Monday, June 5, 2017

Tomyam Seafood Spaghetti – IFTAR PACK SOHO SANDWICH

Assalamualaikum..

Berbuka puasa apa korang harini? I harini berbuka dengan Tomyam Seafood Spaghetti dari @sohosandwich. Tak tahan tengok udang sikit punya debab (macam ain) ada 3 ekor, dengan sotong clam semua siap. Murah pulak tu. RM15.00 jer. Mana nak dapat harga RM15.00 and confirm sedap dengan segala udang gemok macam tu dekat KL ni? I berani kerat jari takkan ada punya lah. Dah alang-alang tu order sekali Salmon Sandwich dengan Heritage Clubsandwich. Aduhai, dah sampai ke tekak dah rasa nak makan ni. Nak nanges rasa. Hahaha. Hari Jumaat lepas I ada beli Sandwich dekat O’Brien lepas tu tetinggal dekat office. Takde rezeki nak makan. Yang misterinya, masuk kerja hari Isnin tengok takde pula katas meja. Dah hantu mana pulak ambik bebulan puasa ni? Tapi takper la, sesapa pon yang ambik I dah halalkan sebab Soho Sandwich beganda-ganda lagi sedap. I pernah review pasal Soho Sandwich dekat sini last time. Tauke Soho Sandwich ni tak buat hari-hari IFTAR PACK. Selected Day je. Masa dia publish dalam FB Sabtu lepas, menggelupur la I order. Si Intan kongang masa kitorang dah dapat ni baru menyesal sebab tak order. Kata dia sebab tak bukak attachment. Bizi buat assignment. So tak dapat la dia rasa and I pon taknak bagi dia rasa. Hahahahaha. Korang kena sentiasa alert la dekat IG dia supaya tak terlepas IFTAR PACK ni sebab tak pernah yang tak sedap I tengok dia buat. Manjang sedap and IFTAR PACK ni kira macam special menu la. DIa takkan available every day. Ok? Jom tengok gambar Tomyam Seafood Spaghetti I. Kalau terliur, I mintak maaf eh? Ni bukan salah I. Salah Luqman (Founder Soho Sandwich)



Tomyam Seafood Spaghetti. RM15.00 sahaja sebekas. Udang gemok ada 3 ekor.
 

Nak nanges pulak rasa tengok gambar ni. Luqman hanya guna bahan yang fresh sahaja and NO MSG Added. 


Kau tunggu.

I share dalam WhatsApp Group Apartment lepas tu Abang Shahrul terliur. Kata dia, dapat ke Udang Gemok macam dalam gambar? Lepas tu I send kat dia gambar yang dah siap pack, terus suka dia. Hahahaha. I tau Luqman ni orangnya jujur kalau meniaga. Apa dalam gambar, yang tu lah dia akan kasik. Sandwich dia pon tak pernah kedekut bahan. Makan 6 bulan lepas, sama lah jugak rasa dia each time setiap kali order. Sangat teliti buat kerja and very particular. Orang-orang macam ni dia kerja sebab minat and bukan nak mengaut untung semata-mata. Macam tu lah bagus. Kena la kekalkan quality. Nak maintain and sustain ni bukan senang. Harga pon tak boleh la sesuka-suki naikkan bila dah ada demand. Tak boleh tamak. Nanti orang tak suka terus blah. Untuk Soho Sandwich, keep it up bebeh! Pada yang nak tau apa next IFTAR PACK boleh check out Instagram Soho Sandwich. Ok?

Call/WhatsApp : 019-2723390
Delivery KL Town bermula dari jam 2.45pm – 5.00pm


-eNd-

3 comments:

Nur Aishah said...

salam su..nape tadek button READ MORE tu?? baca sekerat je ni?? cemana ni?? huhu

Chooyaya! said...

Tekan je dekat kotak tu. Ada.

Unknown said...

dulu ada orang pung pang pung pang kata udang macam lipan la, apa la, la ni balik2 makan udang. eeee!