Wednesday, June 21, 2017

Happy 65th Birthday Bapak

Assalamualaikum..


Happy 65th Birthday Bapak! Tahun ni jatuh bulan puasa birthday Bapak so takde la makan-makan dekat luar. Lagipon Bapak cakap kalau nak makan sedap kena tunggu Mak punya mata elok. Dia ada retina problem and dalam 2 bulan lepas buat operation. Now dalam recovering process and dia punya mata tak ok 100% lagi. Nanti nak ajak Bapak makan dekat KL Tower lah. Dah lama tak makan dekat sana. Now dah ada yang rooftop punya tu boleh la cuba tapi harapan la Sazli nak sebab dia jenis gayat. Nanti lepas raya kata Bapak boleh la pergi. Tahun ni kita beli cake je buat Bapak potong. Simbolik je. Saja ambik gambar buat kenangan. Lagipon Bapak tak suka hadiah. Dia eksyen sikit. Baju nak Zegna je amboi. Haha. Masa birthday Bapak tu pon potong cake tak tunggu bukak puasa sebab Shein nampak je cake sssssssssssebok nak potong and nak blow candle macamkan birthday dia. Shein biasa lah, birthday dia = birthday dia. Birthday orang, birthday dia. Gitu la konsepnya. Kemain happy nampak cake. I beli Chocolate Cake je dekat Secret Recipe. Padahal 5 orang je, kek punya besar. Half dari cake tu, Sazli bawak turun dekat surau. Boleh makan masa moreh. Alhamdulillah . Rezeki sikit kita kongsi sama-sama. Yang gaji lebih kena la bagi duit lebih pada yang gaji sikit. Baru la murah rezeki… Lagipon I kan isteri? Kan I manja? Hahahahahaha. **Tetiba. I love you Papa Bubu! Selamat Kawen Yang Ke-8. Nak uweeeeeeett!!



Tengok sapa yang terlebih excited? Tak lain ta bukan si Seeeeeeeeendong!




‘Dik, Bunga letak kiri kanan eh? Jangan plain sangat’. Bebudak Secret Recipe ni Kek tu kena pesan nak ada bunga, kalau tak nanti dorang tak letak. Ishk. Tingat pulak kesedapan Brownies Haizan. Bilaaa la nak dapat makan ni.

Untuk Bapak, Su doakan supaya Bapak disihatkan tubuh badan, murah rezeki, bahagia dunia dan akhirat bersama Mak, Li, Shein and Su lepas tu  kayaaaaaaaaaaaaa. Amin…. Untuk Birthday Bapak ni, Su taknak apapa tapi harap nanti Su dapat la apapa sign dalam mimpi *tetiba. Padahal ni birthday Bapak. Ko apehal? Biasa kalau mimpi bagitau Bapak nanti dia take serious. Last time cakap mimpi Venice, dapat pergi Venice. Mimpi beli Mini Cooper, dia dediam masuk showroom Mini Cooper. Lepas tu tanya serious ke nak. Naseb baik I cakap taknak. Lepas ni nak mimpi Evoque la. Mana tau dapat sebijik. Hehe. Thank you Bapak for everything yang Bapak dah korbankan untuk kami semua. Bapak baik walaupon ada masa eksyen. Bapak orangnya pandai. Serba serbi dia ada knowledge. Agama, Politik, Economi. Naseb dia tak minat je jadik Politician. Kalau tak, sure banyak dah dia boleh buat untuk negara sebab dia pandai. Walaupon kalau bincang apapa dengan dia macam nak gaduh tapi semua yang dia cakap make sense and ada point. Bapak biasa buat unpopular decision and dia firm. Memang tegas. Sazli pon sama macam Bapak. Bijak jugak orangnya and harap nanti Shein pon jadiklah bijak and baik macam Abah and Baba ok? A man. A leader. Itu yang sepatutnya lelaki kena ada. Ye dak? Firm tapi still boleh bawak berbincang. Itu susah dah nak dapat sekarang lelaki macam ni. Yang biasa nampak, lelaki kena marah dengan bini depan orang ramai. Perrrrghhh. So kira Bapak ni memang one of a kind la. Tegas. Tapi kelakar and boleh bergurau. Dah la hensem, tinggi, perut pon takde. Good job Bapak! Bapak henseeeeem la. Nak uweeeeeeet!

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...