. Tau-tau baring jer.


Si John pon melayan la. Kambus si Firaz dengan Shein sekali. Eeeee entah mana kencing kuda la tu. Lepas tu badan berpasir terjun masuk kolam terus.


Shein pelampung memang dia takkan cabut. Tapi I rasa dia boleh jer berenang sebab masa dekat Villaku ada je dia terjun kolam sendiri lepas tu naik kat tebing sendiri. Hahahaha.


Badan Shein ni tebal sikit, so kena la guna banyak pasir. Harap maklum.


Suka eh kau Shein?


Alololo. Macam muka Mama sangat ni sayang.


Shein and Firaz ni tak silap I sebaya tapi Firaz lahir awal tahun. Firaz dah dewasa and boleh tolerate dah. Shein pulak sejenis macam boss. Semua nak ikut cakap dia je. Kata Bapak, ‘Sultan Melaka’. Hahahaha.


John, awat pejam mata? Ni la John and wife dia Cikgu Murni.

Cikgu Murni pregnant 6 months… Dia tak boleh renyah-renyah sangat sebab nanti bleeding. I segan sebenarnya dengan Murni ni sebab dia Cikgu, jenis cakap pon slow je. Tak pernah I dengan dia jerit dekat anak-anak dia walaupon kekadang ada yang buat perangai. Cool je sampai I naik segan. Banyak kali jugak la jumpa dah. Dulu masa first time jumpa, I cakap pada Sazli I segan dengan John and Cikgu Murni. Dorang ni baik sangat-sangat and jenis sederhana. I segan taktau nak cakap macam mana sampai down ok? Drama giler. Hahaha. I memang sangat respect pada kesederhanaan dan budi bahasa John and Cikgu Murni. Lepas tu kata Sazli, jangan la compare macam tu. I pon baik jugak…. Cara hidup semua orang berbeza tapi tak bermakna yang berbeza tu jahat. Lepas Sazli cakap macam tu baru la I ok sikit. I jenis cakap kuat, lepas tu kaki berangan. Panas komplen, lapar moody. So bila jumpa orang baik-baik ni dia jadik segan sendiri. (Tau pon engkau) Lepas tu down. Padan muka. Hahahhahahah. Tapi John and Cikgu Murni baik je. Terima I seadaanya. Dorang pon kena la maafkan I kalau ada apapa sebab I kan kakak? Hahahaha. 


Order Nasik Goreng siap-siap dekat Shein sebab nanti confirm dia lapar lepas mandi kolam.

Beeeetul ajer. Siap mandi dalam biilik bilas badan dia yang berklorin tu, Shein mintak makan. ‘Mama Eaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat eat eat eat eat’. OMG annoying giler. Sekelip mata gone sepinggan nasik goreng RM26.00 order dari Room Service. Siap makan dia mintak blanket lepas tu gone sampai la Hongkong. Taaaaaaaaaau pon lapar. Tadi orang ajak naik taknak. Sazli suruh I handle. Dia cakap dia stressed dengan Shein. Hahahahahhaa. Ni je la sekali kami mandi kolam. Esoknya sampai la check out takde dah. Lagipon penat la nak mandi kolam if travel ni. Yang melayan penat, yang jadik pompom girl pon penat. Hahaha. Next entry I share gambar bilik pulak ok? Stay tuned!

-eNd-

1 comment:

Mommy Cici said...

bestnya pool dia siap ada pasir bagai. tak pernah lagi stay kat Hard Rock ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...