Assalamualaikum..
Throwback balik ke 13 Mei 2017 untuk Eddy’s
Birthday Makan-Makan dekat rumah Miera and Eddy di Damansara. Si Rish remind
suruh masukkan entry ni. Bengang la tu dekat sebulan tunggu entry ada muka dia
tapi tak keluar-keluar dalam blog. Habes gambar takde kena mengena dia tanya
bila nak update entry Birthday Eddy. Haha. Lepas tu harini tengok balik gambar
makanan yang Miera buat rasa macam teringin pulak Roasted Chicken. This time Miera
buat 2 jenis. 1 yang Mayonnaise and 1 lagi Lemon. Both sedap! Masa nak makan
tu, kata Rish ‘Ni ayam ambik sorang satu
je. Nanti tak cukup’. Sekali dia ambik dua takper. Kata dia, dia ambik
kecik takpe ambik dua. Hahahaha. Petang tu sebelum swimming Miera buat lagi
sekali yang Mayonnaise punya. Ya Allah sedapnya makan dengan Sos Chili Lingam.
Telan Ailio I sambil taip ni. Tengok Miera masak relax je. Dapur dia takde pon
sepah-sepah lepas tu macam senang je dia buat. Sebelum swimming Miera prepare
the ciken, masukkan dalam oven lepas tu after swimming dah siap and boleh makan
panas-panas. Yang bahagian isi pon sedap. Takde pon I tengok Miera marinate
overnight tapi tetap sedap! Miera memang pandai masak. Haritu dia buat Grilled
Chicken 2 jenis, Lasagna, Potato Salad, Grilled Lamb and Brownies. Lepas tu si
Arie bawak Sotong Goreng tepung and Si Fruz bawak potato gratin 2 bekas. Pon
sedap! I tanya Rish, ‘Kenapa tak ambik
Potato Gratin’. Dia cakap dah bosan. Muka kerek giler masa jawab tu.
Mementang laki dia yang masak. Masa share gambar dalam group Fruz bising I tak
ambik close up Potato Gratin dia. Hahahaha. Oh, I ada bawak jugak Brownies dari
Haizan. Memula macam nak mintak Miera buat Brownies, tapi kesian pulak takot
dia bizi, so I pon order la dekat Haizan. Oklah buat tambah-tambah makan. Semua
makanan cukup for us. Ada dalam 13 adults and 8 orang kid’s tak silap I. Adoi.
Bengang pulak nampak Grilled Chicken tu. Ni semua ko la punya pasal Rish!
Makan-makan
untuk birthday Eddy kali ni ada Aliah and family, Siti Nohaliza and family,
Rish and family, Syikin and family, Encik Ahmad Zack, Zareef and Arie. Yash
kata nak datang tetiba anak dia demam pulak. Tetap meriah. Sikit-sikit pon
takpe la, janji Eddy happy and I puas makan. Hahahaha.
Yang
ni Lemon Grilled Chicken. Sedapnya alahai.
Lasagna.
Pon sedap. Hesh! Puasa-puasa ni nampak semua pon sedap. Emos pulak aku.
Grilled
Lamb. Favorite Sazli. Menyesal pulak makan sikit je haritu.
I
punya favorite Mayonnaise Grilled Chicken. Amenda yang sedap sangat ko masak ni
Miera? Letak sependa ke? Hahahaha.
Sotong
ni Arie yang bawak. Arie, kenapa tak datang bawak Fattah Amin? Kalau Arie bawak
Fattah Amin I tau dah sapa yang menggelupur. Haha.
Potato
Salad ni pon sedap jugak.
Brownies
by Haizan. Korang kalau nak place order boleh tau? Yang ni dia buat raisin
dengan cranberries sebab I tak suka nuts. If korang nak order boleh direct
Call/WhatsApp Haizan dekat 019-3920057. Brownies ni sedap! NP RM55.00 tapi
mention readers Chooyaya dapat RM50.00 sahaja. Tengok pon dah tau sedap kan? Ishk.
Teringat pulak. Masalah betul la semua menda aku nak makan ni dah kenapa?
Tu nampak sotong boleh cicah dengan 2 jenis sos
and ada Potato Gratin Fruz kelihatan. Naseb masuk dalam gambar. Haha.
Budak
ni, orang tak sempat serve lagi dia dah kidnap seketul. Tak menyabar-nyabar.
Minggu depannya terus order lagi pulak dengan Haizan. Miera pon order. Itu si
Haizan deliver Brownies kitorang naik Uber tu. Ko ada? Hahahah.
Bilik
game ni favorite bebudak lepak la. Main Fifa. Si Shein pon buat serabut nak
main. Macamkan pandai sangat.
Happy
Birthday Eddy!
Yang
keberapa eh Eddy? Miera dukung Rizqi anak Rish. Putih melepak Si Rizqi tu. Esok
dah besar sure jambu.
Kitorang stay lama jugak sampai ke malam sebab
bawak Shein Swimming. Rish and family, Encik Ahmad Zack, Arie and Zareef gerak
awal. Kecoh je nak balik awal. Terutamanya Zareef. Bukan ada GF pon yang nak
balik awal. (Ke dah ada sebenarnya? Haha) Aliah and Syikin semua tak turun pon
swimming… Dorang duduk dekat atas je. Eddy pon sebenarnya tak tau yang kitorang
ramai-ramai nak datang ni. Yang dia tau family Rish je. Terkejut la dia nampak
kitorang datang. Datang bawak diri goyang tetek je… Miera yang sediakan semua.
Sian Miera, sure dia penat. Dah kitorang balik nak kena kemas pulak. So, Eddy
kena la sayang Miera lebih ok? Untung dapat isteri pandai masak. Western
pandai, Malay Foods pon pandai. I really get inspired by Miera punya skill
masak. Esok kalau ada Oven besar, I nak buat la macam Miera jugak rajin masak.
Tengok Western Foods prepare takde la renyah macam masakan melayu. Tapi I kalau
masak jenis bersepah. Hahahaha. Anyway, for Eddy Happy Birhday! Harap you suka
prezen from Sazli and I. TQ Miera selalu jamu kawan-kawan makan sedap. Nanti
Miera kasi resepi Grilled Chicken tu eh? Kaksu nak try buat. Lepas tu boleh la
poyo masuk dalam IG Story. Kah kah kah.
-eNd-
1 comment:
Happy Belated Birthday
masuk blog kak su tengari buta macam ni mmg menduga kesabaran. hahaha
Post a Comment