Assalamualaikum..
Hari Jumaat sebelum puasa tu, kitorang makan last
kopek dekat KyoChon sebab Dyba tak makan lagi. Sian dia. Semua orang dah makan dekat
KyoChon dia je belum. Kali ni penuh satu kereta. Kaklong, Dyba, Intan, I and
Izzah. Mendapat sambutan pulak kalini sebab nanti puasa tak boleh dah nak makan
secara terang-terangan kecuali a) Tak malu b) Tak kisah nak naik van mayat.
Hahahaha. Pastikan perut lapar baru enjoy nak makan nak pulak jenis lambat
hadam macam I. If pagi sarap Mee Goreng alamatnya petang karang baru lapar
balik. Tu yang nyampah tu. Kitorang keluar dari office 12.30pm tapi dapat makan
and turn kitorang 1.30pm memang tak kelakar. KyoChon ni memang always pack and
bila je pon yang tak pack. Selama I pergi tak pernah yang tak beratur. Eh tak.
I tipu. Ada yang tak beratur. Masa makan dengan Ayang and Kaklong petang lepas
visit Atin bersalin tu ari. I agak kalau lunch hour la kot yang pack. Haritu
tengok ada yang reserve table. Kalau la I tau boleh reserve table, memang I
book dah. Pakkal tak tau. Ni dah tau dah ni, next time nak makan book la dulu
table. Lepas tu masa jalan nak menuju meja, tak pakai mata dah untuk melihat
tapi pakai hidung sebab belagak orang lain beratur kemain panjang, kita
fe-feeling VIP terus dapat table. Hahahaha. Ingat lagi dulu ada kawan I cakap,
nama dia Izzu ‘Izzu pelik la kekadang orang perempuan ni kalau bawak kereta dia
pakai lubang hidung. Bukan pakai mata’. Hahaha. Korang tau kana da spesis
pempuan yang bawak kereta mendongak lepas tu jenis stering punya rapat dekat
dada. Bapak la dekat. Konon nak kasik nampak sampai bumper kereta kot?
Hahahahaha.
Kali
ni kitorang try ambik whole chicken. Combo Red Pepper + Soy Garlic. Sedapnyaaaa
lahai. Menggelegak rasa perut tengok gambar waktu puasa macam ni. Harga untuk
whole chicken is RM54.00.
Yang
cepat laku is bahagian tight la. Yang Isi-isi dipandang sepi. Kata Kaklong tak
puas la makan whole chicken. Sedap kalau wings je tapi kalau wings sahaja kena
ambik 40 pcs baru cukup makan. Tu pon tak puas. If whole chicken dia akan jadik
murah sikit. Harga 20 pcs wings is RM38.50. 20 wings tu 2 orang je puas makan.
Dah tu takkan nak order 60 wings pulak kan? Hahahaha.
Kasik
close up skek. Harap awak semua kuat.
Yang
ni favorite I dengan Kaklong. 12 honey wings. RM32.00 harga beliau. Yang Honey
dia I rasa ayam dia gemok sikit maybe sebab dia punya salut and rasa rangup. I
sukaaaaa.
Last time datang yang Soy Garlic tu dia punya masin
macam tertumpah kicap. This time sedap and just nice. Thank you KyoChon sebab
kasik kitorang makan sedap haritu. Next time nak try ayam dia yang jenis lain
pulak. Kalau boleh semua nak rasa haritu tapi Al-hamdulillah kami masih
berhemah. Hahahahaha. Kitorang order Whole Chicken combo, 12 honey wings, 4
Kimchi Rice, 4 drinks and 1 mineral water. Cukup untuk 5 orang. Ada la lebih
ayam bahagian dada tapi tapau bawak balik oleh Kaklong so takde pembaziran.
Total bill is RM158.40 termasuk Tax. Kira ok la sebab puas makan. Divide by 5
sorang kena RM25.70 ok leeeeeeeeeeeeer tu.
Salad
ni layan makan dengan Kimchi Rice pon sedang jugak. Yang ni combo rice + clear
soup + beverage. If nak upgrade letak telur, kena extra charge la macam biaso.
Kimchi
Rice. Kata Kaklong ‘Rasa macam Korea la
dik. Sedap!’ Hurmmm teringat pulak makan masa dekat Korea dulu. Semua
sedap-sedap. Makan Nasik + Soup Pedas Tofu + Ikan Mackerel Grilled + Garlic
Spinach + Ulang Seaweed dengan Lada Hijau. Sedapnyaaaaaaa.
Dua
orang ni kalau jumpa memang macam-macam hal. Keluar abes semua dialoq cerita
PRamlee. Dyba berbulu je dengar.
Dorang
pergi main cakap broken Englis. ‘Can I
Feel you water?’ HAHAHAHHA. I pesan dah dekat bebudak ni pleaseeee jangan
sampai terbiasa. Sebab ada masa dulu Dyba pergi cakap kuat-kuat. ‘Moktan, nak pergi GAS ke?’ Padahal
Guess. Mothercare = Madaka. Mc Donald = Makudu. Memacam hal. Dah kena pandangan
pelik dengan orang yang mendengar. Tak ke nampak budus?
Mak
Buyong ni kemain feel makan sampai pejam-pejam.
Dyba
happy la dia dapat makan ayam. Dia memang suka ayam. Sama la macam Anny. Daging
tak suka. Si Anny kalau makan daging, dia akan ambik juice dia sahaja. Hampas
dia akan keluarkan.
Masa
ni tengah tunggu beratur. Nah tengok SI Intan bangga sangat ada dagu kembar.
Kitorang makan sekejap je. Zup zap zup zap dah
siap. Rasanya setengah jam je kot? Hahaha. Betul punya lapar ni. Ni makan
kunyah ke telan ni? Kitorang memang makan cepat-cepat. Lagipon kesian tengok
orang beratur dekat luar still panjang by the time kitorang siap makan. Kesiaaaaaaan
orang dah siap makan, dia kena beratur lagi. Kah kah kah (nganjeng). Bulan
puasa ni I taktau la macam mana keadaannya. Maybe lebih teruk kot beratur. One
thing I nak pesan if korang dalam situasi macam ni, kena makan cepat-cepat.
Kesian la yang tengah beratur. Nak date, nak sesi suai kenal or nak chill
coffee carik la tempat lain yang lebih relax. Ok? Jangan jadik selfish. Dah tau
nampak orang queue panjang, makan pulak relax-relax siap boleh lepak 10-20
minutes baru mintak bill itu memang mengundang kena maki je. Ok? Ok. Selamat
Berpuasa! Harap jangan jilat screen. Bye.
KyoChon 1991
Level 1, Lot 1.54.00
Pavilion KL, Jalan Bukit BIntang
Kuala Lumpur
-eNd-
1 comment:
kaksu.. nanti kita repeat eyhh.. hehehe
Post a Comment