Assalamualaikum..
Tengah terfikir apa la nak berbuka for harini. Fikir punya fikir
tetiba teringat Char Kway Teow masa dekat Penang haritu. Ada dua tempat I makan
Char Kway Teow. Satu dekat Padang Brown and satu lagi dekat Pantai Shamrock.
Boleh baca dekat sini. Yang paling sedap is dekat Pantai Shamrock la sebab the
one dekat Padang Brown macam masin sikit. Tapi masalahnya almost impossible la
kan nak makan Char Kway Teow for berbuka sebab konsep Char Kway Teow ni
makannya nak kena panas-panas and jam tu jugak. Kalau tunggu lama nanti dah
kembang. Nak masak sendiri kalau takat Kway Teow tu boleh la tapi I nak Char
Kway Teow. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! Puasa ni cengginilah kan, makannya
teringin nak yang specific je. Kalau takde teringin apapa and makan sebab nak
bukak puasa dia rasa macam takde feel la. Kan? Ke aku sorang je? Hahahaha. Ok
la, alang-alang dah cerita pasal Penang, I share lah sikit gambar masa kitorang
makan dekat Padang Brown. Unfortunately, this is the only family group photo
yang Group Apartment I ambik sama-sama. Tu pon minus Shein (tengah tido and
Danish anak Abang Zai sebab dia tukang ambik gambar). Jaaaaaadik la dari takde.
Haritu masa pergi Penang ada Family Kak Fieza, Family Abang Shahrul and Family
Abang Zai. First night kitorang stay dekat Maritime Guesthouse and second night
dorang stay dekat Bayview Beach Resort and family kitorang stay dekat Hard Rock
dengan family John. Actually lokasi hotel sebelah-sebelah je. Dorang tak dapat
dah nak book bilik dekat Hard Rock sebab dah penuh time tu. Kitorang je stay
sampai Isnin and the rest balik KL Ahad tu jugak sebab memasing tak dapat cuti.
Kak Fieza yang susun itinerary masa dekat sana. Sebab Penang tu kampung dia so
biar dia setel. Makan tak sedap kalo, siap ko Kak Fieza. Hahaha.
Telan je la ailio.
Walaupon sedikit masin Char Kway Teow Padang Brown ni tapi masih lagi jatuh
kategori sedap la. Dapat cili jeruk ni peeeerrrrrrghhhhhh
Dekat sini konsep dia macam stall makanan pelbagai. Semua ada.
Pasembor dekat sini sedap giler! I sukaaaaaaaaaaa. Tak pernah lagi makan Pasembor
sedap macam ni dekat KL. Tak pernah makan sedap tu sebab tak pernah pon makan
sebenarnya. Hahahahahha. Orang boleh tahan ramai. Susah giler nak carik meja
kosong. Jarak dari Hard Rock nak ke Padang Brown ni boleh tahan jauh jugak la.
I ingat Penang ni kecik tapi dari satu tempat nak ke satu tempat boleh tahan
jugak dia punya jauh. Yang I ingat, jalan nak ke Hard Rock ni melingkau-lingkau
lalu tepi pantai and macam a bit mendaki.
Sedap la Ice Blended
Kelapa ni. Terpengaruh dengan Ain tak habes-habes cakap dia buat Ice Blended
Kelapa sedap.
Ni la kan Pasembor?
Tadi beria sembang cakap Pasembor sedap padahal I sendiri tak confident nama
menda ni Pasembor. Hahaha.
Mee Goreng Mamak John
order rupa dia lebih kurang macam ni la. (Tak boleh transfer gambar kenapa entah) Masa tu tak sedap la. Tapi ni time puasa rasa macam sedap pulak.
Hahahahaha. Macam ni punya gambar pon I telan ailio. Sedih sangat orang puasa
ni.
Group photo. Thank
you Danish tolong ambikkan gambar.
Ice Blended Kelapa dekat sini boleh tahan sedap. I memang suka Ice
Blended Kelapa. Orang cakap dekat Pantai Klebang Melaka sedap eh? I tengok
dalam Instagram ada yang beria letak chocolate rice, biskut la. I tak suka yang
tu. Nanti banyak sangat campur nanti kacau la rasa dia. I suka yang letak
Ice-cream Vanilla je. OMG Taip pon kecur ailio. Mana nak carik Ice Blended
Kelapa buat bukak puasa ni. Damn! Disini menyesal pulak update entry ni. Char
Kway Teow sedap, Pasembor sedap, Mee Goreng Mamak sedap, semuaaaaa pon sedap.
Eee menyampah. Nanti kata dorang, nak plan lagi jalan-jalan macam ni. Sazli
cakap teringin nak pergi Kelantan. Kelantan pon ok jugak. Banyak jugak makanan
yang sedap-sedap. OMG I kenot la. Habes semua sekarang I pandang nampak
makanan, cakap semua menda pon relate pasal makan jugak. I rasa I dah gila.
Okbye.
-eNd-
No comments:
Post a Comment